Rancangan KKM edar ubat cegah HIV dikhuatiri promosi budaya homoseksual

Kementerian Kesihatan sudah mengadakan perbincangan dengan pakar agama untuk memahami dari sudut hukum dan sebagainya.
Iman Muttaqin Yusof & Iskandar Zulkarnain
2023.01.23
Kuala Lumpur
Rancangan KKM edar ubat cegah HIV dikhuatiri promosi budaya homoseksual Seorang pengidap AIDS bersama ubat HIV di Yayasan Glory Hut di wilayah Chonburi, timur Bangkok, Thailand, 20 Januari 2015.
[Chaiwat Subprasom/Reuters]

Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan projek rintis mengedarkan ubat pencegahan HIV melalui beberapa hospital awam telah mencetuskan kontroversi di negara majoriti-Muslim itu, dengan para ulama dan pengguna media sosial mendakwa langkah itu sebagai anti-Islam dan juga mempromosikan budaya homoseksual.

Bagaimanapun, langkah mengedarkan ubat pre-exposure prophylaxis (PrEP) itu mendapat sokongan dari kumpulan doktor Muslim, yang menegaskan bahawa keperluannya adalah bertujuan mengekang penularan jangkitan HIV.

“Dari perspektif perubatan, tujuan pengambilan PrEP adalah bagi mengekang jangkitan HIV. Bagi golongan homoseksual, mereka berdepan dengan risiko mendapat jangkitan HIV dan Hepatitis B dan C (jangkitan organ hati yang biasanya berlaku kepada mereka yang hidup dengan HIV),” demikian ujar Boi Saidi Abd Razak, Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia kepada BenarNews.

Menurut Boi Saidi, Kementerian Kesihatan boleh menyarankan ubat berkenaan kepada komuniti LGBTQ+ bagi tujuan pencegahan.

Sekiranya (mereka) dijangkiti virus berkenaan, mereka masih perlu mendapatkan rawatan di hospital dan rawatan berkenaan memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, ia adalah langkah yang baik sekiranya Kementerian Kesihatan mula memberikan ubat ini kepada golongan homoseksual sekarang, berbanding kemudian,” ujarnya lagi.

Projek rintis mengedarkan ubat PrEP di beberapa hospital awam dijangka bermula bulan ini.

Menteri Kesihatan Zaliha Mustafa dilaporkan sebagai berkata projek rintis itu perlu dilakukan sebelum KKM dapat memperakukan ubat tersebut untuk kegunaan awam.

“Penggunaannya telah dikaji. Kita telah pun bincang dengan pakar agama bagi memahami isu ini dari sudut hukum dan sebagainya, dan jika kita melihat isu ini, ia bukan sekadar untuk golongan LGBTQ+, namun ada beberapa golongan lain (pesakit) yang akan menggunakannya untuk kita mengekang penularan HIV,” katanya seperti dilaporkan oleh media tempatan pada awal Disember tahun lalu.

Kekang penularan

Pada tahun 2021, Malaysia melaporkan 2,760 kes baru HIV dan daripada jumlah itu, 63 peratus kes HIV di negara itu dikaitkan dengan hubungan homoseksual dan biseksual, manakala 33 peratus lagi melibatkan hubungan heteroseksual.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes baru HIV/AIDS di Malaysia secara umumnya telah menunjukkan penurunan sebanyak 70 peratus sejak 20 lepas.

“Capaian rawatan menggunakan ubat Antiretroviral (ARV) bagi mereka yang hidup dengan HIV meningkat kepada 66 peratus pada tahun 2021 berbanding 28 peratus pada tahun 2015. Bagaimanapun, kadar pengurangan melibatkan kes-kes HIV dan peningkatan capaian rawatan masih tidak memadai untuk negara mengekang penularan AIDS sebagai isu kesihatan awam menjelang tahun 2023,” demikian menurut kenyataan KKM pada 1 Disember lepas.

Kementerian Kesihatan menganggarkan pada penghujung tahun 2021, 81,942 individu hidup dengan HIV (PLHIV) di Malaysia, dengan 67,822 atau 83 peratus daripada mereka menyedari tentang status diri serta telah dimaklumkan menerusi suspek pemantauan nasional.

“Menjelang Disember 2021, 66 peratus dari PLHIV yang telah dilaporkan, sedang menerima rawatan ARV. Penularan jangkitan HIV telah menurun sebanyak 70.2 peratus dari tahun 2022,” kata KKM dalam laporan yang dikeluarkan tahun lalu.

Lebih separuh daripada keseluruhan kes-kes baru HIV telah dilaporkan di negeri-negeri berkepadatan tinggi antaranya Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, jangkitan melalui hubungan kelamin adalah penyumbang utama kepada jangkitan HIV di Malaysia sejak sedekad yang lalu dengan tiga perempat daripada kes jangkitan baru HIV melibatkan mereka yang berusia 20 hingga 39 tahun pada tahun 2021.

Reaksi bercampur

Pengenalan projek rintis itu bagaimanapun mendapat reaksi yang bercampur dari masyarakat dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor berkata pengamal perubatan yang menegaskan ubat pencegahan tersebut kepada golongan homoseksual sebagai bersubahat dengan dosa serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web jabatan itu, ubat PrEP hanya boleh diberikan kepada pasangan yang telah berkahwin secara sah, di mana salah seorang dari pasangan itu adalah positif-HIV.

“Secara umumnya, mengambil atau mengedarkan PrEP kepada pasangan yang telah berkahwin di mana salah seorang pasangan itu telah dijangkiti dengan HIV (dan boleh menjangkiti pasangnya) melalui hubungan kelamin, adalah dibenarkan.

