Malaysia Berusaha Halang Perhimpunan BERSIH Hujung Minggu Ini

Oleh Hata Wahari
2015.08.28
150828-MY-KUNING620 Seorang peserta protes membaling kembali kanister gas pemedih mata semasa perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur. 28 April, 2012.
AFP

Kerajaan Malaysia pada hari Jumaat menyekat laman web sebuah gerakan masyarakat awam yang merancang untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran pada hujung minggu ini di mana mereka dijadualkan akan melaungkan Perdana Menteri Najib Razak meletakkan jawatan.

Buat pertama kalinya, Najib secara umum mengkritik perhimpunan  BERSIH 4.0, yang dijadualkan bermula pada pukul 2 petang Sabtu di tiga bandar raya utama di Malaysia dan 60 bandar lain di seluruh dunia.

Tiga buah bandar raya - Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu - telah mengharamkan atau tidak menggalakkan perhimpunan itu diadakan. Para pemimpin Malaysia pula menyatakan perhimpunan tersebut bercanggah dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 pada 31 Ogos ini.


"Mungkin ada perbezaan pendapat dan kepercayaan di kalangan kita, tetapi Hari Kebangsaan tidak seharusnya dijadikan pentas untuk pertikaian politik," kata Najib menerusi siaran audio yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com pada Jumaat.

"Jika mahu berhimpun sekalipun pilihlah  masa dan kawasan yang tidak mencetuskan provokasi,” tambah beliau.

BERSIH, ditubuhkan pada tahun 2007, adalah sebuah badan bukan kerajaan yang menuntut ketelusan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Tetapi ia secara terbuka telah meminta Najib untuk meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri berikutan skandal yang melibatkan jutaan dolar yang didakwa tersimpan di dalam akaun bank peribadinya.

"Letak Jawatan, Najib," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu pada pertengahan Ogos semasa mengumumkan butiran demonstrasi 34-jam, yang digelar BERSIH 4.0. Ini merupakan perhimpuan kali keempat yang diadakan oleh kumpulan berkenaan.

"Rakyat mesti bangkit. Bangkit bukan untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan atau paksaan. Bangkit untuk menolak pemimpin yang korup, dan sistem politik yang menghasilkan pemimpin yang korup, "kata kenyataan itu.

Disekat

Sehingga 6 petang waktu tempatan pada Jumaat, rakyat Malaysia tidak lagi boleh mengakses empat laman web BERSIH -http://bersih.org, http://globalbersih.org, http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.

"Setakat ini saya dimaklumkan bahawa empat laman web telah disekat," katanya kepada Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada Jumaat.

Pada hari Khamis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Suruhanjaya telah memberi amaran akan menyekat mana-mana laman web dan portal berita yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram itu kerana menyifatkan perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

"Setakat ini belum ada portal berita yang mempromosikan perhimpunan haram ini...cuma melaporkan saja, jadi belum ada pelanggaran undang-undang lagi...tiada sebab pengendali berita portal risau," katanya.

BERSIH sentiasa dipanggil untuk bantahan secara aman, tetapi di masa lalu perhimpunan BERSIH telah dicemari oleh balingan batu dan pembakaran kereta. Pemimpin BERSIH telah menolak tindakan ganas dengan mendakwa ia telah dimulakan oleh polis atau pihak kerajaan.

Pegawai tinggi tentera Malaysia berkata mereka tidak teragak-agak akan “masuk campur” dalam perhimpunan hujung minggu ini jika ia menjadi ganas dan sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata, beliau tidak menolak tawaran Angkatan Tentera Malaysia jika negara memerlukannya, lapor Radio Televisyen Malaysia.

Ancaman Video

Dalam kegelisahan berhubungan perhimpunan itu, satu video 87 saat yang diterbitkan di YouTube pada Khamis pula mengancam untuk melancarkan keganasan di perhimpunan BERSIH setanding dengan tragedi pengeboman yang berlaku di sebuah kuil Hindu di Bangkok yang membunuh 20 orang dan mencederakan 125 pada Ogos 17.

Video bertajuk "We Will Blast Malaysia," (kami akan mengebom Malaysia) telah dikaitkan dengan aktiviti BERSIH. Tertera di dalam klip video itu “We all Yellow” (Kami semua kuning) dan ancaman " show Najib what we can do" (tunjukkan Najib apa yang kita mampu lakukan) dan diakhiri dengan kata-kata “Wait Our Blast at Bersih 4.0.” (tunggulah letupan kami di BERSIH 4.0).

Penyokong BERSIH secara tradisinya memakai kuning di perhimpunan. Manakala suspek utama dalam pengeboman di Bangkok juga memakai baju berwarna kuning dan telah meninggalkan sebuah beg di kuil sebelum berlakunya letupan.

Video itu dipercayai telah dihasilkan oleh "Anonymous Malaysia," kumpulan hacktivis yang sebelum ini mengancam untuk melancarkan "perang siber" terhadap kerajaan Malaysia dalam memaksa Najib meletakkan jawatan atas dakwaan rasuah - selari dengan matlamat perhimpunan BERSIH 4.0.

BERSIH mengutuk ancaman tersebut dan menafikan mereka terlibat dengan kumpulan tersebut.

Penyiasat tidak pernah mengkaitkan aktivis BERSIH dengan pengeboman di Bangkok, dan tidak dapat disahkan samada kumpulan yang sama telah memuat naik kedua-dua video itu.

"Anonymous Malaysia perlu sedar bahawa perhimpunan BERSIH 4.0 adalah perhimpunan aman, tidak ada keganasan dibenarkan. Malahan kami telah meminta pihak berkuasa menahan sesiapa sahaja yang melakukan keganasan atau bertindak melampaui batas semasa perhimpunan," kata pemimpin BERSIH Maria Chin Abdullah.

"Saya merayu kepada Anonymous Malaysia agar tidak melakukan perkara itu… Rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perhimpunan ini akan berlangsung secara aman,” katanya kepada BeritaBenar pada Jumaat.

Ketua Polis Negara Abu Bakar berkata, pihak berkuasa Malaysia mengambil ancaman itu secara serius.

"Kita sedang memerhati perkara ini. Tidak perlu saya katakan kita sudah mengenal pasti atau tidak (pihak yang menyebarkannya). Sudah pasti kita melihat ini sebagai ancaman serius. Kita tidak pandang ringan ugutan sebegini," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.