Umat Islam Serantau Jalani Ibadah Ramadan

Staf BeritaBenar
2016.06.07
160607-my-puasa1

Umat Islam menunaikan Tarawih pertama, iaitu solat malam bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan di Masjid Istiqlal, masjid terbesar Indonesia di Jakarta, 5 Jun 2016. [Tia Asmara/BeritaBenar]

160607-my-puasa2

Pegawai-pegawai berada di atas bumbung pejabat hal ehwal agama di Jakarta untuk mencerap kedudukan bulan di ufuk barat bagi membuat keputusan tentang hari pertama Ramadan, 5 Jun 2016. [Tia Asmara/BeritaBenar]

160607-my-puasa3

Umat Islam Thailand menunggu kemunculan anak bulan Ramadan di wilayah Yala selatan, 5 Jun, 2016.[BeritaBenar]

160607-my-puasa4

Umat Islam berhimpun di Masjid Jama di Old Delhi, India, untuk menunaikan solat Tarawih pada malam Ramadan, 5 Jun 2016. [Kshitij Nagar/BeritaBenar]

160607-my-puasa5

Solat Tarawih bermula di Masjid Negara, Baitul Mukarram, Dhaka, Bangladesh, 6 Jun 2016. [Focus Bangla]

160607-my-puasa6

Lelaki Islam India menunaikan solat malam di dalam kompleks utama Masjid Jama di Old Delhi, India, 5 Jun 2016. [Kshitij Nagar/BeritaBenar]

160607-my-puasa7

Seorang lelaki mengambil wuduk di Masjid Jama di Old Delhi, India, 5 Jun 2016. [Kshitij Nagar/BeritaBenar]

160607-my-puasa13

Pasar di sekitar Masjid Jama di Old Delhi, India dikunjungi ramai ketika umat Islam membeli makanan dan barang-barangan pada petang sebelum ketibaan Ramadan, 5 Jun 2016. [Kshitij Nagar/BeritaBenar]

160607-my-puasa12

Seorang peniaga menyediakan roti boom di bazar Ramadan di Kuala Lumpur, 5 Jun 2016. [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

160607-my-puasa8

Seorang lelaki memilih buah kurma di sebuah kedai di luar Masjid Jama di Old Delhi, ketika bandar raya itu bersedia menyambut ketibaan Ramadan, 5 Jun 2016. [Kshitij Nagar/BeritaBenar]

160607-my-puasa9

Seorang lelaki mencuba kopiah solat di sebuah kedai di luar Masjid Jama, di Old Delhi, India, 5 Jun 2016. [Kshitij Nagar/BeritaBenar]

160607-my-puasa10

Sebuah keluarga Malaysia menikmati hidangan lewat malam selepas solat Tarawih, 5 Jun 2016. [Amir Hadi Azmi/BeritaBenar]

160607-my-puasa11

Umat Islam membeli bekalan makanan untuk dimasak untuk berbuka puasa di Narathiwat, Thailand, 5 Jun 2016. [BeritaBenar]

Berjuta-juta umat Islam di Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Thailand akan menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan apabila mereka meraikan ketibaan bulan suci Ramadan.

Ibadah puasa itu terkandung di dalam kalendar lunar dan menandakan bulan yang kesembilan di dalam tahun Islam, sebagai memperingati wahyu pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad.

Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo menulis tweet mengenai harapannya agar berpuasa di bulan Ramadan akan "memperkukuhkan lagi iman dan ketakwaan rohani kita."

Di Malaysia, Presiden PAS, sebuah parti politik Islam, Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada sejarah bagi melihat tentang pentingnya bulan mulia itu.

Aidil Fitri menandakan berakhirnya Ramadan. Umat Islam daripada segenap lapisan masyarakat akan membeli pakaian baru untuk meraikannya, dan menunaikan solat sunat khas pada paginya.

Kaum wanitanya pula akan memasak hidangan istimewa untuk saudara-mara, jiran-jiran, rakan-rakan serta tetamu.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.