Myanmar Bebaskan Wartawan Asing Guna Drone Buat Dokumentari Untuk Turki

Khas untuk BeritaBenar
2017.12.29
171229-my-rfa620.jpeg Dari kiri ke kanan, jurubahasa Myanmar, Aung Naing Soe, pemandu Hla Tin, jurukamera rakyat Singapura Lau Hon Meng, dan penerbit rakyat Malaysia, Mok Choy Lin.
[RFA Myanmar]

Pihak berkuasa Myanmar pada Jumaat telah melepaskan dua wartawan asing, jurubahasa dan pemandu yang ditahan pada akhir Oktober kerana secara haram telah menerbangkan ‘drone’ di sekitar bangunan parlimen di ibukota negara Naypyidaw.

Penerbit rakyat Malaysia Mok Choy Lin, jurukamera warga Singapura, Lau Hon Meng,  jurubahasa rakyat tempatan [Myanmar], Aung Naing Soe, dan pemandu Hla Tin telah ditahan pada 27 Oktober lepas semasa sedang membuat rakaman dokumentari bagi Turkish Radio and Television Corporation, anak syarikat TRT World.

Mereka dijatuhi hukuman pada 10 November selama 2 bulan dan telah berada di Penjara Yamethin di wilayah Mandalay, kira-kira 100 kilometer ke utara ibu negara, kerana melanggar Akta Pesawat Udara era kolonial Myanmar dan dijadual akan dibebaskan pada 5 Januari.

Mahkamah Perbandaran Zabuthiri di Naypyidaw juga telah membebaskan mereka atas dakwaan dengan secara haram membawa masuk ‘drone’ ke Myanmar, dengan kedua-dua wartawan itu sekali lagi didakwa telah melanggar akta imigresen selepas visa mereka tamat tempoh semasa  berada dalam tahanan.

Mahkamah menggugurkan caj tambahan pada Khamis.

"Kami mengaku bersalah melanggar Artikel 10 Akta Pesawat Udara Myanmar, jadi kami masing-masing telah menerima hukuman selama dua bulan," kata Aung Naing Soe kepada Radio Free Asia [RFA] Myanmar, yang juga entiti BeritaBenar. "Kami telah dibebaskan hari ini kerana mahkamah menggugurkan dua tuduhan lain."

Aung Naing Soe juga berkata bahawa pihak berkuasa Myanmar juga lebih mempersoalkan tentang perjalanannya ke negeri Shan dan Rakhine yang kini di dalam keadaan huru hara, daripada insiden ‘drone’.

Militia etnik telah cuba memerangi tentera Myanmar di beberapa kawasan di negeri Shan, dan dengan tindakan keras tentera di negeri Rakhine baru-baru ini, telah mendorong kira-kira 655,000 etnik Islam Rohingya melintasi sempadan ke Bangladesh dalam apa yang disebut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat sebagai 'pembersihan etnik.'

Krew, telahpun memaklumkan kepada kerajaan Myanmar sebelum ini mengenai niat mereka untuk membuat rakaman visual dokumentari di Naypyidaw, walaupun TRT World tidak mendedahkan mengenai subjek projek berkenaan.

Turki negara majoriti Islam telah menjadi suara pengkritik lantang berhubung layanan Myanmar terhadap etnik Rohingya dengan Presiden Tayyip Erdogan sebulan sebelum itu telah menuduh negara berkenaan melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Hampir sedozen wartawan telah ditangkap tahun ini di bawah pemimpin kerajaan de fakto yang diketuai oleh kerajaan Aung San Suu Kyi. Langkah tersebut telah menimbulkan kemarahan dari kumpulan hak asasi yang mendapati pentadbirannya telah menghalang kebebasan akhbar yang telah ditekan beberapa dekad oleh pemerintahan tentera di Myanmar.

Dua wartawan Reuters yang ditangkap pada 12 Disember masih ditahan kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi era kolonial Myanmar dengan didakwa memiliki dokumen rahsia. Mereka menghadapi 14 tahun penjara jika didapati bersalah.

Dilaporkan oleh Aung Thein Kha untuk Perkhidmatan RFA Myanmar dan BeritaBenar, perkhidmatan berita dalam talian gabungan RFA. Diterjemahkan oleh Khet Mar. Salinan dalam Bahasa Inggeris oleh Roseanne Gerin.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.