Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Dibunuh di Malaysia: Laporan

Staf BeritaBenar
2017.02.14
Putrajaya
170214-MY-kim-new-620.jpg Polis berdiri di luar rumah mayat Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya, di mana pemeriksaan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat seorang lelaki Korea Utara yang meninggal dunia selepas sakit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur [KLIA2], 14 Feb 2017.
[Fadzil Aziz/BeritaBenar]

Abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un telah dibunuh pada Isnin, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, media Malaysia dan Korea Selatan melaporkannya pada Selasa.

Kim Jong-Nam telah diracun dengan jarum oleh dua wanita dipercayai ejen Korea Utara yang kemudiannya melarikan diri dengan teksi dan masih bebas, rangkaian kabel TV Korea Selatan, Chosun melaporkan, memetik sumber kerajaan Korea Selatan.

"Polis telah mengesahkan seorang rakyat Korea Utara meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) semalam adalah Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un," agensi Berita Nasional Malaysia Bernama melaporkan.

Laporan berita itu memetik Fadzil Ahmat, seorang pegawai kanan polis di Selangor di mana kejadian itu berlaku sebagai berkata tanpa memberikan butiran lanjut mengenai identiti mangsa.

"Siasatan awal polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada pukul 8 pagi kerana mahu mengambil penerbangan ke Macau di China yang dijadualkan berlepas pada kira-kira pukul 9 pagi, Isnin. Sementara menunggu penerbangan, seorang wanita datang dari belakang dan menutup mukanya dengan kain yang dicampur dengan cecair, " Fadzil dipetik sebagai berkata.

"Berikutan itu, lelaki berkenaan dilihat bergelut sambil cuba untuk mendapatkan bantuan daripada seorang penyambut tetamu di KLIA2 apabila matanya melecur akibat daripada cecair itu.

"Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya di mana dianya disahkan meninggal dunia."

Terdahulu dalam satu kenyataan media Ketua Polis Malaysia Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa seorang lelaki Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chol telah mendapat kemudahan perubatan awal di kaunter perkhidmatan pelanggan KLIA2 terlebih dahulu sebelum meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital pada Isnin.

“Siasatan sedang dijalankan dan laporan bedah siasat telah diminta dalam menentukan punca kematian," katanya.

Seorang pegawai di Jabatan Forestik, Hospital Putrajaya memberitahu BeritaBenar bahawa pemeriksaan bedah siasat akan dibuat pada pagi Rabu.

Nama samaran?

“Semati adalah seorang rakyat Korea pemegang pasport bernumber 836410070, dilahirkan pada 10 Jun, 1970,” kata Khalid.

Menurut laporan, Kim Jong Nam berusia pertengahan 40-an, dan tidak diketahui dengan segera sama ada lelaki yang mati itu menggunakan nama samaran.

Kementerian Luar Korea Selatan berkata ia tidak dapat mengesahkan laporan dan agensi perisikan negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Malaysia adalah antara senarai negara kecil yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim tegas Pyongyang di bawah sekatan pemacu global yang menyalahi undang-undang senjata nuklear dengan pelancaran peluru berpandu balistik, yang terbaru berlaku pada hujung minggu.

Pertubuhan Berita Nasional Korea Selatan Yonhap memetik sumber ejen agensi perisikan Utara sebagai berkata, peninjau Biro Umum, telah menjalankan pembunuhan pada Isnin itu, dengan mengambil kesempatan daripada ruang keselamatan antara pengawal peribadi Jong-Nam dan polis Malaysia di lapangan terbang, menurut agensi berita AFP.

Akaun Polis Malaysia mengenai kematian itu adalah berdasarkan kepada rakaman CCTV, menurut akhbar Malaysia, Berita Harian.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, kita dapati seorang wanita yang mempunyai mirip wajah orang Korea menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan secara tiba-tiba" Abdul Samah Mat memberitahu Berita Harian pada malam Isnin.

"Buat masa ini, polis memeriksa rakaman CCTV untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang suspek sebelum dapat bertindak," katanya.

Suspek dan wanita lain melarikan diri dari tempat kejadian, kata Abdul Samah.

"Pada masa ini kita tidak dapat memberikan motif yang sebenar dan sama ada kejadian kes mempunyai kaitan dengan konflik dalaman atau luaran Korea Utara, “ katanya.

"Fokus kita adalah untuk mengenalpasti suspek yang terlibat dan mengesan mereka untuk tindakan mengikut peruntukan undang-undang negara kita,"

Punca sebenar kematian belum dikenal pasti kerana pemeriksaan bedah siasat masih belum lengkap, kata Abdul Samah.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, mangsa dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas KLIA, untuk menaiki penerbangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu, lapor Berita Harian.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.