Follow us

Thailand: Populasi Burung Enggang Kembalikan Semangat Hidupan di Belantara

Nasueroh
Narathiwat, Thailand
2016-05-20
E-mel
Komen
Share

Burung Enggang menyaksikan populasinya semakin berkurangan apabila penduduk kampung membersihkan hutan untuk tujuan pertanian atau menangkapnya untuk dijual bagi mendapatkan makanan atau sebagai haiwan peliharaan, menyebabkan kerajaan  menyenaraikannya sebagai haiwan terancam kerana kehilangan habitat.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand di wilayah Narathiwat melaporkan sebanyak tujuh spesies burung Enggang (daripada 54 spesies di seluruh dunia) ditemui di pergunungan Budo dan hutan belantara Hala-bala di  selatan Thailand. Budo dan Hala-bala adalah kawasan dilindungi yang merangkumi  wilayah Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat yang  menempatkan enam taman negara dan dua kawasan perlindungan hidupan liar.

Populasi burung Enggang yang utuh dilihat sebagai petunjuk semangat kawasan hutan dengan burung itu memilih untuk hidup di wilayah yang kaya dengan kepelbagaian biologi.

Polis Narathiwat pada 17 Mei lalu menyerbu sebuah kedai hidupan liar haram di daerah Yee-Ngor, dan menyelamatkan beberapa haiwan liar termasuk anak burung enggang, yang diambil dari pergunungan Budo.

Pegawai-pegawai kemudian mengembalikan anak-anak burung itu dan beberapa haiwan lain ke dalam hutan.

Lihat Laman Penuh