Imej kemusnahan Tsunami Lautan Hindi 2004
2024.12.19
Washington
Pada pukul 7:59 pagi (waktu tempatan) sehari selepas Krismas pada 2004, gempa bumi ketiga terbesar pernah direkodkan berlaku di luar pantai Sumatera, Indonesia, mencetuskan tsunami maut hingga meranapkan kehidupan jutaan manusia yang tidak bersedia menghadapi bencana ini.
Dikenali sebagai Tsunami Lautan Hindi, kekuatan gempa bermagnitud 9.1 itu menyebabkan kenaikan paras air laut yang besar, menghasilkan ombak yang merebak dengan pantas membadai lebih 12 negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika Timur pada 26 Disember.
“Gempa itu menolak sejumlah besar air hingga menghasilkan tsunami global, yang melanda beberapa kawasan dalam tempoh 20 minit dan kawasan lain selama tujuh jam. Tsunami itu dikesan oleh lebih 100 stesen aras air pantai di perairan Atlantik dan Pasifik,” menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat.
“Salah satu statistik yang sukar dibayangkan daripada tsunami itu adalah ketinggian ombak mencecah 167 kaki di wilayah Aceh, Indonesia menyebabkan banjir sejauh tiga batu ke daratan.”
Setelah air surut, jumlah kematian global meningkat kepada kira-kira 230,000, termasuk sekitar 167,000 di Aceh, menurut NOAA yang menganggarkan kerosakan bernilai AS$13 bilion.
Dalam beberapa jam dan hari selepas tsunami, jurugambar di Malaysia, Indonesia dan Thailand merakamkan imej yang menunjukkan kemusnahan di seluruh rantau itu.
Pelancong bergegas meredah air untuk kembali ke daratan ketika gelombang tsunami Lautan Hindi menuju ke arah pantai Hat Rai Lay, berhampiran Krabi di Selatan Thailand, 26 Disember 2004. 2004. [AFP]
Seorang petugas perubatan Thailand menolak pelancong yang cedera akibat tsunami bagi menerima rawatan di Hospital Antarabangsa, Phuket, Thailand, 26 Disember, 2004. [Saeed Khan/AFP]
Tsunami menghempas bot-bot ke pantai di Phuket, Thailand, 26 Disember 2004. [Reuters]
Tsunami meninggalkan kesan kemusnahan di Teluk Ton Sai, Pulau Phi Phi, Thailand seperti yang dilihat dua hari kemudian, 28 Disember 2004. [Luis Enrique Ascui/Reuters]
Pelancong melihat bas yang rosak dan tersadai selepas tsunami melanda Pulau Phuket, Thailand, 26 Disember 2004. [AFP]
Seorang pegawai polis Thailand berjalan melepasi kenderaan dan barangan yang musnah akibat dilanda tsunami di Phuket, Thailand, 26 Disember 2004. [AFP]
Seorang wanita mengendong seorang anak kecil ketika menyelamatkan diri bersama dua lelaki lain setelah tsunami melanda Kampung Kuala Keureutoe, Lhokseumawe, Indonesia, 26 Disember 2004. [AFP]
Seorang wanita mengumpul barangan miliknya yang berselerakan sehari selepas bencana tsunami melanda pantai Pathong, Thailand, 27 Disember 2004. [Saeed Khan/AP]
Kusol Wetchakul dengan penuh sebak membacakan doa untuk roh adiknya, mangsa tsunami pada waktu subuh di pantai berhampiran Khao Lak, Thailand, 29 Disember 2004. [David Longstreath/AP]
Tentera Thailand mengusung keranda untuk memuatkan mayat mangsa tsunami di wilayah Phang Nga, 28 Disember 2004. [Chaiwat Subprasom/Reuters]
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari mayat mangsa berhampiran sebuah bot peronda polis yang tersadai ke daratan akibat dihempas tsunami di wilayah Phang Nga, Thailand, 28 Disember 2004. [Chaiwat Subprasom/Reuters]
Kanak-kanak berkumpul di kawasan sawah padi sambil menunggu bekalan bantuan dijatuhkan dari sebuah helikopter di Banda Aceh, Indonesia, 17 Januari 2005. [Eugene Hoshiko/AP]