Follow us

Kumpulan Militan Negara Islam Jadikan Warisan, Khazanah Kebudayaan Sebagai Sasaran

2015-03-21
E-mel
Komen
Share

Pembunuhan 21 orang di Muzium Bardo di Tunisia pada minggu ini adalah yang terbaru dalam siri serangan oleh kumpulan pelampau Negara Islam (IS) terhadap institusi kebudayaan dan khazanah arkeologi yang berusia beribu-ribu tahun.

IS mendakwa mereka bertanggungjawab melancarkan serangan pada hari Rabu itu di ibu negara Tunisia.

"Muzium Bardo ialah tempat terbuka untuk semua; tempat penemuan dan dialog antara budaya. Tindakan pengecut ini ialah penolakan prinsip-prinsip ini dan ini sepatutnya semakin menyatukan kita dalam pertempuran menentang ekstremisme," Irina Bokova, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), memberitahu pemberita di Paris tidak lama selepas dua lelaki bersenjata melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.

"Kita perlu menyampaikan mesej bahawa demokrasi disebarkan melalui budaya, melalui dialog."

Terdahulu pada bulan Mac, mengikut laporan, kumpulan militan IS menghancurkan bandar-bandar purba Hatra dan Nimrud yang terletak di zon perang yang dikawal oleh kumpulan itu pada zaman moden Iraq ini.

Lewat bulan lalu, IS menyiarkan viideo secara dalam talian yang menunjukkan ahli-ahlinya memusnahkan patung-patung dari tamadun Assyria yang ditempatkan di sebuah muzium di Mosul, Iraq.

Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh