Follow us

Kejadian Dan Hari Suram Dari Jakarta

2016-01-14
E-mel
Komen
Share

 

Apabila siang beralih menjadi gelita di Indonesia pada Khamis, orang ramai memenuhi kawasan di seluruh negara untuk berhimpun sambil berdoa buat mangsa serangan yang didakwa dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Jakarta.

Dua orang terbunuh dan 24 yang lain cedera awal hari ini, apabila sekumpulan suspek militan melancarkan serangan bunuh diri di kawasan membeli-belah di pusat bandar Jakarta. Penyerang berkenaan dilaporkan menyasarkan kedai kopi Starbucks untuk meletupkan bom dan menembak orang ramai.

Polis menembak mati tiga daripada penyerang itu tetapi dua daripada mereka mati dalam letupan, menurut laporan berita.

Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo kemudian meninjau tempat kejadian, yang terletak kira-kira 3 kilometer (1.86 batu) dari Istana Presiden.

"Negara kita dan rakyat kita tidak perlu takut; kita tidak akan dikalahkan oleh perbuatan keganasan. Saya harap orang ramai boleh terus bertenang, " kata Jokowi kepada wartawan.

IS memberi amaran samar sebelum melakukan serangan, kata jurucakap Polis Nasional Anton Charliyan, menurut Agence France-Presse.

Serangan pada Khamis di Indonesia - negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia - adalah yang pertama di negara itu yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis yang berpangkalan di Timur Tengah.
Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh