Follow us

NGO Malaysia Hos 'Ramadan Garage Giveaway'

Afif Adree
Kuala Lumpur
2016-06-22
E-mel
Komen
Share

Di Malaysia, bulan suci Ramadan dikenali dengan semangat memberi dan berkongsi. Semua orang dari rakyat biasa hinggalah pekerja dan pengurus di syarikat-syarikat akan mengembangkan semangat itu, dalam negara yang majoriti beragama Islam dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, dan gelandangan, dengan menyalurkan bantuan makanan yang boleh dinikmati bersama di jamuan berbuka puasa.

Kini, beberapa badan bukan kerajaan [NGO] dan individu di Malaysia telah beralih tumpuan dengan memberi sumbangan kepada pelarian dalam menunaikan ibadah Ramadan mereka. Minggu lalu, Pertubuhan Kemanusiaan dan Kebajikan Antarabangsa Malaysia (MyWelfare), sebuah NGO tempatan, telah membuka pintunya kepada kira-kira 500 umat Islam Rohingya dari Myanmar, yang telah melarikan diri dari penindasan agama di negara itu dan juga merupakan antara kira-kira 150,000 pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia, menurut  Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Pada hujung minggu di bulan Ramadhan, MyWelfare memberikan makanan, pakaian dan permainan untuk anak-anak pelarian melalui program ‘Ramadan Garage Giveaway’.

Pada 19 Jun, beratus-ratus pelarian Rohingya, yang tidak ditempatkan oleh UNHCR tetapi tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan mempunyai kad pelarian yang dikeluarkan oleh agensi PBB itu, berkumpul di pejabat MyWelfare di Selayang, Selangor untuk meraih berkat sumbangan daripada badan bukan kerajaan dan para penyumbangnya.

Idea di sebalik program itu  adalah untuk membantu pelarian memenuhi keperluan paling asas mereka semasa bulan puasa dan menyambut perayaan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan, kata penasihat MyWelfare yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Rafik kepada BeritaBenar.

"Objektif utama organisasi adalah untuk memudahkan semua pelarian, bukan sahaja pelarian Rohingya. Mereka yang kurang berkemampunan juga dialu-alukan, " kata Ustaz Rafik sambil menambah yang badan bukan kerajaan itu akan membantu pelarian sebanyak mungkin dalam menyediakan keperluan asas pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Lihat Laman Penuh