Undang-undang Keselamatan Negara Beri Kuasa Yang Lebih Luas Kepada PM: Pengkritik
2016.07.27
Kuala Lumpur

Perdana Menteri Najib Razak bersedia untuk meluaskan kuasanya di bawah Undang-undang Keselamatan Negara yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini, dengan pengkritik memberi amaran bahawa pemimpin yang dilanda masalah itu boleh menggunakannya untuk menghancurkan perbezaan pendapat.
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memberikan kuasa eksekutif dalam pelbagai cabang di mana seorang pemimpin boleh mengisytiharkan darurat tanpa izin Yang di-Pertuan Agong - seperti yang terdapat di dalam perlembagaan negara, kata pakar undang-undang.
Akta tersebut memberi pihak berkuasa untuk kuasa meluas untuk menahan, mencari dan menangkap sesiapa, dan juga kuasa untuk memeriksa dan menyita harta persendirian tanpa waran - semua atas nama untuk melindungi keselamatan negara, pengkritik berkata.
Pelaksanaan Akta MKN itu timbul ketika wujudnya ketegangan politik yang semakin meningkat di Malaysia serta gesaan dari pihak pembangkang supaya Najib meletak jawatan atas skandal rasuah kewangan yang dikenali sebagai kemelut 1MDB.
Pelaksanaan Undang-undang itu adalah sangat luar biasa kerana ia dilakukan tanpa mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan juga Majlis Raja-Raja Melayu, kata pengkritik semasa mengulas mengenainya.
Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-Undang MKN itu tanpa sebarang pindaan pada Disember lepas, dengan Majlis Raja-Raja Melayu – iaitu sebuah majlis yang dianggotai oleh Sultan, Raja dan Gabenor, yang biasanya memberikan perkenan diraja terhadap sesuatu Rang Undang-undang yang dibawa ke majlis itu 30 hari selepas ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Malah, Yang di-Pertuan Agong tidak pernah memberi berkenan kepada undang-undang tersebut, mengikut seorang peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan.
Pada Februari, Majlis Raja-Raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa beberapa peruntukan undang-undang itu perluk untuk diperhalusi, katanya.
"Saya sendiri tidak tahu mengapa Majlis Raja-Raja Melayu meminta Undang-undang itu diperhalusi, tetapi undang-undang ini akan membolehkan kerajaan untuk memintas Yang di-Pertuan Agong sama sekali," Syahredzan memberitahu BeritaBenar.
Majlis Keselamatan Negara terdiri daripada Perdana Menteri, yang mempengerusikan majlis itu, Timbalannya, yang berkhidmat sebagai naib pengerusinya, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Negara.
Di bawah Undang-undang baru itu, Perdana Menteri diberi kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan keselamatan selama enam bulan. MSN kemudian boleh memerintahkan penempatan mana-mana pasukan keselamatan atau kakitangan kerajaan di kawasan berkenaan.
"Mereka juga mempunyai kuasa untuk menahan dan memeriksa individu, memasuki dan menggeledah mana-mana premis dan mengambil milik mana-mana tanah, bangunan atau alih harta," kata Syahredzan kepada BeritaBenar.
Di dalam kawasan keselamatan yang diisytiharkan, Syahredzan berkata, pasukan keselamatan boleh menangkap sesiapa sahaja yang didakwa melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tanpa memerlukan waran.
Undang-undang itu juga memberi kuasa kepada MKN untuk melantik seorang Pengarah Operasi, yang hanya bertanggungjawab kepada majlis serta mempunyai kuasa yang tidak terbatas, peguam itu mendakwa.
Najib: 'Ia sengaja disalah tafsir'
Dalam ucapan pada Selasa semasa Persidangan Ketua-ketua Polis Negara (ASEANPOL) yang mewakili anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) beliau berkata, undang-undang itu diperlukan untuk melindungi negara daripada ancaman kumpulan pengganas seperti Negara Islam.
Menurut Ketua Polis Malaysia, IS merupakan dalang serangan bom yang mencederakan beberapa orang di sebuah kelab malam di Puchong bulan lepas.
"Kerajaan saya tidak akan memohon maaf kerana mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Najib di Persidangan ASEANPOL di Kuala Lumpur.
"Undang-undang ini diperlukan, dan negara-negara lain sejak itu telah mengikuti jejak langkah kita," katanya, merujuk kepada Akta MKN, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) - atau SOSMA, Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, dan Akta Pencegahan Keganasan.
Sejak tahun lepas pihak berkuasa Malaysia telah menahan berpuluh-puluh individu yang disyaki menjadi ahli IS, dan telah memberi amaran bahawa mereka yang kembali daripada pertempuran dengan IS di Syria atau Iraq boleh melancarkan serangan di tanah air sendiri.
"Undang-undang ini boleh membantu pihak berkuasa memantau kemungkinan pengganas yang bersimpati dengan Negara Islam."
Dalam post di dalam blog beliau pada Rabu, Najib telah menempelak mereka yang mengkritik Akta Keselamatan Negara. Beliau mendakwa mereka memutar belitkan beberapa fakta.
"Kami telah dikritik kerana meluluskan undang-undang ini, termasuk oleh beberapa orang yang pengecut atas sebab-sebab politik," kata Perdana Menteri dalam blog beliau itu. "Akta Majlis Keselamatan Negara khususnya telah sengaja disalah tafsir. Ia tidak sama sebagai suatu perisytiharan darurat negara - kuasa itu kekal untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – dengan Parlimen masih bertindak memantau mana-mana kawasan keselamatan yang diisytiharkan ".
‘Mudah disalahgunakan’
Pemerhati Undang-undang, bagaimanapun, mempersoalkan sama ada satu lagi undang-undang anti-keganasan diperlukan dengan memberi amaran bahawa bahasa yang meluas di mana pemimpin yang menentukan demi "keselamatan negara" boleh digunakan untuk menangkap pengkritik kerajaan.
“Kita mempunyai undang-undang (anti) keganasan yang sudah mencukupi dan berkuat kuasa untuk menangani ancaman sebenar," Melissa Sasidaran, penyelaras kepada Lawyers for Liberty, sebuah badan bukan kerajaan tempatan memberitahu BeritaBenar.
Sejak Najib dilanda tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara yang bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun lepas, kerajaan antara lain telah mengambil pelbagai tindakan termasuk menyekat laman web organisasi berita tempatan yang melaporkan mengenai skandal itu serta kumpulan-kumpulan akar umbi yang bersama-sama menganjurkan demonstrasi jalanan besaran yang mendesak perletakan jawatannya.
"Secara rasminya mereka mahu MKN memerangi keganasan dan pencerobohan asing. Tetapi ia dengan mudah boleh disalahgunakan untuk menutup perbezaan pendapat," Azmi Sharom, seorang penganalisis politik dan Profesor undang-undang di Malaysia, memberitahu BeritaBenar.
Blok pembangkang Malaysia kini merancang untuk mengadakan demonstrasi anti-Najib pada hari Sabtu, berdasarkan kepada beberapa tindakan undang-undang baru yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat minggu lalu, yang cuba untuk mendapatkan kembali AS$1 bilion dalam aset yang didakwa dicuri dari 1MDB, menurut laporan.
"Kemungkinan MKN digunakan untuk melumpuhkan apa saja tindakan kumpulan pergerakan sivil kerana ruang muslihat PM semakin berkurangan," kata Sevan Doraisamy, yang mengetuai SUARAM, sebuah NGO hak asasi manusia tempatan kepada Reuters.