Dasar Privasi Data

2018.07.25

Berkuat kuasa 23 Julai 2018

 

Kami di BenarNews bertanggungjawab melindungi privasi dan data pelanggan kami dengan serius.  BenarNews tidak menyimpan sebarang data peribadi mengenai anda selain daripada alamat e-mel anda. Kami hanya menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar surat berita yang anda langgani. Alamat e-mel anda adalah dilindungi dan ia tidak akan digunakan untuk tujuan lain.

Untuk beberapa surat berita, BenarNews menggunakan perkhidmatan vendor luar, Mailchimp (https://mailchimp.com). Satu-satunya maklumat yang BenarNews berikan kepada Mailchimp ialah alamat e-mel anda.

Apabila anda mengimbas, membaca halaman atau memuat turun maklumat di www.benarnews.org, BenarNews secara automatiknya mengumpul dan menyimpan maklumat mengenai kunjungan anda melalui fail log dan ‘cookies’ (susunan aksara yang ditulis kepada satu fail dalam pemacu keras pengguna apabila pengguna mengunjungi sesebuah laman web):

  • alamat IP (protokol internet) jentera yang mengakses laman web BenarNews
  • jenis pelayar dan sistem operasi yang digunakan untuk mengakses laman web BenarNews
  • tarikh dan masa anda mengakses laman web kami
  • jika anda dihubungkan ke www.benarnews.org melalui laman web lain, alamat laman web tersebut
  • sama ada anda pengunjung berulang atau pengunjung baru ke fail laman web BenarNews yang dimuat turun atau dilihat

Serahan kepada BenarNews

Jika anda mencatatkan komen, menghantar e-mel, idea berita, gambar, esei dan /atau serahan lain kepada BenarNews melalui laman web BenarNews,BenarNews mengumpul dan menyimpan maklumat yang disenaraikan tersebut di atas. Di samping itu, BenarNews boleh mencetak serahan itu atau petikan daripadanya di laman web BenarNews, menyiarkan di udara, atau menerbitkannya, bersama-sama dengan nama dan lokasi, jika ada (bandar, negeri, dan negara) yang anda mungkin berikan semasa melakukan serahan itu.

Penggunaan Maklumat

Penggunaan maklumat yang dikumpulkan adalah terhad kepada yang berikut: membalas e-mel pengguna, menyenaraikan lokasi pengguna semasa menerbitkan e-mel pengguna atau serahan lain, tujuan editorial seperti menghubungi pengguna untuk tinjauan dalam talian, dan tujuan lain yang ditentukan pada masa maklumat dikumpulkan.

Maklumat dikenal pasti sebagai peribadi yang dikumpul oleh BenarNews tidak diberikan kepada pihak luar. Maklumat lain yang tidak dapat dikenal pasti mungkin diberikan kepada vendor perkhidmatan BenarNews (seperti perkhidmatan penyelidikan audiens BenarNews). BenarNews juga boleh mendedahkan maklumat peribadi jika dikehendaki oleh undang-undang, jika ia percaya bahawa tindakan sedemikian adalah perlu untuk melindungi daripada penyalahgunaan atau penggunaan tanpa kebenaran laman web BenarNews, atau jika perlu, untuk melindungi keselamatan atau harta peribadi pengguna laman web BenarNews, orang awam, atau BenarNews dan pekerjanya. Secara umumnya, ini akan menjadi undang-undang A.S.

Kanak-kanak

Anda mestilah sekurang-kurangnya berumur 13 tahun untuk menghantar komen kepada atau menghantar sebarang bahan di laman web BenarNews. Jika anda berumur di bawah 13 tahun, jangan hantar apa-apa maklumat mengenai diri anda termasuk nama, alamat atau alamat e-mel anda. Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpul sebarang maklumat boleh dikenal pasti secara peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan mengeluarkan maklumat tersebut daripada pangkalan data kami dengan secepat mungkin.

Pengunjung yang berumur di antara 13 dan 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga mereka sebelum menghantar sebarang maklumat diri yang dikenal pasti.

Pautan ke Laman lain

Laman web BenarNews mungkin mengandungi pautan ke laman  lain. BenarNews tidak bertanggungjawab untuk amalan privasi atau pendedahan apa-apa maklumat atau bahan yang dikumpulkan di laman-laman web tersebut.

Penerimaan Syarat-syarat Dasar Privasi

BenarNews berhak mengubah dasar ini mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa. Penggunaan laman web BenarNews merangkumi persetujuan terhadap mana-mana dasar yang berkuat kuasa. Sila pastikan anda membaca Terma-terma Penggunaan BenarNews untuk memahami terma dan syarat tambahan yang terpakai bagi penggunaan laman web kami.

BenarNews diedarkan secara meluas dalam Facebook, Twitter, YouTube, iTunes Store, Google Play dan laman web lain.BenarNews tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau pendedahan sebarang maklumat atau bahan yang dikumpulkan dalam laman web tersebut.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.