Culik Ahli Perniagaan, Tujuh Anggota Polis Ditahan
2015.11.30

Tujuh anggota polis antara 15 orang yang ditahan kerana terlibat dalam kejadian menculik seorang ahli perniagaan warga Iran di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputy Commisioner Polis (DCP) Law Hong Soon berkata, anggota Polis yang ditahan itu adalah terdiri daripada pelbagai pangkat rendah ditahan bersama lapan lagi rendah dipercayai terlibat dalam penculikan itu.
“Pada 23 November lepas satu kejadian culik telah berlaku di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur ke atas seorang warga Iran yang merupakan seorang ahli perniagaan minyak dan gas. Dalam kes itu tiada wang tebusan diminta, dan mangsa telah dibebaskan dengan selamat di Melaka dua hari kemudian,” katanya pada Isnin.
Law berkata, hasil siasatan Cawangan Jenayah Berat D9 telah berjaya menangkap 15 orang berusia antara 26 dan 55 tahun itu yang motif penculikan, dipercayai bersabit perbalahan mengenai hutang.
“Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan kini ditahan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula sehingga 3 Disember bagi membantu siasatan,’’ katanya.
Pada 4 September lepas, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais telah diculik alam perjalanan dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya, Sentul, Kuala Lumpur, antara 7 pagi dan 8 malam.
Berdasarkan rakaman CCTV yang memaparkan Kevin dipaksa keluar dari keretanya oleh sekumpulan lelaki, pada siang hari dan pihak berkuasa berkata ia adalah kes penculikan.
Jasadnya kemudian dijumpai di dalam sebuah tong yang telah disimen di Subang Jaya, berhampiran Kuala Lumpur, pada 16 September.