Perhimpunan Anti-GST Gesa Najib Letak Jawatan

Amir Hadi Azmi
2016.04.04
160404-my-slideshow-AntiGST-01.jpg

Peserta perhimpunan membantah GST - cukai barang dan perkhidmatan berjalan menuju ke Dataran Merdeka yang telah dikepung oleh polis, 2 April 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

160404-my-slideshow-AntiGST-02.jpg

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli bersama peserta perhimpunan bantah GST - Cukai barang dan perkhidmatan di hadapan Pasar Seni, Kuala Lumpur, 2 April 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

160404-my-slideshow-AntiGST-03.jpg

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar, yang juga anak kepada bekas Ketua Pembangkang yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim sedang memberi ucapan kepada mereka yang hadir pada perhimpunan itu di hadapan Pasar Seri, Kuala Lumpur, 2 April, 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar] BeritaBenar

160404-my-slideshow-AntiGST-04.jpg

Seorang peserta perhimpunan memakai topeng badut ikon Najib Razak, 2 April, 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar] BeritaBenar

160404-my-slideshow-AntiGST05.jpg

Sekumpulan peserta perhimpunan berarak di hadapan Chinatown, di Petaling Street, Kuala Lumpur, 2 April 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

160404-my-slideshow-AntiGST-06.jpg

Para peserta perhimpunan berjalan sambil membawa sepanduk ke arah Dataran Merdeka, 2 April, 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritBenar]

160404-my-slideshow-AntiGST-07.jpg

Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan itu berhampiran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 2 April 2016 [AFP]

160404-my-slideshow-AntiGST-08.jpg

Orang ramai berkumpul di jalan raya berhampiran Panggung Bandaraya, lokasi mudah untuk memasuki Dataran Merdeka, 2 April 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

160404-my-slideshow-AntiGST-09.jpg

Peserta perhimpunan di hadapan benteng pertama pihak berkuasa Malaysia berhampiran Dataran Merdeka, 2 April 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

160404-my-slideshow-AntiGST-10.jpg

Lapisan pertama benteng kendalian petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, manakala lapisan kedua beberapa meter ke belakang oleh pasukan Polis. 2 April 2016 [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

Ratusan rakyat Malaysia berarak di beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu, menyambut ulang tahun pertama pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kontroversi.

Acara itu berakhir dengan aman walaupun amaran awal oleh pihak berkuasa supaya tidak menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat berkumpul.

Penunjuk perasaan berkumpul di luar halangan polis di dataran itu selepas pihak Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menafikan kebenaran untuk menggunakan tempat ikonik berkenaan.

Malaysia mula melaksanakan GST, iaitu cukai barang dan perkhidmatan pada kadar 6 peratus, yang dikenakan kepada sesuatu produk mulai 1 April tahun lepas. Perlaksanaan cukai yang tidak popular itu oleh kerajaan dilihat sebagai menambahkan lagi kos sara hidup serta membebankan rakyat.

Selain bantahan mengenai cukai itu, penunjuk perasaan juga meminta Perdana Menteri Najib Razak yang dibelenggu skandal kewangan melibatkan dana negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Akhbar berpangkalan di Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (WSJ)  mula menyiarkan beberapa siri berita mengenai skandal berkenaan sejak Julai 2015, di mana melibatkan jutaan wang dikaitkan dengan 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Najib menegaskan beliau tidak bersalah serta tidak pernah mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi.

Bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad tampil secara mengejut menyertai orang ramai sebelum perhimpunan berakhir pada Sabtu itu.

Kemunculan Mahathir disambut dengan tepuk tangan peserta perhimpunan.

"Kita mesti menjatuhkan Najib," kata bekas perdana menteri itu yang diiringi oleh isterinya Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga anak kepada bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah turut mengambil kesempatan semasa perhimpunan itu meminta supaya mengampun dan membebaskan bapanya itu.


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.