Filipina: Negara Islam Serang Utara

Komentari oleh Rohan Gunaratna
2017.04.19
170419-PH-map-FINAL-1000.jpg Militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam mengembara beratus-ratus kilometer ke utara sebelum betempur dengan pasukan keselamatan Filipina di Bohol, Visayas.
[Rekabentuk peta oleh BeritaBenar]

Pada 11 April, pasukan keselamatan Filipina dapat menyekat operasi Bahagian Asia Timur Negara Islam (IS) yang mahu melancarkan serangan di Bohol, Tengah Filipina. Akibatnya, empat militan terbunuh termasuk Muammar Askali-yang berpendidikan dan fasih berbahasa Inggeris dan bertindak sebagai jurucakap Abu Sayyaf (ASG) dalam rundingan tebusan berprofil tinggi. Askali adalah ahli paling kanan IS yang dibunuh di Filipina setakat ini.

Insiden itu, walaupun jelas satu kejayaan bagi pasukan keselamatan, menunjukkan tiga perkembangan yang amat membimbangkan. Pertama, IS mula menular dari Mindanao di selatan Filipina ke utara. Kedua, kumpulan IS berbeza telah untuk membentuk platform operasi bersama. Ketiga, IS berada dalam fasa terakhir untuk mengisytiharkan wilayat (daerah) di Selatan Filipina.

Latar belakang

Sejak 2014, kemunculan IS membawa satu rangka kerja bagi kumpulan-kumpulan ancaman untuk bersatu di selatan Filipina-pakatan yang dilihat tidak mungkin berlaku berikutan perbezaan puak.

Di Barat Mindanao, Isnilon Hapilon, timbalan pemimpin ASG dan bertanggungjawab bagi Basilan, mengambil alih kepimpinan Bahagian Asia Timur IS (Dawlatul Islamiyyah Waliyatul Mashriq). Di Sulu, Askali membentuk Kateeba Ma'rakah Al-Ansar. Askali menghantar seorang wakil untuk menghadiri majlis lafaz sumpah kepada Abu Bakr al Baghdadi yang diadakan di Basilan pada akhir 2015.

Di Tengah Mindanao, Hapilon dikaitkan dengan IS Lanao (ISL) yang diketuai oleh Omar dan Abdullah Maute; Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro yang diketuai oleh Ismael Abubakar alias Bongos; dan Ansarul Khilafah Philppines (AKP) yang diketuai oleh Mohammad Jaafar Maguid alias Tokboy. Selepas tentera Filipina membunuh Tokboy pada Januari 2017, kumpulan-kumpulan ini mula menjalinkan kerjasama dengan lebih erat.

Selepas meningkatkan kesedaran tentang khalifah yang diterajui IS, Hapilon mendokumenkan majlis melafaz sumpah bagi kumpulan yang berbeza itu, menyatukan kumpulan-kumpulan itu serta menyatukan asset-aset mereka. Pada awal 2016, Hapilon telah diiktiraf sebagai emir Bahagian Asia Timur IS oleh Abu Bakr al Baghdadi.

Walaupun tentera kerajaan melakukan serangan besar-besaran ke atas Sulu dan Basilan di Kepulauan Sulu dan Butig di Lanao del Sur, IS terus berkembang dari Barat Mindanao ke Maguindanao di tanah besar Mindanao. Mereka memperhebatkan serangan di Mindanao, termasuk di Davao City, yang menempatkan kediaman rasmi Presiden Rodrigo Duterte.

Pada 2 September 2016, IS mengebom pasar malam yang membunuh 15 orang selain mencederakan 70 orang yang lain. Kerajaan telah menerima maklumat risikan pada minggu ketiga Ogos bahawa ISL telah merancang untuk mengebom Davao City tetapi mereka tidak dapat menyekat operasi pengganas itu.

Bermula pada Disember 2016, laporan perisikan menunjukkan bahawa rancangan selanjutnya telah diatur. Pada  Disember 2016, Askali bertemu dengan militan lain di Maimbung, Sulu, termasuk Edimar Isnain-yang terbunuh di Bohol-dan Amin Baco, pemimpin pengganas Malaysia. Pada  Februari 2017, seramai 28 pejuang di Sulu telah menawarkan diri untuk menyertai pasukan-pasukan mogok di tanah besar Mindanao.

Militan yang mengambil bahagian dalam serbuan Bohol adalah daripada tiga kumpulan: IS Sulu, Ansarul Khilafah Filipina (AKP), dan IS Lanao (ISL). Kumpulan-kumpulan itu bergerak dari Indanan, Sulu, dan berhenti untuk mengambil militan lain di Tengah Mindanao. Mereka mendarat di Inabanga, Bohol sebelum menaiki tiga bot bermotor dengan menyamar sebagai nelayan, pada 10 April.

