Pembenihan Awan Kurangkan Kesan Jerebu di Semenanjung Malaysia

S. Mahfuz
2019.09.19
Subang, Malaysia
190919-MY-SS-Haze01.jpg

Anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia [TUDM] memerhatikan paip yang melepaskan campuran sodium chloride dan air bagi proses pembenihan awan dari atas pesawat TUDM C130H di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190919-MY-SS-Haze02.jpg

Campuran sodium chloride dan air dilepaskan melalui beberapa batang paip dari pesawat TUDM C130H semasa operasi pembenihan awan yang dilakukan di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190919-MY-SS-Haze03.jpg

Anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia [TUDM] membuat persiapan dari dalam pesawat TUDM pesawat TUDM C130H yang terlibat dalam operasi pembenihan awan di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190919-MY-SS-Haze04.jpg

Dua anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia [TUDM] memerhatikan paip yang mengandungi campuran sodium chloride dan air daripada empat tangki yang dibawa oleh TUDM C130H yang dilepaskan ke udara semasa operasi pembenihan awan dari atas pesawat tersebut, 19 September, 2019. [Ihsan TUDM]

190919-MY-SS-Haze05.jpg

Petugas Jabatan Meteorologi Malaysia berdiri berhampiran sebuah daripada empat tangki yang berada di atas pesawat TUDM C130H dalam mencari lokasi sesuai bagi pelepasan campuran sodium chloride dan air semasa operasi pembenihan awan di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190919-MY-SS-Haze06.jpg

Empat tangki campuran sodium chloride dan air dibawa masuk ke dalam pesawat TUDM C130H sebelum operasi pembenihan awan di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia bermula, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190919-MY-SS-Haze07.jpg

Pesawat C130H milik Tentera Udara DiRaja Malaysia [TUDM] digunakan oleh Malaysia semasa operasi pembenihan awam untuk mengaktifkan hujan bagi mengurangkan masalah jerebu yang melanda negara itu akibat pembakaran terbuka hutan di negara jiran Indonesia terutamanya di Kalimantan dan Sumatera, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190919-MY-SS-Haze08.jpg

Anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia [TUDM] dan kakitangan Jabatan Meteorologi Malaysia [MetMalaysia] bekerjasama mengadun sodium chloride dan air di dalam tangki bagi operasi pembenihan awan di Pangkalan TUDM Subang, Selangor, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

SS-Haze09.jpg

Campuran sodium chloride dan air diadun dalam tangki besar sebelum memulakan operasi pembenihan awan oleh pesawat TUDM C130H di beberapa buah kawasan di empat negeri di Semenanjung Malaysia, 19 September, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah pada Khamis.

MetMalaysia berkata semasa operasi di keempat buah negeri itu, pelbagai cabaran dihadapi pasukan OPA kerana kesukaran mencari awan yang sesuai disebabkan jerebu tebal selain terpaksa melalui kawasan sasaran yang bentuk muka buminya berbukit-bukau terutamanya di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak.

“Operasi untuk menghasilkan hujan di beberapa kawasan di utara Semenanjung dapat dilakukan di Balik Pulau dan Seberang Prai di Pulau Pinang, Kulim dan Sungai Petani di Kedah, walaupun tidak secara menyeluruh,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat TUDM C130H dari 20 Skuadron yang berpangkalan di Subang, Selangor telah diaturgerak bagi OPA di keempat-empat negeri di Semenanjung Malaysia, yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Pesawat dikendalikan oleh Mejar Hamdi Tajuddin membawa empat tangki besar berisi larutan garam berlepas dari Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 12.30 tengah hari.

MetMalaysia juga memaklumkan pesawat TUDM turut mengalami kesukaran untuk meningkatkan keberkesanan OPA di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana kebenaran penerbangan yang terhad sehingga ketinggian 4,000 kaki sahaja agar tidak mengganggu aliran trafik udara lain.

Jabatan itu akan terus memantau keadaan atmosfera dari semasa ke semasa serta melaksanakan OPA apabila keadaan atmosfera sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu di kawasan yang terlibat selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Sebanyak 1,659 buah sekolah di empat negeri di Semenanjung terpaksa di tutup pada Jumaat berikutan bacaan udara di tempat itu yang melebihi paras bacaan IPU mencecah 200.

Penutupan itu melibatkan sejumlah lebih kurang 1.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.