Warga Tua Mah Meri Harap Tradisi Puja Pantai Diteruskan

S. Mahfuz
2018.02.23
Pulau Carey, Malaysia
180223-MY-SS01.jpg

Sebuah keluarga sedang berdoa untuk nenek moyang mereka sehari sebelum pesta diadakan, berdekatan sanggar yang dibina berhampiran rumah mereka di Kampung Sungai Judah di Pulau Carey, 19 Feb, 2018. [S. Mahfuz / BeritaBenar]

180223-MY-SS03.jpg

Mahligai Sanggar untuk pesta Puja Pantai dan Hari Moyang boleh dilihat semasa air laut surut di Pulau Carey yang terletak di Selat Melaka, satu daripada selat yang paling sibuk di dunia, 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180223-MY-SS04.jpg

Suku kaum Mah Meri berarak di sepanjang pantai sambil menuju ke laut untuk berdoa kepada nenek moyang mereka dalam pesta yang diadakan di Pulau Carey bagi memuja roh laut yang terdampar di dasar laut Selat Melaka, 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180223-MY-SS05.jpg

Suku kaum Mah Meri memainkan alat muzik tradisional sambil berarak di sepanjang pantai menuju ke laut untuk berdoa kepada nenek moyang mereka semasa pesta di Pulau Carey, 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180223-MY-SS06.jpg

Suku kaum Mah Meri bersiap sedia untuk melaksanakan ritual di bawah Mahligai Sanggar sempena pesta di Pulau Carey, 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180223-MY-SS07.jpg

Seorang suku kaum Mah Meri sedang menurun bagi membolehkannya berhubung dengan nenek moyang mereka untuk mendapatkan restu pada pesta Puja Pantai di Pulau Carey, 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180223-MY-SS08.jpg

Seorang dukun Mah Meri berada di Mahligai Sanggar, yang didirikan sejak bertahun-tahun lamanya, bagi menawarkan jamuan besar-besaran dan memulakan upacara pesta di Pulau Carey, 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180223-MY-SS09.jpg

Wanita suku kaum Mah Meri memakai busana mereka semasa melakukan ritual di Pulau Carey, 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz / BeritaBenar]

180223-MY-SS10.jpg

Seorang dukun Mah Meri memakai topeng kayu semasa ritual memuja semangat laut. Hanya beberapa orang terpilih sahaja yang boleh memakai topeng kayu semasa melakukan ritual itu kerana ia mewakili semangat hutan. 20 Feb, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Generasi tua suku kaum Mah Meri Malaysia yang kebanyakannya bermastatutin di Pulau Carey, Selangor sangat berharap kaum muda mereka dapat meneruskan ritual menenangkan semangat laut menerusi upacara yang dikenali sebagai pesta “Puja Pantai dan Hari Moyang”.

Sambutan pesta Puja Pantai dan Hari Moyang disambut setiap kali selepas masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina, diadakan bagi mendapatkan perlindungan, pengampunan, bertukar maklumat serta memohon nasib yang lebih baik dengan keinginan istimewa daripada nenek moyang dan roh mereka.

Gipsi laut animisme itu dilaporkan kini berjumlah 2,000 orang dan menetap di sepuluh buah kampung di sekitar Pulau Carey, kira-kira 90 batu dari ibu kota Kuala Lumpur, selepas melarikan diri dari pantai selatan Malaysia lebih 100 tahun yang lalu.

Seorang warga tua Mah Meri yang berusia 70-an, Anak Anak Idris semasa ditemui BeritaBenar berkata "Saya berharap generasi muda akan melakukan ritual Puja Pantai dan Hari Moyang yang sama untuk saya selepas saya tiada. Mereka harus memelihara upacara ini demi kebaikan suku kaum Mah Meri. Dengan upacara ini, nenek moyang dan roh mereka akan melindungi suku kaum dan memberikan kemakmuran untuk masa sekarang dan masa akan datang, ".

Antara ritual yang dibuat oleh suku kaum itu ialah semasa matahari terbenam, mereka akan berdoa sambil memohon untuk menemui insan tersayang yang sudah tiada di sanggar berhampiran rumah mereka dengan menawarkan makanan dan minuman kegemaran kepada roh berkenaan.

Di sepanjang malam, dukun dan pembantunya akan berhubung dengan roh Getah dan pada masa mereka dalam keadaan menurun, seluruh penduduk kampung akan bergerak ke arah pantai di mana Mahligai Sanggar ditempatkan ditengah laut untuk menawarkan jamuan besar-besaran ketika air laut pasang.

Ritual akan bermula apabila air laut surut sepenuhnya dengan para penduduk menari dan menyanyikan lagu-lagu pujian sambil mengiringi dukun yang sedang menurun roh hutan dan roh-roh lain.

Bagaimanapun menurut Dukun Generasi Kelima suku kaum Mah Meri Daimon Pron, ketua-ketua kampung perlu berhubung dengan roh moyang melalui mimpi sebelum mereka boleh merancang untuk mengadakan puja pantai dan hari moyang berkenaan.

Bagi seorang lagi warga tua Mah Meri, Diaman, 57 yang juga merupakan seorang pakar ukiran kayu Mah Mmeri di Kampung Sungai Judah, beliau melahirkan kebimbangan kerana kayu daripada pokok Nira Batu yang digunakan sebagai bahan utama ukiran untuk melakukan ritual itu semakin pupus akibat kemusnahan paya bakau akibat pembangunan.

Beliau yang mahir dalan seni ukiran sangat berharap anak-anaknya dapat mewarisi kepakarannya dalam seni ukiran, yang menjadi sumber utama suku kaum itu.


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.