Amerika Syarikat Failkan Tindakan Undang-undang Dapatkan Kembali $1 Bilion Yang Diambil Dari 1MDB

Staf BeritaBenar
2016.07.20
Washington DC
160720-my-najib-1mdc620 Perdana Menteri Malaysia Najib Razak beredar keluar dari pejabatnya di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur selepas Peguam Negaranya membersihkan beliau daripada sebarang salah laku setelah $681 juta dimasukkan dalam akaun bank peribadinya, 27 Januari 2016.
AFP

Pihak berkuasa Amerika Syarikat pada Rabu memfailkan dokumen mahkamah untuk "merampas dan mendapatkan semula" lebih daripada $1 bilion dalam aset-aset yang berkaitan dengan apa yang mereka namakan sebagai konspirasi global untuk mengubah wang yang dicuri dari dana mewah Malaysia yang diselia oleh Perdana Menteri  Najib Razak.

Sebanyak 12 aduan rampasan sivil dikemukakan oleh Jabatan Keadilan tidak menamakan Najib tetapi mengaitkannya dengan skandal 1Malaysia Development Berhad, atau 1MDB. Peguam Negara AS Loretta Lynch berkata, ia adalah "konspirasi antarabangsa" untuk mengubah wang menerusi institusi-institusi Amerika.

Usaha untuk merampas aset-aset itu adalah tindakan pertama oleh kerajaan AS berhubung dengan siasatan 1MDB bagi pengubahan wang haram yang melibatkan sekurang-kurangnya lima negara lain termasuk Singapura dan Switzerland.

Skandal itu membelenggui Najib sejak setahun lepas setelah Wall Street Journal (WSJ) melaporkan mengenainya pada Julai 2015 bahawa hampir $700 juta dimasukkan dalam akaun bank peribadinya.

Sejak itu, akhbar berkenaan melaporkan bahawa berjuta-juta dolar wang yang dikaitkan dengan 1MDB, sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, telah dibelanjakan oleh Najib untuk membiayai gaya hidup yang mewah.

"Hari ini, Jabatan Kehakiman memfailkan aduan awam bagi merampas dan  mendapatkan kembali lebih daripada $1 bilion dalam aset-aset yang berkaitan dengan konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dicuri daripada "1MDB, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia," kata Lynch pada sidang media di Washington.

Beliau berkata  $1 bilion dalam aset-aset adalah "hanya sebahagian daripada lebih daripada $3 bilion yang telah dicuri dari 1MDB dan diubah melalui institusi kewangan Amerika yang melanggar undang-undang AS."

"1MDB telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi melalui perkongsian antarabangsa dan pelaburan langsung asing, dengan matlamat utama untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Lynch.

"Malangnya, beberapa pegawai 1MDB yang rasuah menjadikan dana awam ini sebagai akaun bank peribadi," katanya.

Maklum balas Malaysia

Najib telah menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang untuk kepentingan peribadi berkaitan dengan hal ehwal 1MDB.

Dalam reaksinya kepada tindakan undang-undang Amerika itu, jurucakap Najib, Tengku Sariffuddin berkata, kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan antarabangsa berhubung  kes 1MDB.

"Kita ambil maklum bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengambil tindakan undang-undang sivil kehakiman terhadap pelbagai aset. Seperti dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan apa-apa penyiasatan yang sah oleh syarikat atau rakyat Malaysia mengikut protokol antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

"Seperti yang Perdana Menteri sentiasa katakan, jika terbukti ada sebarang salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian."

Tengku Sariffuddin berkata Peguam Negara Malaysia telah mendapati bahawa "tidak ada jenayah dilakukan" berhubung kes 1MDB. Beliau bagaimanapun mengakui bahawa ia masih tertakluk kepada suatu penyiasatan oleh pihak polis.

‘Pegawai Malaysia 1’

Tindakan undang-undang itu membuat lebih daripada 30 rujukan kepada "Pegawai Malaysia 1" - dan rujukan jelas kepada Najib, yang telah dituduh menerima beratus-ratus juta dolar dalam dana yang diambil daripada 1MDB.

Seseorang yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai siasatan itu mengesahkan kepada Wall Street Journal bahawa "Pegawai Malaysia 1" sememangnya Najib.

Tindakan undang-undang itu memetik satu kenyataan yang dibuat pada  Januari oleh Peguam Negara Malaysia Mohamed Apandi Ali berhubung pemindahan hampir $ 700 juta ke akaun "Pegawai Malaysia 1".

