Ismail Sabri Yaakob: PM Baharu Malaysia Yang Gemarkan Kemeja Batik

Veteran UMNO itu bagaimanapun didakwa pernah mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap kaum Cina.
Muzliza Mustafa & Shailaja Neelakantan
2021.08.20
Kuala Lumpur & Washington
Ismail Sabri Yaakob: PM Baharu Malaysia Yang Gemarkan Kemeja Batik Satu koleksi meme Ismail Sabri Yaakob yang gemar memakai kemeja batik bercorak kontemporari yang dimuat naik di laman Facebook bakal perdana menteri itu 1 Mei 2020.
[Ihsan Ismail Sabri Yaakob menerusi Facebook]

Apabila Yang di-Pertuan Agong menamakan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Ismail Sabri Yaakob melakar sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri paling singkat pernah menyandang jawatan itu – selain memiliki koleksi kemeja batik yang pelbagai.

Sebuah akhbar tempatan Malaysia turut menggelarkan beliau sebagai “Perdana Menteri di luar jangkaan,” kerana setakat ini, sesiapa sahaja daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang menjadi PM adalah pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, memandangkan Presiden UMNO sedang berdepan perbicaraan kes rasuah di mahkamah manakala Timbalan Presiden pula bukan Ahli Parlimen, parti itu telah memilih untuk mencalonkan Naib Presidennya Ismail Sabri sebagai penyandang bagi jawatan tertinggi itu dalam kerajaan.

Ahli politik veteran berusia 61 tahun itu disifatkan sebagai seorang pemimpin yang boleh bertolak ansur oleh majoriti Ahli Parlimen, yang menamakan beliau sebagai pilihan mereka bagi calon perdana menteri apabila dititahkan supaya berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong. Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia.

Ismail Sabri, yang digelar ‘pak long’ oleh rakyat Malaysia, berasal dari Temerloh, Pahang sama seperti Yang di-Pertuan Agong semasa dan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Ahli Parlimen Bera yang tidak pernah tewas sejak 2004

Ismail Sabri memulakan kerjaya sebagai peguam pada 1985 dan dilantik buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen UMNO pada 2004 di kawasan Bera di Pahang yang diwujudkan susulan persempadanan semula dengan majoriti penduduknya berbangsa Melayu. Sejak itu, beliau sudah dua kali dipilihh semula sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Pertama kali beliau dilantik menganggotai Kabinet ialah pada 2008 apabila Perdana Menteri ketika itu Abdullah Badawi melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau memegang pelbagai jawatan dalam Kabinet ketika pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO selepas itu termasuk sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selepas UMNO mengalami kekalahan mengejut pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri telah dipilih sebagai antara tiga naib presiden parti – yang menyaksikan beliau meraih undi terbanyak. Penganalisis berkata ini mencerminkan populariti beliau dalam kalangan ahli parti.

Menurut Malay Mail, antara jasa dan inisiatif Ismail Sabri yang paling dikenang ialah usaha beliau bagi menyingkirkan orang tengah daripada golongan petani dari 2014 hingga 2015. Beliau menggelarkan usaha itu sebagai “jihad memerangi orang tengah.”

Bagaimanapun, kerjaya politik beliau turut tidak terlepas daripada dicemari oleh beberapa insiden.

Pada Februari 2015, semasa beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri didakwa telah menggesa kaum Melayu agar memboikot perniagaan kaum Cina di Malaysia, dan hantaran itu yang dimuat naik di laman Facebooknya telah dipadam. Beliau mendakwa kaum Cina di Malaysia telah memonopoli perniagaan dan melakukan diskriminasi terhadap usahawan bukan Cina, lapor media tempata ketika itu.

Pada tahun sama, Ismail Sabri mendesak agar satu pusat beli-belah khusus dibuka kepada peniaga Melayu untuk menjual peralatan digital, yang berakhir dengan kegagalan, menurut penganalisis.

Menjelang pilihan raya umum 2018, beliau memberi amaran bahawa setiap undi kepada pakatan pembangkang akan menghapuskan hak dan keistimewaan kaum Melayu – dan ini turut membangkitkan kemarahan kaum Melayu. Hak dan keistimewaan kaum Melayu yang dalam negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

210820-MY-Inside-ISY.jpg

Perdana Menteri yang baharu dilantik Ismail Sabri Yaakob melambai kepada media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 20 Ogos 2021. [AP]

Beliau kembali dilantik sebagai Menteri Kabinet pada 2020 di bawah pentadbiran pendahulunya Muhyiddin Yassin. Beliau dinamakan sebagai Menteri Pertahanan dan dipertanggungjawabkan menangani beberapa aspek utama berkaitan pandemik COVID-19.

Ramai rakyat Malaysia mengkritik kerajaan pimpinan Muhyiddin – terutama Ismail Sabri – berhubung apa yang mereka sifatkan sebagai protokol sekatan pergerakan yang mengelirukan. Sepanjang sekatan pergerakan ketat yang dikenakan pada 1 Jun, lebih sedozen sektor pembuatan dibenarkan terus beroperasi pada kapasiti 60 peratus, yang didakwa sebagai punca peningkatan mendadak dalam jangkitan COVID-19.

Bagaimanapun, wajah Ismail Sabri amat dikenali kerana beliau setiap hari muncul di kaca televisyen – dan selepas itu, tiga kali seminggu – dalam sidang akhbar berkaitan pandemik.

Ketika itulah rakyat menyedari bahawa beliau amat gemar mengenakan kemeja bercorak batik. Meme mengenai kemejanya yang pelbagai warna – dikatakan direka oleh menantu lelakinya iaitu pereka fesyen Jovian Mandagie – tular di media sosial dengan orang ramai membandingkannya dengan makanan serta minuman.

Ismail Sabri menganggapnya sebagai jenaka malah memuat naik sebahagian daripadanya di laman Facebook beliau.

“Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh-mueh. Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan aiskrim pulak,” seloroh beliau.

“Terima kasih warga net kerana menghiburkan [bukan hanya] saya tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.”

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.