Thailand, Malaysia Jalin Kerjasama Perkhidmatan Keretapi Rentas Sempadan

Staf BeritaBenar
2015.12.21
Share on WhatsApp
Share on WhatsApp
151221-MY-TH-Railway620 Perkhidmatan keretapi dari Hatyai ke Padang Besar" susulan jalinan kerjasama antara Thailand dan Malaysia dalam menyokong penubuhan Komuniti ASEAN. Perkhidmatan keretapi itu memudahkan penumpang yang ingin mendapatkan perkhidmatan keretapi berkelajuan tinggi ke Malaysia. 21 Disember 2015.
BeritaBenar

Thailand memperkenalkan perkhidmatan keretapi Hatyai-Padang Besar pada Isnin, susulan jalinan kerjasamanya dengan keretapi ekspres Malaysia, yang merupakan antara usaha kedua-dua negara dalam menyokong penubuhan Komuniti ASEAN.

Keretapi berhawa dingin dari Hatyai itu menuju ke bandar sempadan di Padang Besar sebelum ia dihubungkan dengan perkhidmatan keretapi ekspres Malaysia, yang laluannya meliputi Padang Besar ke Butterworth, Ipoh dan Kuala Lumpur, lapor Agensi Berita Thai (TNA) .

Pelancaran perkhidmatan keretapi merentas sempadan itu disempurnakan bersama oleh Gabenor Keretapi Negeri Thailand (SRT) Wuthichart Kalyanamitra dan Presiden Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Sarbini Tijan pada satu majlis di persimpangan landasan keretapi Hatyai dalam Wilayah Songkhla.

Perkhidmatan keretapi merentas sempadan baru itu adalah langkah utama Thailand dan Malaysia dalam menyokong Komuniti ASEAN , yang penubuhannya bakal dilaksanakan tidak lama lagi, lapor TNA pada Isnin.

Perkhidmatan itu akan memudahkan pengangkutan kargo, pelancong dan pekerja antara kedua-dua negara jiran itu, yang turut menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Malaysia yang melaksanakan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN selepas mengambil alih daripada Myanmar pada 31 Disember tahun lalu, telah menggesa negara-negara ASEAN supaya menggandakan usaha mereka bagi memastikan kejayaan pembentukan Komuniti ASEAN, yang dokumen mengenainya ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur bulan lalu.

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semasa berucap pada persidangan itu berkata, Komuniti ASEAN akan memulakan perjalanan barunya pada 1 Januari 2016 dengan sasaran bersepadu dan berintegrasi di bawah tiga tonggak komuniti iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.

“Objektif kita ialah untuk membina komuniti berwawasan yang memainkan tanggungjawab dan peranan konstruktif di peringkat global," kata Najib.

Sementara itu, The Bangkok Post pula melaporkan, Wuthichart sebagai berkata bahawa perkhidmatan keretapi itu bertujuan memudahkan sejumlah besar penumpang Thailand dan Malaysia serta pelancong asing,  yang memerlukan pengangkutan untuk berulang alik antara kedua-dua negara itu.

Menurut TNA, buat permulaannya, perkhidmatan keretapi itu akan beroperasi empat kali di laluan berkenaan setiap hari dengan tambang sebanyak 80 baht (kira-kira RM9).

Bagi perjalanan pagi yang sejauh 60 kilometer dari Hatyai ke Padang Besar, keretapi berkenaan akan bertolak pada 7.30 pagi dan tiba di destinasi pada 8.25 pagi.

Menurut TNA, perkhidmatan baru itu dihubungkan kepada enam keretapi Malaysia dari Padang Besar ke destinasi lain.

“Penumpang boleh menjalani prosedur Imigresen di Balai Padang Besar 1 di Malaysia,” lapor agen

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.