Serangan yang dapat dipatahkan itu berkemungkinan menyasarkan resort percutian yang penuh dengan pelancong asing dan tempatan yang bercuti semasa Minggu Suci Kristian-atau mesyuarat Sidang Kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang dijadualkan di wilayah Bohol akhir minggu ini.

Poster yang disebarkan oleh pihak berkuasa Filipina menunjukan gambar-gambar suspek yang terbunuh dalam serbuan oleh militan di Bohol, Tengah Filipina dan juga beberapa suspek lain yang masih bebas, 11 April 2017 [Kerajaaan Filipina]

 

Serang

Pada 5.20 pagi, 11 April, anggota tentera kerajaan dan lelaki bersenjata yang mendarat dengan bot berkenaan bertempur. Pada mulanya, tentera kerajaan mengesyaki terdapat 70 ahli  ‘ASG’. Pada 1 petang, anggota tentera dan polis telah membunuh empat militan dan dua orang awam yang berkaitan dengan kumpulan berkenaan. Tiga anggota tentera dan seorang pegawai polis turut terbunuh.

Askali, pemimpin pasukan serangan itu, mendapat pendidikan dalam bidang kejuruteraan komputer di sebuah kolej di  Cebu. Sebagai jurucakap ASG dalam penculikan warga Jerman Stefan Okonek dan Henrike Dielen di Palawan pada 2014, Askali turut terbabit dalam penculikan wartawan Jordan Baker Atyani selain dilatih membuat bom oleh  pengebom Bali Umar Patek dan rakyat Malaysia Zulkifli bin Hir alias Marwan.

Seorang daripada beberapa militan yang melarikan diri adalah Joselito Melloria, alias Abu Alih, yang juga ahli AKP. Berasal dari Inabanga, Melloria telah memeluk Islam menerusi perkahwinan dan mungkin menggantikan Tokboy sebagai pemimpin AKP. Sejurus selepas mendarat, Melloria telah menggunakan rumah ibu serta ibu saudara dan bapa saudaranya, Constancio dan Crisanta Petalco, yang kemudiannya terbunuh dalam pertempuran itu.

Implikasi

Pada 9 April 2017, Kedutaan Amerika Syarikat di Manila memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi "Tengah Visayas, yang termasuk wilayah Cebu dan Bohol. "Lima mata" ítu menyedari tentang ancaman berkenaan. Sebelum tibanya Easter, pihak tentera berjaga-jaga tetapi kewaspadaan orang awam adalah penting dalam mengesan dan mematahkan  pencerobohan.

Tanpa tentera kerajaan mengawal, mengasingkan dan menghapuskan kumpulan-kumpulan ancaman di selatan, ancaman itu akan terus menular. Keupayaan IS untuk sama ada menggunakan Bohol sebagai pusat untuk menuju ke Cebu atau sasaran, menunjukkan bahawa ancaman itu semakin berkembang.

Dengan IS merekrut saudara-saudara baru Islam di Visayas dan Luzon, kerajaan Filipina mengambil berat tentang ancaman terhadap Metro Manila dan kawasan lain di utara dan tengah negara itu. Individu seperti Melloria menawarkan tempat selamat di wilayah baru dan akses kepada rangkaian sosial yang baru. Mengawal 7,700 gugusan pulau tetap merupakan cabaran yang berterusan. Dengan menerima wang tebusan daripada kerajaan Eropah dan syarikat swasta, ASG dan IS mampu melaksanakan operasi pengganas dengan meluas.

Selain itu, operasi IS di Bohol menunjukkan penumpuan kumpulan ancaman. Sekiranya rakyat dan kerajaan Filipina tidak bertindak pantas, Bahagian Asia Timur IS pasti mencapai kejayaan dan IS mungkin dapat mengisytiharkan sebuah Wilayat di Filipina. Mewujudkan nukleus IS di Filipina membawa bukan sahaja ancaman dalam negara malah ancaman serantau dan antarabangsa.

Rohan Gunaratna adalah seorang Profesor Pengajian Keselamatan di Institusi Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang dan beliau juga mengetuai Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan di Singapura. Rohan mempunyai pengalaman menemuramah anggota kumpulan militan Filipina termasuk Abu Sayyaf.

Pendapat yang dinyatakan di dalam komentar ini adalah pandangan penulis dan bukannya daripada BeritaBenar.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.