Follow us

Malaysia, China Setuju Wujud Panel Tangani Pertikaian Laut China Selatan

Kuala Lumpur, Beijing “pada halaman yang sama” atas “kod tata laku” di wilayah perairan yang dipertikaikan, kata Menteri Luar Malaysia.
Muzliza Mustafa
Kuala Lumpur, Malaysia
2019-09-12
E-mel
Komen
Share
Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah (kiri) berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, semasa pertemuan di Diaoyutai State Guesthouse di Beijing, 12 Sept, 2019.
Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah (kiri) berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, semasa pertemuan di Diaoyutai State Guesthouse di Beijing, 12 Sept, 2019.
[AP]

Kuala Lumpur dan Beijing akan mewujudkan mekanisme perundingan dua hala untuk menyelesaikan perbezaan di Laut China Selatan, kata kedua-dua pemimpin negara itu pada Khamis.

Pengumuman itu hadir kurang daripada sebulan selepas Tentera Laut dan Pengawal Pantai Amerika Syarikat melancarkan latihan bersama dengan tentera laut Malaysia di tengah-tengah kebimbangan wilayah mengenai kehadiran Beijing yang semakin meningkat di rantau perairan yang dipertikaikan itu.

"Kami bersetuju dengan pembentukan Mekanisme Perundingan Bilateral," kata Menteri Luar  Malaysia, Saifuddin Abdullah pada sidang akhbar bersama selepas bertemu Menteri Luar China Wang Yi di Beijing.

"Saya fikir ini adalah salah satu hasil penting mesyuarat pada hari ini [Khamis]," katanya.

Saifuddin, yang sedang dalam lawatan rasmi ke China sehingga Jumaat, berkata pegawai dari kedua-dua pihak "akan membincangkan butiran tersebut."

Beliau memberitahu yang beliau sendiri akan mempengerusikan panel dialog bersama dengan Wang, yang juga dipetik oleh agensi berita nasional Malaysia Bernama sebagai berkata bahawa ketegangan di rantau perairan itu telah berkurangan.

"Kami akan menggunakan platform dialog untuk membeza dan menggalakkan kerjasama maritim dan kestabilan serantau di Laut China Selatan," kata Wang kepada pemberita, merujuk kepada mekanisme perundingan.

China menuntut hampir kesemua kawasan di Laut China Selatan. Filipina, Taiwan, Brunei, Malaysia dan Vietnam juga membuat tuntutan bertindih terhadap wilayah di perairan itu, yang penting untuk pelayaran perdagangan antarabangsa berjumlah triliun dolar setiap tahun.

Beijing baru-baru ini menggerakkan angkatan lautnya di perairan stategik itu, ditambah dengan laporan risikan yang mengatakan bahawa negara itu telah membina pelbagai pemasangan ketenteraan dengan keupayaan peluru berpandu balistik yang canggih di pulau-pulau yang menjadi tuntutan di bawah kawalannya, sehingga menimbulkan "kebimbangan serius" bagi negara jirannya yang lebih kecil, kata pegawai Malaysia dan Vietnam dalam satu kenyataan bersama di Hanoi bulan lepas.

China dan sepuluh negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah mengadakan rundingan yang disebut sebagai "Kod Tata Laku", satu perjanjian yang bertujuan untuk menghindari tindakan agresif oleh negara yang menuntut di wilayah-wilayah yang dipertikaikan di perairan tersebut.

"Dalam COC, kami berada di laman yang sama," kata Saifuddin kepada wartawan, merujuk kepada kod etika tata laku itu. "Saya yakin ini adalah sesuatu yang dapat kita realisasikan bersama.

Pada Ogos, Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu memberitahu Reuters bahawa negaranya telah mengesan kapal-kapal tentera laut dan pantai Cina memasuki perairan wilayah Malaysia.

Washington juga telah menyatakan kebimbangan mengenai laporan bahawa Beijing telah menghalang kegiatan minyak dan gas negara-negara penuntut lain di perairan yang dipertikaikan.

Pada Ogos, Fleet ke-7 Amerika Syarikat berkata dalam satu siaran berita bahawa latihan bersama dengan Malaysia, yang melibatkan kapal perang Britain dan Jerman yang paling moden di negara Asia Tenggara, telah menandakan penglibatan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pengawal Pantai AS.

Lihat Laman Penuh