“Bagaimanapun, mengedarkan ubat berkenaan kepada mereka yang diketahui terlibat dalam gaya hidup homoseksual adalah ditegah kerana ia dianggap seperti bersubahat dengan dosa dan perbuatan salah,” demikian menurut kenyataan jabatan itu.

Jabatan berkenaan mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan dari orang awam menerusi perkhidmatan soal jawabnya, di mana orang ramai boleh menghantar soalan bagi mendapatkan pencernaan berhubung fatwa dan isu-isu khusus berkaitan hal ehwal agama di negeri berkenaan.

Seorang pengguna Twitter, Siti Fatimah, bersetuju dengan pandangan Jabatan Agama Islam Selangor.

“Betul. Kita tidak mahu bersubahat. Adalah lebih baik mencegah dari mengubati. Biarkan mereka yang songsang itu berfikir banyak kali sebelum membuat dosa,” ujarnya dalam satu posting.

Sayap Wirawati dari parti politik Putra, turut membantah langkah kerajaan untuk meningkatkan pembiayaan ubat PrEP.

Dalam satu kenyataan pada 19 Disember lalu, ketuanya, Nurhafizah Jamalludin menegaskan dana awam perlu dimanfaatkan kepada perbelanjaan lebih utama yang melibatkan majoriti masyarakat, biarpun bersetuju bahawa penggunaan ubat itu bukan untuk memberi galakan kepada golongan homoseksual untuk terus mengamalkan perbuatan mereka.

“Selain bantah, Wirawati juga gesa kerajaan memulakan kempen mengharamkan segala bentuk simbol atau lambang yang menyokong golongan LGBT seperti ditegaskan duta bagi Piala Dunia di Qatar,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam yang lantang turut berkongsi pendirian yang sama dengan presidennya menegaskan pemberian ubat itu hanya akan menguatkan lagi langkah kerajaan menormalkan “gaya hidup LGBTQ+ “.

“Saya menyokong pendirian Mufti dan para ulama yang menegah pemberian PrEP kepada kumpulan ini. Kerajaan sepatutnya lebih serius dalam melaksanakan undang-undang anti-LGBT dan bukan sebaliknya,” ujar Presiden ISMA, Muhammad Fauzi Asmuni kepada BenarNews.

“Banyak kaedah lain yang boleh digunapakai bagi membantu golongan ini, apapun semua usaha mesti difokuskan kepada mengekang aktiviti sedemikian. Mengedarkan PrEP, sebaliknya, hanya akan menggalakkan lagi aktiviti kumpulan LGBTQ+,” ujarnya lagi.

Diskriminasi hak asasi

Organisasi yang mewakili suara kumpulan minoriti pada Isnin menyifatkan pendirian Jabatan Agama Islam negeri Selangor itu sebagai tindakan diskriminasi ke atas hak asasi manusia, iaitu melibatkan akses kepada rawatan kesihatan.

“Saya fikir ini adalah perbuatan diskriminasi yang amat jelas. Mengasingkan orang ramai dan menggalakkan pengasingan akses kepada khidmat kesihatan yang boleh menyelamatkan nyawa berdasarkan kepada kecenderungan seksual mereka adalah pencabulan hak asasi,” ujar Dhia Rezki Rohaizad, Timbalan Presiden JEJAKA, sebuah organisasi LGBTQ+ kepada BenarNews.

“Masih banyak stigma dalam perbahasan mengenai HIV atau AIDS di kalangan komuniti LGBTQ+, khususnya di kalangan homoseksual Melayu-Islam, dan sikap ini hanya akan membantutkan kemajuan yang kita cuba capai.”

Dhia Rezki menyifatkan kenyataan sedemikian hanya menggalakkan budaya tidak bertoleransi dan menyekat populasi kumpulan kritikan seperti pesakit HIV atau AIDS daripada mendapat perubatan yang diperlukan oleh mereka untuk kekal sihat.

“PrEP sangat penting kerana ia secara signifikan mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV menerusi seks penetrasi (sehingga 99 peratus) dan sehingga 74 peratus bagi mereka yang mengambil dadah secara suntikan.

“Masyarakat kita telah berdepan dengan kehilangan yang signifikan kesan dari andemik ini selama beberapa dekad. Jadi, untuk mendapat akses kepada ubat yang mampu menyelamatkan nyawa, kita perlu memastikan masyarakat mendapat akses tanpa kebimbangan didiskriminasi atau menjadi mangsa stigma.

“Pekerja kesihatan adalah kontak utama kepada mereka yang memerlukan ubat ini, jadi mereka mesti tidak bersikap prejudis dan bertindak berdasarkan kepada data saintifik yang telah terbukti, bukannya menurut pandangan agama,” ujarnya lagi.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.

Komen

Cristina Pereira
Mar 13, 2023 09:08 PM

Saya Cristina Pereira, saya dijangkiti HIV pada 2015 dan diberitahu oleh doktor bahawa tiada ubat yang mungkin untuk HIV. Saya mula mengambil ARV saya. Kiraan CD4 saya sangat rendah. Saya melihat banyak testimoni tentang Dr Oyenoze tentang cara beliau menggunakan ubat herba untuk menyembuhkan HIV. Saya menghubunginya dan memberitahu masalah saya, dia menghantar ubat herba kepada saya dan saya mengambilnya selama beberapa minggu kemudian saya pergi untuk pemeriksaan dan saya Negatif. ubat tidak mempunyai kesan sampingan, tidak ada diet khas apabila mengambil ubat. hubungi beliau melalui NOMBOR WHATS APP beliau +17863213840, atau hubungi beliau melalui e-mel: droyenoyeherbalcure@yahoo.com