Doktor, Jururawat Turun Padang Beri Vaksin di Pedalaman

Kekalkan suhu vaksin adalah cabaran utama petugas kesihatan program Outreach Vaksinasi.
S. Mahfuz
Selangor, Malaysia.
2021-07-12
Share

Doktor dan jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia turun padang ke kawasan pedalaman di Selangor untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada orang tua, uzur dan kurang upaya, walaupun berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan suhu penyimpanan vaksin di dalam kotak sejuk.

Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam menugaskan sepuluh kakitangannya termasuk dua doktor dan menyediakan dua buah van menyelusuri kampung-kampung di kawasan pedalaman di sekitar Sabak Bernam untuk memberi suntikan kepada majoritinya orang kurang upaya, warga emas, dan uzur.

Pegawai Kesihatan daerah itu, Dr. A. L. Liza Abd. Latip berkata program itu diwujudkan ekoran peratusan pendaftaran yang rendah di daerah tersebut, dan antara faktor yang dikenalpasti ialah usia, tahap keuzuran dan juga masalah pengangkutan.

“Selain itu, kami juga berdepan dengan cabaran besar untuk mengekalkan suhu penyimpanan vaksin di dalam kotak sejuk kerana memerlukan bekalan ais yang mencukupi dan juga perlu memeriksa suhu pada tahap seperti yang ditetapkan setiap sejam.

“Vaksin seperti Pfizer perlu disimpan pada suhu -20 darjah Celcius, kerana itu merupakan standard suhu sejuk beku farmaseutikal biasa,” kata A. L. Liza kepada BenarNews.

Beliau berkata, cabaran lain yang dihadapi adalah proses menyuntik pesakit psikiatri dengan petugas kesihatan perlu menenangkan penerima vaksin yang terdiri daripada golongan kelainan upaya (OKU) agar proses vaksinasi berjalan dengan lancar.

“Alamat yang tidak lengkap menyebabkan kami tersesat dan capaian internet yang lemah juga merupakan halangan yang perlu kami tempuhi ekoran kemaskini pemberian vaksin yang memerlukan internet,” katanya sambil menambah, pasukan kesihatan itu mengunjungi lebih 30 buah rumah bermula dari 9 pagi sehingga 5 petang.

Komen (0)

Lihat semua komen.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.

Lihat Laman Penuh