Apandi telah mengesahkan bahawa $681 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Peguam tertinggi kerajaan Malaysia itu berkata, Najib tidak melakukan apa-apa jenayah, dan bahawa wang dalam akaun bank Perdana Menteri adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab Saudi dan beliau (Najib) telah memulangkan sebahagian besar daripadanya   ($620 juta) kepada keluarga diraja Arab Saudi itu.

Tindakan undang-undang itu mengesan aliran dana di  antara akaun "Pegawai Malaysia 1" dan "Eric" Tan Kim Loong, rakan perniagaan pembiaya kewangan Malaysia Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dan seorang kenalan rapat  Najib.

Juga dikenal pasti dalam tindakan undang-undang itu ialah anak tiri Najib, Riza Aziz, pengasas Red Granite yang menghasilkan filem yang dicalonkan untuk anugerah Oscar "The Wolf of Wall Street."

Semua yang dikenal pasti dalam tindakan undang-undang itu tidak didakwa dengan sebarang jenayah.

Defendan dalam tindakan undang-undang sivil itu adalah pelbagai hartanah yang mahu dirampas oleh pihak berkuasa AS.

Antara harta yang dimohon kerajaan AS mohon untuk dirampas adalah jet bombardier, unit emper dan kondominium di bandar raya New York,  hotel di Beverly Hills, California, serta sebuah rumah agam, hasil seni oleh Vincent Van Gogh dan lukisan oleh Claude Monet.

Tindakan undang-undang itu menyatakan Tan adalah "pemilik benefisial yang dinyatakan dalam beberapa akaun bank di mana  dana 1MDB yang disalahgunakan telah dipindahkan."

Ia mendakwa bahawa AS$681 juta telah dipindahkan dari akaun Tanore, yang "mencatatkan pemilik benefisial" adalah Tan, kepada Pegawai Malaysia 1 di antara 21 Mac dan 25 Mac, 2013. Daripada jumlah itu,  kira-kira $620 telah kembali ke akaun Tanore pada Ogos 2013.

    I

Kerajaan AS memohon merampas Park Lane Hotel sebagai sebahagian daripada tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali lebih $1 bilion yang diambil daripada 1MDB, dana Malaysia. (Ihsan Jabatan Kehakiman AS)

 

Inisiatif kleptokrasi

Kes mahkamah itu adalah tindakan tunggal terbesar yang pernah dibawa oleh Inisiatif Mendapatkan Semula Aset Kleptokrasi Jabatan Kehakiman, yang ditubuhkan pada 2010 untuk merampas hasil rasuah pegawai asing dan, jika boleh, untuk menggunakan yang didapatkan semula itu untuk manfaat rakyat yang teraniaya.

"Amerika Syarikat tidak akan menjadi tempat selamat untuk aset-aset yang dicuri oleh pegawai-pegawai asing yang rasuah," kata Timbalan Pengarah FBI Andrew G. McCabe.

Siasatan jenayah FBI mengenai pengubahan wang haram dan penipuan berhubung kes 1MDB juga sedang dijalankan di Amerika Syarikat, menurut seseorang yang biasa dengan siasatan itu, lapor Wall Street Journal pada Rabu.

"Rasuah awam, tidak kira di mana ia berlaku, adalah satu ancaman kepada ekonomi global yang adil dan berdaya saing. FBI komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi asing dan tempatan untuk mengenal pasti dan menyerahkan kembali aset-aset dicuri itu kepada pemilik mereka yang sah, iaitu rakyat Malaysia, "kata McCabe.

Tindakan undang-undang itu mendakwa syarikat anak tiri Najib menerima $238 juta daripada beberapa transaksi yang dikaitkan dengan 1MDB, di mana ada yang telah digunakan untuk membiayai syarikat produksi filem beliau, Red Granite Gambar, dan untuk membeli hartanah mewah di Amerika Syarikat dan Britain.

"Ini adalah kes di mana kehidupan meniru seni," kata Penolong Peguam Negara AS Leslie R. Caldwell dalam satu kenyataan.

"Syarikat-syarikat bersekutu para pegawai 1MDB yang rasuah itu didakwa telah menggunakan beberapa hasil haram daripada skim penipuan mereka untuk membiayai penerbitan 'The Wolf of Wall Street,' sebuah filem mengenai broker saham yang rasuah yang cuba menyembunyikan keuntungan haramnya sendiri di tempat asing yang selamat baginya.

"Tetapi sama ada pegawai-pegawai rasuah itu cuba untuk menyembunyikan aset-aset curi merentasi sempadan antarabangsa – atau  di balik tabir layar perak - Jabatan Kehakiman komited untuk memastikan bahawa tidak tempat yang yang selamat"

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.