Follow us

‘Tidak Akan Hormati 'Zon Keselamatan' Selatan Thailand’: Kata Pemberontak

Don Pathan
Yala, Thailand
2016-12-16
E-mel
Komen
Share
Polis Thailand cuba meletakkan rakan sekerja yang cedera dalam trak pikap selepas serangan bom di Sungai Kolok, Narathiwat, 12 Disember, 2016.
Polis Thailand cuba meletakkan rakan sekerja yang cedera dalam trak pikap selepas serangan bom di Sungai Kolok, Narathiwat, 12 Disember, 2016.
[BeritaBenar]

Wakil-wakil kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah di wilayah Selatan negara itu, kembali ke meja rundingan minggu depan untuk membincangkan cadangan gencatan senjata yang terhad, yang mengikut satu sumber pemberontak bahawa ianya tidak akan diiktiraf oleh militan yang berada di perbatasan.

Mesyuarat peringkat teknikal – iaitu rundingan terbaru bertujuan menamatkan konflik berdarah berusia sedekad di wilayah-wilayah selatan Thailand – dijangka  diadakan di Johor Bahru, Malaysia, dari 19-21 Disember, menurut seorang pegawai kerajaan Thailad.

Sumber kerajaan Thailand berkata, rundingan dijangka meneruskan perbincangan mengenai "zon keselamatan," di mana beberapa daerah di kawasan berkonflik yang terjejas akan diletakkan di bawah projek gencatan senjata dan pembangunan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan, yang bakal dilaksanakan.

Seseorang anggota yang namanya dirahsiakan dan terkenal di dalam Barisan Revolusi Nasional (BRN), pasukan pemberontak terbesar dan paling ganas di rantau itu, menolak inisiatif pembangunan sebagai usaha perdamaian bertujuan untuk melagakan penduduk tempatan dan kumpulan pemberontak yang berusia 56 tahun.

"Kerajaan [Thailand] mahu meletakkan penghalang antara kami dan orang Melayu Islam tempatan dengan projek ini," sumber BRN memberitahu BeritaBenar dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Selain itu, kata sumber itu, operatif BRN cuba merosakkan rundingan dengan MARA Patani dengan menjalankan operasi bersenjata di "kawasan selamat."

‘BRN yang sebenar’

Wakil kerajaan Thailand telah bertemu sekurang-kurangnya lima kali dengan MARA Patani, gabungan kumpulan pemisah yang dibentuk tahun lalu untuk mengambil bahagian dalam rundingan tidak rasmi bagi meneroka cara-cara untuk menyelesaikan konflik yang telah meragut sekurang-kurangnya 6,700 nyawa sejak 2004.

Bangkok masih belum mengiktiraf panel itu, sebagai rakan rundingan rasmi mereka.

"MARA Patani tidak mempunyai pengaruh ke atas pejuang di perbatasan tetapi, bagaimanapun, kerajaan Thailand akan terus melibatkan diri mereka dalam perkiraan semasa dialog tidak rasmi dengan harapan bahawa proses itu akan menarik BRN yang sebenar ke meja rundingan," seorang pegawai kanan dasar rasmi di Bangkok memberitahu BeritaBenar.

"Kami percaya orang Melayu Islam tempatan akhirnya akan beralih kepada BRN jika dan apabila mereka menjadi bosan dengan keganasan dan melihat organisasi pemisah menentang keamanan," kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

"Setakat yang diketahui, kerajaan Thailand mahu bercakap mengenai keamanan, manakala BRN sebaliknya," katanya.

‘Kaitan’

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada BeritaBenar awal minggu ini, MARA Patani mengulangi "komitmennya untuk menyelesaikan konflik Patani melalui [satu] proses dialog damai dialog Thailand."

Kenyataan itu dikeluarkan selepas dua hari "persidangan" yang dihadiri oleh lebih daripada 60 orang dari Thailand dan luar negara "untuk mengkaji semula aktiviti MARA Patani dan untuk menentukan hala tuju politik masa depannya," menurut kenyataan itu. Tiada maklumat lanjut dikeluarkan selepas itu.

MARA Patani menyenaraikan ahli-ahli komponennya sebagai BRN, Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP) dua puak Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO), dan Pergerakan Mujahideen Islam Patani (GMIP).

Jurucakap MARA Patani Abu Hafiz al-Hakim dalam temubual dengan BeritaBenar bulan lepas berkata BRN adalah "dominan" pada panel dan mempunyai enam tempat duduk dalam jawatankuasa pemandu itu.

"Dalam MARA terdapat BRN ... tetapi ada juga BRN [ahli] yang tidak bersedia untuk bercakap dengan pihak tentera. Bagi kami, ini sebenarnya isu dalaman BRN dan mereka perlu menyelesaikannya, "katanya.

"Ada orang tertentu dalam MARA yang mempunyai hubungan tertentu dengan pihak BRN di luar. Melalui kaitan itu, mereka berhubung antara satu sama lain. ... Ini telah berlaku banyak kali. Sebagai contoh, pada tahun 1991, BRN bercakap dengan tentera ke-4 serantau, dalam satu rundingan terus, tetapi rundingan itu tidak [dengan] BRN utama ... hanya sebahagian daripada BRN militia. "

‘Jenayah kejam’

Sementara itu, pejuang BRN memberitahu BeritaBenar yang unitnya tidak pernah diarahkan untuk menghentikan operasi.

"Satu-satunya arahan yang kami terima sejak kebelakangan ini adalah untuk berhati-hati " dengan penduduk awam yang tidak berdosa dan terperangkap dalam keganasan, katanya.

Sunai Phasuk dari Human Rights Watch kecewa dengan komen itu.

"Bagaimana kepimpinan BRN perlu diberi perhatian serius apabila mereka tidak menghormati kata-kata mereka sendiri? Dalam tempoh 12 tahun yang lalu, pemberontak BRN telah secara terang-terangan melanggar peraturan peperangan dengan sengaja menyerang orang awam dan menggunakan taktik yang tidak membezakan antara tentera dan orang awam. Jenayah kejam seperti itu perlu dihentikan segera, "kata Sunai.

Useng Doloh, seorang penduduk kampung di wilayah Patani, memberitahu BeritaBenar bahawa dia mahu lebih daripada gencatan senjata terhad di Selatan Thailand.

"Saya tidak mahu hanya zon keselamatan di kawasan-kawasan tertentu, tetapi di kesemua zon keselamatan di Selatan Thailand," kata Useng.

"Saya tidak percaya bahawa MARA Patani mempunyai kuasa sebenar. MARA Patani adalah sekumpulan orang tua yang menggunakan kumpulan payung tersebut sebagai alat untuk mendapatkan peluang untuk pulang ke rumah, "katanya, merujuk kepada hakikat bahawa ramai dalam kumpulan hidup dalam buangan.

"Malah, aliran utama BRN tidak menerima MARA Patani," katanya.


Razlan Rashid di Kuala Lumpur menyumbang kepada laporan ini.

Lihat Laman Penuh