Pewaris Kilang Kopi Sedia Perturun Ilmu Buat Serbuk Kopi Tradisional

S. Mahfuz
2020.09.15
Kuala Lumpur, Malaysia
200915-MY-SS-Kopi001.jpg

Biji kopi dipanggang daripada dapor pemanggang tradisional yang masih menggunakan bahan bakar kayu dikeluarkan oleh seorang pekerja di kilang Kopi Chuan Hoe yang terletak di Jalan Kampong Jawa, Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi002.jpg

Tan Loon Chuan pemilik kilang Kopi Chuan Hoe yang terletak di Jalan Kampong Jawa, Klang, Selangor menunjukkan antara jenis biji kopi yang digunakan untuk menghasilkan serbuk kopi dikilangnya, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi003.jpg

Alat pemanggang tradisional yang berusia 60 tahun masih digunakan untuk memanggang biji kopi di kilang Kopi Chuan Hoe yang terletak di Jalan Kampong Jawa, Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi004.jpg

Tan Loon Chuan pemilik kilang Kopi Chuan Hoe sedang memeriksa biji kopi yang sedang dipanggang dan digaul dengan gula serta majerin di dalam kuali besar untuk menghasilkan serbuk kopi dikilangnya di Jalan Kampung Jawa, Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi005.jpg

Tan Loon Chuan pemilik kilang Kopi Chuan Hoe sedang sedang memasukkan kayu kedalam alat pemanggang kopi tradisonal yang menggunakan kayu sebagai bahan bakar di kilangnya di Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi006.jpg

Seorang pekerja di kilang Kopi Chuan Hoe bersama pemiliknya Tan Loon Chuan sedang mengasingkan biji kopi yang telah siap dipanggang dan dicampur gula dan majerin sehingga menjadikannya hitam untuk proses penyejukan sebelum dimasukkan kedalam mesin pengisar di Jalan Kampung Jawa, Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi007.jpg

Seorang pekerja di kilang Kopi Chuan Hoe memasukkan biji kopi yang telah siap disejukkan selepas dipanggang bersama gula dan marjerin sehingga hitam kedalam mesin pengisar untuk dijadikan serbuk kopi di Jalan Kampung Jawa, Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi008.jpg

Mesin berusia 60 tahun digunakan untuk mengisar biji kopi menjadi sebuk oleh Tan Loon Chuan pemilik kilang Kopi Chuan Hoe yang terletak di Klang, Selangor, iaitu kira-kira 22 batu (36 km) dari ibunegara Kuala Lumpur, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi009.jpg

Biji kopi yang sudah melalui pelbagai proses dan telah dihaluskan kini sedia untuk dibungkus sebelum boleh dipasarkan oleh kilang Kopi Chuan Hoe di Jalan Kampung Jawa, Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi010.jpg

Proses membungkus serbuk kopi yang dikisar ke dalam plastik untuk ditimbang sama berat sebelum boleh dijual sedang dibuat di kilang Kopi Chuan Hoe di Klang, Selangor, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi011.jpg

Kilang Kopi Chuan Hoe dibuka oleh Datuk kepada pemilik sekarang Tan Loon Chuan, sejak tahun 1960 terletak di Jalan Kampung Jawa, Klang, Selangor, kira-kira 22 batu (36 km) dari ibunegara Kuala Lumpur, 15 September, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200915-MY-SS-Kopi012.jpg

Bungkusan serbuk kopi yang telah siap untuk dijual dengan harga RM10 setiap satu yang dikeluarkan oleh kilang Kopi Chuan Hoe di Jalan Kampung Jawa, Klang, Selangor, 15 September 2020. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

Pewaris ketiga sebuah kilang kopi yang telah beroperasi lebih 50 tahun bersedia untuk menurunkan ilmu kepada mereka yang mahu mendalami cara menyediakan serbuk kopi secara tradisional bermula dari proses mengenalpasti biji kopi sehingga menjadi serbuk, demikian menurut pemiliknya Tan Loon Chuan kepada BeritaBenar pada Selasa.

Kilang Kopi Chuan Hoe terletak di Jalan Kampung Jawa, di Klang, Selangor mengeluarkan serbuk kopi secara tradisional, dengan menggunakan kayu sebagai bahan bakar telah menyatakan kesediaan memperturunkan ilmu kepada sesiapa yang ingin belajar.

Tan Loon Chuan, 63 semasa ditemui BeritaBenar di kilangnya itu berkata, cara penyediaan serbuk kopi secara tradisional sudah dilupakan oleh generasi masih kini kerana mereka lebih mengemari kopi segera.

“Jika ada sesiapa yang mahu belajar cara membuat serbuk kopi, datanglah ke kilang saya… Saya sedia mengajar cara penyediaan serbuk kopi bermula daripada bijinya kerana jika tidak cara tradisional ini akan hilang.

“Budak-budak sekarang tak mahu kerja payah macam ini, dan lebih suka menggunakan peralatan moden," kata Tan sambil menambah kepakaran membuat serbuk kopi secara tradisional semakin pupus dan jika ilmu itu tidak diperturunkan, maka tidak ada lagi kilang serbuk kopi tradisional di Malaysia.

Beliau berkata penyediaan serbuk kopi cara lama menggunakan kayu sebagai bahan bakar sebenarnya menghasilkan kopi dengan aroma dan rasa yang berbeza berbanding diproses secara moden.

“Proses memanggang, menggoreng dan menggaul biji kopi dengan gula dan majerin adalah proses yang paling mencabar dan sukar kerana ia memerlukan kepakaran tentang penjagaan masa dan suhu bagi menentukan rasa dan aroma kopi yang sedap,” tambah Tan.

Menurut Tan, sumber bekalan biji kopi diperolehi daripada pembekal tempatan dan luar negara dengan terdiri daripada Arabica yang dibeli daripada Colombia, Amerika Selatan, Lampung (Indonesia) dan jenis Liberica, biji kopi tempatan.

Anak lelakinya Tan Meng Loon, 30an telah diberi tanggungjawab menjaga bahagian pemasaran termasuk secara online dari kilangnya itu.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmin, 32 memberitahu BeritaBenar yang beliau sanggup datang daripada Serdang ke Klang semata-mata mahu membeli serbuk kopi daripada kilang Kopi Chuan Hoe kerana katanya “aroma dan rasa serbuk kopi keluaran kilang Chuan Hoe adalah unik dan sedap.”

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.