Misi kami

Misi BenarNews ialah menyediakan berita yang tepat dan maklumat yang menggambarkan kekompleksan dan perubahan di sekitar kita kepada pembaca. Dengan laman web dalam bahasa Bengali, bahasa Thai, bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris, BenarNews akan membawa berita kepada pembaca tepat pada masanya. Tidak kira sama ada kontroversi ataupun pantang larang, pemberita kami yang sedia ada akan membuat liputan isu-isu hangat dan kejadian harian – kesihatan, alam sekitar, kebebasan agama, ekonomi, keselamatan, konflik – isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan seharian pembaca kami. Kami percaya aliran berita yang tepat, objektif dan tidak berat sebelah secara percuma membantu menghapuskan halangan dan membawa kepada sejagat yang lebih aman, bertolak ansur, dan makmur. Kepercayaan inilah yang akan membimbing dan memberi inspirasi kepada laporan kami.


Dengan mematuhi kod etika kewartawanan yang ketat, BenarNews ialah suara baru kepada isu-isu mendesak di rantau ini. Satu suara yang anda boleh percayai.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.