Thailand Tahan 62 Pendatang Tanpa Izin Myanmar Berhampiran Sempadan Malaysia
2016.08.04
Songkhla, Thailand & Kedah, Malaysia

Pihak berkuasa Thailand berkata, mereka merancang untuk mendakwa dan menghantar pulang 62 pendatang tanpa izin dari Myanmar, termasuk lima warga Islam Rohingya yang ditahan selepas penyeludup meninggalkan mereka di sebuah rumah berhampiran sempadan selatan Thailand dengan Malaysia.
Kesemua mereka sedang menunggu untuk menyeberang secara haram ke Malaysia tetapi ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada Selasa, selepas ditemui di sebuah rumah di Padang Besar, sebuah daerah kecil di wilayah Songkhla, kata pegawai.
Padang Besar adalah kawasan di mana ratusan kubur mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya dan Bangladesh ditemui di dalam hutan pada Mei 2015. Pertemuan kubur itu telah membawa kepada tercetusnya tindakan keras yang diambil pihak berkuasa Thailand terhadap penyeludupan manusia sehingga menyebabkan krisis penghijrahan serantau.
Sebanyak 139 kubur lagi ditemui di sempadan Perlis, negeri utara di Semenanjung Malaysia.
Pada ketika itu juga, beribu-ribu etnik Rohingya dan Bangladesh mendarat di Thailand, Malaysia dan Indonesia selepas ditinggalkan penyeludup di dalam bot hanyut di sekitar Laut Andaman dan Selat Melaka.
"Kesemua 62 pendatang itu telah ditahan di balai polis Padang Besar. Pihak polis telah menyoal siasat mereka, dan akan mendakwa mereka atas kesalahan memasuki negara secara haram. Kami juga bercadang untuk menghantar mereka pulang ke negara asal, " kata Leftenan Kolonel Prapan Areebambud, Timbalan Ketua Polis Balai Padang Besar kepada BeritaBenar pada Khamis.
Polis telah dimaklumkan mengenai sekumpulan warga asing tanpa izin oleh seorang wanita dari Myanmar, telah dikurung di sebuah rumah , selepas beliau berjaya melepaskan diri daripada rumah berkenaan, menurut Penguasa Cawangan Anti Pemerdagangan Manusia Polis Thailand di Songkhla.
“Kami telah menjalankan soal siasat terhadap wanita Myanmar berkenaan dan, beliau memaklumkan yang dia melarikan diri dari rumah itu untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa. Beliau memaklumkan bahawa agen penyeludup rakyat Thailand dan Malaysia telah membawa mereka dari pusat pemeriksaan sempadan di daerah Mae Sod, di wilayah Tak, yang bersempadan dengan wilayah Ranong, selepas mereka membayar masing-masing 200.000 kyats [AS $168.50], " kata penguasa Polis Kolonel Narong Tedwiboon, sambil merujuk kepada sempadan panjang antara Thailand dan Myanmar.
"Mereka telah berada di situ sejak lima hari lalu, menunggu agen yang akan datang untuk membawa mereka masuk ke Malaysia, sebaliknya tiada siapa yang muncul. Mereka yang takut telah ditipu, menyelinap keluar untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa, "Narong memberitahu BeritaBenar.
'Terlalu kecil'
Malaysia, sebuah negara Islam yang makmur dengan ekonomi, telah menjadi destinasi utama di Asia Tenggara bagi etnik Rohingya, dengan selatan Thailand menjadi laluan transit darat bagi kebanyakkan mereka.
Rohingya adalah golong minoriti tanpa kerakyatan di Myanmar yang diperintah oleh kerajaan Buddha, di mana pelbagi penganiayaan etnik dan agama berlaku di Rakhine. Kaum minoriti itu keluar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dengan prospek pendidikan di luar negara.
Tindakan keras terhadap pemerdagangan manusia tahun lepas di Thailand telah menyebabkan pengeluaran waran tangkap terhadap 153 anggota yang disyaki kumpulan sindekit pemerdagangan manusia transnasional yang mempunyai kaitkan dengan penemuan kubur di dalam hutan di Padang Besar. Sembilan puluh dua daripada suspek, termasuk seorang jeneral tentera, pegawai polis dan beberapa pegawai tempatan, kini sedang menghadapi perbicaraan di Bangkok atas tuduhan menyeludup dan memperdagangankan manusia.
Nu Muhammad, seorang ekspatriat Rohingya yang telah menetap di Thailand selama lebih 10 tahun, percaya bahawa penyeludupan manusia ke negara itu dari Myanmar tidak akan berakhir kerana penyeludup di peringkat bawah belum ditangkap, katanya.
"Penyeludup menggunakan jalan darat kerana mereka tidak lagi boleh melalui jalan laut," katanya kepada BeritaBenar.
Seorang penyeludup di Padang Besar, yang enggan mendedahkan namanya berkata, kes terbaru itu membuktikan bahawa masih ramai orang menjadi mangsa pemerdagangan manusia melalui kawasan berkenaan dalam perjalanan ke Malaysia.
"Penangkapan kesemua 62 orang itu adalah terlalu kecil. Sindiket membawa masuk bilangan yang kecil tidak memberi nilai ekonomi, "katanya, sambil menambah bahawa penyeludupan manusia di kawasan itu kembali semula selepas reda apabila pihak berkuasa mengambil tindakan keras tahun lepas.
Dalam pada itu, sumber Jabatan Imigresen Malaysia berkata, setakat ini tiada tangkapan yang melibatkan kumpulan besar pendatang tanpa izin di sempadan Malaysia-Thailan sejak awal tahun ini, sselepas pihak berkuasa penguatkuasaan dan meningkatkan ciri-ciri pengawasan berikutan penemuan kubur besar mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis tahun lepas.
Bagaimanapun, sumber itu berkata berita mengenai penahanan 62 warga Myanmar berhampiran sempadan Malaysia-Thailand pada Rabu perlu diambil sebagai 'merah-bendera' yang sindekit penyeludupan dan pemerdagangan manusia peringkat antarabangsa di rantau Asia Tenggara cuba untuk menguji segela kelemahan yang mungkin terdapat dalam rondaan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand.
"Ada kemungkinan, berikutan tindakan besar-besaran terhadap aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia tahun lepas, sindiket itu cuba untuk menghidupkan semula perniagaan mereka melalui kelemahan mungkin dalam sistem keselamatan.
"Insiden di Padang Besar selatan Thailand menunjukkan bahawa sindiket itu tidak dapat mencari jalan untuk menyeludup warga Myanmar sama ada cara sah ataupun jalan haram," pegawai itu memberitahu BeritaBenar dengan syarat enggan namanya disiarkan.