Suruhanjaya Komunikasi Malaysia Siasat Portal Berita Yang Pernah Disekat

N. Nantha dan Fadz Ailziz
2017.12.12
Kuala Lumpur
171212-MY-politics-620.jpg Perdana Menteri Najib Razak memeriksa pasukan penghormatan sempena pembukaan persidangan agung UMNO di Kuala Lumpur, Dis 7, 2017.
AP

Suruhanjaya Komunikasi Media dan Multimedia pada Selasa telah memulakan siasatan terhadap portal berita The Malaysian Insight dengan lima eksekutif agensi berita itu dipanggil untuk memberi keterangan atas laporan editorialnya mengkritik kerajaan atas laporan siasatan DiRaja forex baru-baru ini.

The Malaysian Insight, yang dahulu dikenali sebagai The Malaysian Insider yang telah tamat operasi pada Mac tahun lalu selepas sekatan kerajaan terhadap laman web itu memburukkan lagi masalah kewangannya, kini dalam siasatan atas dakwaan telah menghina Perdana Menteri Najib Razak dan meremehkan suruhanjaya itu.

Pada 1 Disember, kurang 10 bulan selepas portal sambungan TMI bermula operasi, editorial bertajuk “A Sham of an RCI” telah dikeluarkan– dimana ia telah mengkritik laporan Suruhanjaya Siatan DiRaja sebagai satu penipuan.

“Tidak kisah bagaimana anda hendak memaparkannya, penipuan adalah penipuan,” menurut ayat pertama laporan editorial itu, yang tiada nama penulisnya.

“Walaupun ia mempunyai buku yang kemas, muka hadapan yang kelihatan rasmi, dan 830 muka surat yang mengkagumkan, laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai laporan kerugian Bank Negara Malaysia pada tahun 1990-an adalah tidak lain dan tidak bukan percubaan yang menyedihkan untuk mencapai mata politik,” menurut lidah pengarang tersebut.

Laporan itu menyalahkan kerugian 31.5 bilion ringgit (U.S. $7.7 bilion) terhadap pengkritik paling lantang Perdana Menteri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang dalam penjara, Anwar Ibrahim. Kedua-duanya adalah  pemimpin paling tinggi gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.

Pada Selasa, beberapa pegawai SKMM melawat pejabat TMI, berdekatan Kuala Lumpur dan menemubual lima kakitangan portal itu termasuk ketua pegawai eksekutif dan pengarangnya,  Jahabar Sadiq, menurut pegawai SKMM dan portal itu.

Seorang pegawai suruhanjaya mengesahkan siasatan itu sedang berlangsung tetapi enggan memberi komen. Jahabar juga enggan memberikan komen ketika dihubungi BeritaBenar.

Tetapi portal berita itu pada Selasa mengeluarkan satu laporan bahawa pegawai-pegawai dari suruhanjya itu telah memulakan siasatan.

“Pegawai SKMM berkata agensi itu bertindak susulan laporan yang dibuat oleh kumpulan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), yang mendakwa TMI telah meremehkan RCI itu,” kata portal itu dalam laporan pada Selasa.

Cari pemiliknya

Dakwaan bahawa portal itu telah menghina Perdana Menteri Malaysia ke-enam itu, yang juga Presiden UMNO, telah diberi focus ketika Perhimpunan Agung UMNO yang tamat pada Sabtu, melalui seorang perwakilan dalam ucapan debat dimana beliau meminta pihak berkuasa negara untuk menyiasat portal berkenaan.

“Jangan biarkan ia berlaku. Pihak berkuasa perlu mencari individu ini. Jika seseorang menghina presiden, kita kena marah. Kita perlu mencari siapakah individu di belakang tabir The Malaysian Insight," seorang perwakilan UMNO dari Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata dalam ucapannya pada Selasa, hari terakhir perhimpunan itu.

Pada Sabtu, perwakilan itu memegang dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendakwa The Malaysian Insight dimiliki oleh Faridah Begum, kakak kepada Jahabar dan isteri Peguam Negara Mohamed Apandi Ali.

"Siasat siapakah Faridah Begum,” katanya dalam ucapannya.

Perhimpunan agung UMNO ini yang sering menarik perhatian ribuan ahli UMNO dan penyokongnya dari serata Malaysia, merupakan yang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-14, yang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak, seorang ahli tertinggi UMNO berkata satu siasatan terhadap portal itu dijalankan tanpa memberitahu undang-undang yang digunakan.

“SKMM sedang menyiasat TMI jika ia telah melanggar undang-undang,berkaitan,” katanya, yang turut mengawal badan SKMM, kepada pemberita pada hari terakhir perhimpunan itu.

Tiada bukti

Sekurang-kurangnya tiga persatuan wartawan di Malaysia mengutuk tindakan suruhanjaya itu kerana betindak tanpa bukti.

“Ia agak menggusarkan kerana agensi kerajaan itu terlalu cepat untuk menyiasat portal berdasarkan aduan tanpa sebarang bukti bahawa terdapat niat untuk menghina Perdana Menteri, seperti didakwa,” kata Wan-IFRA Media Freedom Committee (Malaysia), Institute Journalists Malaysia (IoJM) dan Gerakana Media Merdeka (Geramm) dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Persatuan-persatuan itu juga menekankan bahawa kritikan terhadap pemegang jawatan awam adalah “ciri utama kebebasan bersuara” yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia.

Badan-badan itu juga menyeru kerajaan supaya membuka ruang dan bukannya melumpuhkan industri berita dengan ancaman untuk mengambil tindakan jenayah.

Kerajaan Malaysia pada 25 Februari, 2016 telah menyekat akses kepada The Malaysian Insider, sehari selepas portal itu menerbitkan laporan yang mengatakan terdapat bukti yang boleh dipercayai untuk menuduh Najib ada kaitan dengan  skandal 1Malaysia Developments Berhad (1MDB).

Pada bulan Januari tahun lalu, Peguam Negara Apandi telah membebaskan Najib daripada dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan deposit AS$681 juta ke dalam akaun bank persendiriannya semasa berlangsung pilihanraya umum 2013. Najib telah mengekalkan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang utnuk keuntungan peribadi.

The Edhe Media Group yang memiliki portal tertutup itu pada ketika itu berkata ia tidak dapat lagi mengekalkan perniagaan portal itu setelah mengalami kerugian sebanyak 10 juta ringgit (AS$2.4 million) sejak membeli laman web itu pada bulan Jun 2014.

Hata Wahari menyumbang kepada laporan ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.