Masyarakat Tionghua Malaysia Bersiap Menyambut Tahun Anjing

S.Mahfuz
2018.02.14
Kuala Lumpur
180214-MY-CNY06-620.jpg

Seorang artis melukis mural yang memaparkan seekor anjing di Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur, 11 Februari 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180214-MY-CNY01-620.jpg

Persembahan tarian singa unik oleh sekumpulan penari dari masyarakat Tionghua di dalam aquarium besar di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 11 Feb, 2018. (S. Mahfuz/BeritaBenar)

180214-MY-CNY02-620.jpg

Seorang kanak-kanak mengagumi barisan tanglung yang digantung di sebuah kedai di Kajang, Selangor, menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina, 12 Februari 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180214-MY-CNY03-620.jpg

Sebuah kedai mempamerkan himpunan anjing mainan untuk menyambut ketibaan kalendar lunar Cina yang merayakan tahun anjing di Kuala Lumpur, 12 Februari 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180214-MY-CNY04-620.jpg

Pembeli di Kuala Lumpur memeriksa hiasan untuk perayaan, 12 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180214-MY-CNY05-620.jpg

Seekor penyu sedang berenang bersebelahan dengan penari-penari tarian singa di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 11 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180214-MY-CNY08-620.jpg

Pelbagai jenis dan rupa anjing mainan dipamerkan oleh sebuah kedai menjual barang mainan di Kuala Lumpur, 12 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180214-MY-CNY07-620.jpg

Seorang wanita berjalan dibawah barisan tanglung yang digantung di perkarangan Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur, 11 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Di Kuala Lumpur dan negeri lain di Malaysia, masyarakat Tionghua telah bersedia untuk menyambut kehadiran Tahun Anjing.

Jumaat ini menandakan permulaan Tahun Baru Cina, yang menyaksikan bulan baru kedua selepas solstis musim sejuk. Masyarakat Cina di Malaysia, yang mewakili kira-kira satu perempat daripada 28.3 juta penduduk negara itu, menurut statistik kerajaan, akan mengucapkan selamat tinggal kepada Tahun Ayam yang disambut pada 2017.

Perayaan Tahun Baru Cina itu juga disambut di Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, yang mempunyai bilangan komuniti masyarakat Cina yang besar.

Tidak seperti Jan. 1, Tahun Baru Cina bertembung dengan permulaan musim bunga dan boleh jatuh pada bila-bila masa antara 21 Januari dan 20 Februari, bergantung kepada musim selestial. Anjing dan ayam jantan adalah antara sedozen haiwan dalam zodiak Cina yang digunakan untuk mewakili tahun-tahun yang berbeza. Tahun depan adalah Tahun Babi.

Tradisi menyambut Tahun Baru Cina adalah seperti menyembunyikan berus dan penyapu, membayar hutang, membuat perdamaian dengan mereka yang terdekat. Barang istimewa yang akan dibeli termasuk sampul wang berwarna merah, buah oren dan bunga bersama dengan pakaian dan kasut baru.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.