NGO Malaysia Hos 'Ramadan Garage Giveaway'

Afif Adree
2016.06.22
Kuala Lumpur
160622-myrohingya-ramadan-1

Pelarian Rohingya dilihat beratur seawal jam 8 pagi semasa Program Ramadan Garage Giveaway di Selayang, 19 Jun 2016. [Afif Adree/BeritaBenar].

160622-myrohingya-ramadan-2

Seorang wanita sedang memilih kain sambil mendukung anaknya semasa Program Ramadan Garage Giveaway, 19 Jun 2016. [Afif Adree/BeritaBenar].

160622-myrohingya-ramadan-3

Seorang budak lelaki Rohingya kelihatan gembira selepas menerima seguni beras dan kelihatan sebuku roti turut diberikan kepada beliau dan ibunya semasa Program Ramadan Garage Giveway, 19 Jun 2016. [Afif Adree/BeritaBenar].

160622-myrohingya-ramadan-4

Seorang ibu dan anaknya terpaksa menunggu di luar pejabat badan bukan kerajaan yang menyalurkan bantuan kerana sambutan yang sangat menggalakkan dan dikerumuni orang ramai semasa Program Ramadan Garage Giveaway di Selayang, 19 Jun 2016. [Afif Adree / BeritaBenar].

160622-myrohingya-ramadan-5

Seorang budak lelaki sedang melihat ke bawah pada Program Ramadan Garage Giveaway, 19 Jun 2016. [Afif Adree/BeritaBenar]

160622-myrohingya-ramadan-6

Seorang kanak-kanak perempuan tersenyum sambil duduk di atas guni beras dan memegang mainan barunya pada Program Ramadan Garage Giveaway, 19 Jun 2016. [Afif Adree/BeritaBenar]

160622-myrohingya-ramadan-7

Seorang wanita menunjukkan kad pelarian UNHCR beliau semasa mahu keluar dari premis pejabat My Welfare pada Program Ramadan Garage Giveaway, 19 Jun 2016. [Afif Adree/BeritaBenar].

160622-myrohingya-ramadan-8

Seorang budak lelaki memegang kotak Lego yang diambilnya daripada bahagian mainan pada Program Ramadan Garage Giveaway, 19 Jun 2016. [Afif Adree/BeritaBenar].

Di Malaysia, bulan suci Ramadan dikenali dengan semangat memberi dan berkongsi. Semua orang dari rakyat biasa hinggalah pekerja dan pengurus di syarikat-syarikat akan mengembangkan semangat itu, dalam negara yang majoriti beragama Islam dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, dan gelandangan, dengan menyalurkan bantuan makanan yang boleh dinikmati bersama di jamuan berbuka puasa.

Kini, beberapa badan bukan kerajaan [NGO] dan individu di Malaysia telah beralih tumpuan dengan memberi sumbangan kepada pelarian dalam menunaikan ibadah Ramadan mereka. Minggu lalu, Pertubuhan Kemanusiaan dan Kebajikan Antarabangsa Malaysia (MyWelfare), sebuah NGO tempatan, telah membuka pintunya kepada kira-kira 500 umat Islam Rohingya dari Myanmar, yang telah melarikan diri dari penindasan agama di negara itu dan juga merupakan antara kira-kira 150,000 pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia, menurut  Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Pada hujung minggu di bulan Ramadhan, MyWelfare memberikan makanan, pakaian dan permainan untuk anak-anak pelarian melalui program ‘Ramadan Garage Giveaway’.

Pada 19 Jun, beratus-ratus pelarian Rohingya, yang tidak ditempatkan oleh UNHCR tetapi tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan mempunyai kad pelarian yang dikeluarkan oleh agensi PBB itu, berkumpul di pejabat MyWelfare di Selayang, Selangor untuk meraih berkat sumbangan daripada badan bukan kerajaan dan para penyumbangnya.

Idea di sebalik program itu  adalah untuk membantu pelarian memenuhi keperluan paling asas mereka semasa bulan puasa dan menyambut perayaan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan, kata penasihat MyWelfare yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Rafik kepada BeritaBenar.

"Objektif utama organisasi adalah untuk memudahkan semua pelarian, bukan sahaja pelarian Rohingya. Mereka yang kurang berkemampunan juga dialu-alukan, " kata Ustaz Rafik sambil menambah yang badan bukan kerajaan itu akan membantu pelarian sebanyak mungkin dalam menyediakan keperluan asas pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.