Masyarakat Tamil Malaysia Sambut Thaipusam

By Amir Hadi Azmi
2016.01.29
thaipusam-1.jpg

Sebuah pedati perak membawa patung Dewa Murugan berarak melalui Chinatown Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Batu Caves, 23 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-2.jpg

Pemuzik-pemuzik berarak melepasi seorang penganut yang bernazar dengan membawa kavadi (beban). Para penganut percaya muzik dapat membantu meringankan kesakitan seperti membawa beban besar, 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-3.jpg

Sebuah patung Dewa Murugan setinggi 43.7 meter (140 kaki) ditempatkan di sebelah tangga dengan 272 anak tangga untuk perlu dinaiki penganut untuk menunaikan nazar mereka, 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-4.jpg

Seorang penganut yang bernazar membawa kavadi menaiki tangga, 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-5.jpg

Seorang penganut muda membawa kavadi kecil, 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-6.jpg

Seorang kanak-kanak membiarkan kepalanya dicukur selepas menunaikan nazarnya, 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-7.jpg

Wanita dan kanak-kanak perempuan membawa belanga susu di atas kepala mereka sebagai bentuk kavadi paling mudah. Wanita tidak diperlukan membawa kavadi berat yang sarat dengan perhiasan, 24 Januari, 2016. [BenarNews]

thaipusam-8.jpg

Sesetengah penganut dalam keadaan bersawai bagi menahan kesakitan dan beban berikutan nazar mereka, 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-9.jpg

Seorang sami sedia menerima nazar dari seorang penganut. 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

thaipusam-10.jpg

Seorang budak perempuan menyertai perayaan, 24 Januari, 2016. [BeritaBenar]

Ledakan warna warni mewarnai kehidupan di penghujung utara kota Kuala Lumpur awal bulan ini apabila etnik minoriti Tamil di Malaysia menyambut Thaipusam, perayaan keagamaan bagi memperingati kekalahan syaitan Soorapadman di tangan Dewa Murugan, dewa perang Hindu.

Thaipusam bermula dengan perarakan malam pada 23 Januari,  yang menampilkan pedati perak membawa patung Dewa Murugan menuju ke Batu Caves,  tapak suci bagi penganut agama Hindu, di pinggir ibu negara Malaysia. Patung dewa itu  ditempatkan di Kuil Sri Maha Mariamman di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Batu Caves, di mana perayaan itu disambut sejak 1892, merupakan bukit batu kapur  yang terletak  17  kilometer (10.5 batu)  ke utara bandar raya itu. Gua, yang terletak di sebelah patung gergasi Dewa Murugan, boleh dimasuki dengan menaiki  272 anak tangga.

Kemuncak utama festival itu adalah Kavadi Attam (Tarian Beban), di mana penganut yang bernazar atau memohon keampunan membawa atau menjunjungnya di  atas bahu atau kepala mereka sambil berarak menuju ke kuil gua itu. Nazar yang paling mudah ialah dengan menawarkan sebelanga susu, tetapi beberapa penganut menghukum diri mereka dengan mencucuk pipi dan belakang badan dengan lidi atau cangkuk sambil sambil membawa kavadi itu pada bahu mereka.

Sebagai persediaan membawa atau menjunjung Kavadi Attam, penganut Hindu perlua melalui  latihan fizikal dan pembersihan rohani selama 48 hari. Ini termasuk pemakanan sayur-sayuran sahaja selain menahan nafsu seks.

Sesetengah penganut berjalan lebih 10 jam dari negara-negara jiran untuk mengambil bahagian dalam sambutan itu di kawasan Kuala Lumpur. Di negeri-negeri lain yang lebih jauh, anggota masyarakat Tamil mengadakan sambutan Thaipusam dalam skala yang kecil.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.