Deman Pilihan Raya Di Sarawak

By Dennis Wong
2016.05.02
Kuching, Sarawak
160502-my-slideshowsarawak-01.jpg

Tawud Luhan dari suku Bidayuh, berehat seketika selepas menuai di awal pagi berhampiran Kampung Semban, Sarawak. [Dennis Wong/BeritaBenar]

160502-my-slideshowsarawak-02.jpg

Penuaian padi di kawasan pedalaman mengambil banyak masa petani di Sarawak, menyebabkan mereka kurang berminat dengan apa yang berlaku di luar kawasan mereka.[Dennis Wong/BeritaBenar]

160502-my-slideshowsarawak-03.jpg

Di Kapit, yang terletak jauh di bahagian tengah Sarawak, pelancong bergantung kepada bot untuk memenuhi keperluan pengangkutan mereka.[Dennis Wong/BeritaBenar]

160502-my-slideshowsarawak-04.jpg

Sebuah pasar di Sibu, yang terletak di ibu kota wilayah tengah Sarawak, menyusun atur ayam-ayam yang dibalut dengan surat khabar dan sedia untuk dijual.[Dennis Wong/BeritaBenar]

160502-my-slideshowsarawak-05.jpg

Walaupun terasing di kawasan seperti Kapit, kebanyakan pengundi di Sarawak terus menyokong Barisan Nasional sebagai pilihan mereka untuk pembangunan negeri itu. [Dennis Wong/BeritaBenar]

160502-my-slideshowsarawak-06.jpg

Empangan Hidroelektrik Murum adalah satu daripada aset utama Sarawak, yang menjana 4,500 megawatt elektrik untuk kegunaan domestik dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. [Dennis Wong/BeritaBenar]

160502-my-slideshowsarawak-07.jpg

Perdana Menteri Najib Razak (tengah) bersorak dengan Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dan lain-lain semasa penamaan Adenan sebagai calon pada 25 April. [Dennis Wong/BeritaBenar]

160502-my-slideshowsarawak-08.jpg

Pengundi akan menentukan siapa yang bakal mengisi Dewan Undangan Negeri Sarawak apabila 1.3 juta pengundi akan membuat pemilihan mereka pada Sabtu ini untuk mengisi 80 kerusi yang dipertandingkan.[Dennis Wong/BeritaBenar]

Terletak di pantai barat laut Borneo, dilitupi hutan tebal, negeri Sarawak di Malaysia adalah sebuah negeri yang kedudukannya jauh daripada dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan salah urus dana negara yang kini membelenggui pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

Seramai 1.3 juta pengundi berdaftar di negeri itu, kini sedang bersedia untuk mengundi pada  pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah ditetapkan 7 Mei ini, dengan kebanyakan penduduk Sarawak terus menjalani kehidupan harian mereka dan tidak sedar akan apa yang berlaku, kerana sebahagian besar penduduk di negeri itu terputus atau kekurangan infrastruktur asas.

Suku kaum dan juga masyarakat lain yang tinggal di kawasan pendalaman dipisahkan secara menyeluruh kerana rupa bumi yang berceranggah serta sungai bersimpang siur.

Mereka yang tinggal di kawasan terpencil tidak mengendahkan tentang tadbir urus, tetapi lebih mengutamakan kemampuan membawa pulang makanan buat keluarga. Namun, majoriti penduduk luar bandar itu turut memainkan peranan penting dalam pilihan raya yang akan menentukan parti mana bakal menguasai politik negeri.

Kerajaan Barisan Nasional telah memerintah politik tempatan selama 53 tahun. Ia telah menjanjikan projek-projek infrastruktur besar di kawasan pedalaman Sarawak seperti Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,089 km (676 batu) dari Telok Melano ke Merapok, yang dijangka siap pada 2023 dan menjadi laluan utama pengangkutan bagi negeri itu dan negeri jirannya Sabah.

Lapan puluh kerusi dalam DUN akan menjadi rebutan pada Jumaat ini dengan Barisan Nasional telahpun memenangi dua kerusi tanpa bertanding.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.