Tiada Pelapis Warisi Kemahiran Seni Membuat Wau, Bakal Lupus

S. Mahfuz
2019.05.01
Kuala Terengganu, Terengganu
190501-MY-SSWAU-01.jpg

Ali Hassan Hamad, 62 yang lebih dikenali sebagai Pak Ali memegang sebuah Wau Helang Dudu yang telah siap dihasilkan di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-02.jpg

Pak Ali yang bersedia untuk menurunkan ilmu membuat wau kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya sedang membaik pulih corak wau yang rosak di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-03.jpg

Pak Ali yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi anugerah Wau Tercantik Dunia di Perancis pada tahun 2000 sedang meneliti buluh untuk membuat kerangka wau di bengkel yang terletak di rumahnya di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-04.jpg

Buluh yang dipilih dan diraut akan diuji kelenturan dan nilai kualitinya sebelum kerangka wau dibuat oleh Pak Ali di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-05.jpg

Pisau khas adalah antara peralatan yang terdapat di bengkel membuat wau Pak Ali di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-06.jpg

Lukisan wau bercorakkan tumbuhan menjalar dilukis sendiri oleh Pak Ali yang pernah mendapat pengiktirafan Guiness World Record selepas berjaya menaikkan Wau Bulan bersaiz 25 kaki di ketinggian 200 meter di Perancis pada 2005, di bengkelnya di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-07.jpg

Dengan penuh teliti dan halus, Pak Ali memotong corak mengikut bentuk lukisan yang dihasilkan di bengkel beliau di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-08.jpg

Kehalusan dan ketelitian corak wau bertemakan tumbuhan menjalar yang telah siap dihasilkan oleh Pak Ali yang sering dijemput untuk menjadi tenaga pengajar membuat wau atau juri pertandingan, di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-09.jpg

Selain mendapat tempahan membuat wau, Pak Ali turut menerima tempahan membuat kerangka wau oleh pelanggan beliau, di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190501-MY-SSWAU-10.jpg

Pak Ali sering mendapat tempahan membuat Wau Helang Dudu, Rokaku, Puyu, Kikik, Cenderawasih, Kuching, Seri Bulan, Jala Budi, Kotak, Kenyalang dan Setangkai. Wau yang telah siap dihasilkan mengikut jenis dan spesifikasi permintaan pelanggan yang disimpan di bengkel Pak Ali di Kampung Banggol Tuan Muda di Kuala Terengganu, Terengganu, 24 April, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

Membuat wau memerlukan kemahiran seni yang tinggi, selain memerlukan kepakaran melukis, hiasan, pembuat wau juga perlu memiliki kemampunan untuk menegakkan wau serta boleh menongkah angin bagi sesebuah wau yang diterbangkan di langit.

Di negeri pantai timur Terengganu, pembuat terkenal wau di Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Pak Ali adalah antara mereka yang mempunyai kemahiran tinggi dalam membuat wau.

Bagaimanapun Pak Ali, yang nama sebenarnya Ali Hassan Hamad, yang menetap di Kampung Bonggol Tuan Muda di Kuala Terengganu mengeluh kerana generasi muda masa kini, kurang minat untuk mewarisi kemahiran membuat wau termasuk anak-anak beliau sendiri.

Ayah kepada lima orang anak dan berusia 62 tahun itu pernah memenangi pelbagai pertandingan wau sehingga peringkat dunia, menjangka tempoh 10 tahun akan datang, kemahiran dan kepakaran pembuat wau akan lupus kerana tiada yang sanggup mewarisi kemahiran tersebut.

“Seni ini semakin lama semakin dilupakan. Siapa lagi yang hendak mewarisi jika bukan golongan muda. Sepuluh tahun lagi kemahiran ini akan lenyap disebabkan 320 pembuat wau di Terengganu yang tinggal sekarang adalah golongan tua dan tiada pelapis yang sanggup untuk mewarisi kemahiran seninya lagi.

“Ramai yang buat hanya sekerat jalan serta tiada galakan dari pihak berwajib kerana mereka lebih menumpukan kepada layang-layang moden yang lebih tahan dan mudah buatannya,” tambah Pak Ali yang memperolehi antara 1,000 dan 1,500 ringgit dengan menghasilkan 3 atau 4 wau sebulan.

Sementara itu, Farhan Darwis, seorang pengemar wau dan pelanggan tetap Pak Ali memberitahu BeritaBenar “Hasil tangan Pak Ali saya kategorikan sebagai kelas A kerana kehalusan dan ketelitian buatannya. Saya amat berpuashati dengan wau yang saya tempah dari Pak Ali.”


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.

Komen

Anonymous
Oct 25, 2020 06:30 PM

Hi, boleh saya dapatkan nombor atau cara untuk berhubung dengan pak Ali bertujuan untuk research. Saya dipertanggungjawabkan untuk mmbuat penyelidikan. Mohon response ya soalan saya.. Terima kasih.