Indonesia Sekat Kemasukan Pemimpin Pembangkang Kemboja, kata Penerbangan Malaysia

Muzliza Mustafa
Kuala Lumpur, Malaysia
2019-11-13
Share
191113-MY-Rainsy-1000FINAl.jpg Pemimpin pembangkang dalam buangan Kemboja Sam Rainsy bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Anggota Parlimen Malaysia diluar bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, 12 Nov, 2019.
[S.Mahfuz/BeritaBenar]

Pemimpin pembangkang Kemboja Sam Rainsy pada Rabu telah disekat daripada memasuki Indonesia selepas lawatannya ke Malaysia, demikian kata sumber, dengan pemimpin dalam buangan itu sedang berjuang untuk kembali ke negara asalnya untuk mendorong kepada reformasi demokrasi.

Dalam catatan ‘tweet’ sekitar pukul 3:30 petang waktu tempatan, Rainsy mengumumkan bahawa beliau bersama dua anggota Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) dijangka tiba di Jakarta dengan penerbangan Malaysia 723 kira-kira dua jam kemudian dari Malaysia.

Beliau semasa dihubungi Radio Free Asia, sebuah entiti BeritaBenar bahawa beliau terlepas penerbangannya ke Jakarta tanpa mengulas lanjut.

"Kehadiran saya di Indonesia akan membincangkan jumlah kepentingan bersama," kata Rainsy kepada RFA melalui telefon. Beliau dijadualkan meninggalkan Malaysia ke Indonesia pada kira-kira pukul 9 pagi Khamis waktu tempatan," tambah beliau.

"Penerbangan Malaysia menafikan penumpang berkenaan menaiki pesawat atas arahan pihak berkuasa Indonesia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak berkuasa yang berkaitan," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, yang juga dikenali sebagai MAS.

Pihak berkuasa Indonesia pula mengesahkan bahawa Rainsy tidak berada di negara itu tetapi menafikan yang beliau telah dihalang daripada memasuki Indonesia.

"Tidak ada perintah menghalang kemasukkan penama tersebut. Selepas pemeriksaan, Sam Rainsy tidak berada dalam negara Indonesia," kata jurucakap Jabatan Imigresen negara tersebut, Sam Fernando kepada BeritaBenar.

Selepas ditunjukkan kenyataan MAS itu, Fernando berkata, "Saya tidak tahu. Dari pihak kami, itu sahaja yang boleh kami katakan. "

Rainsy sebelum ini bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas mengadakan pertemuan dengan 20 anggota Parlimen Malaysia di bagungan Parlimen negara itu.

"Di Malaysia, kita mempunyai ramai kawan dan sama pemikiran," kata Rainsy selepas pertemuan tertutup dengan anggota Parlimen Malaysia.

Ditanya mengenai kedudukan Rainsy, jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia Teuku Faizasyah hanya menjawab ringkas: "Saya tidak tahu," dan enggan mengulas lanjut soalan yang ditanya kepadanya.

Rainsy, yang tinggal dalam buangan di Perancis, dan pemimpin pembangkang yang lain telah cuba untuk kembali semula ke Kemboja untuk memimpin apa yang mereka jelaskan sebagai pemulihan demokrasi bagi negara itu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah melabelkan rancangan itu sebagai sebahagian daripada pemberontakan dan berjanji untuk menangkap pemimpin pembangkang.

Minggu lepas, Rainsy cuba untuk kembali ke negaranya melalui Thailand tetapi gagal selepas beliau tidak dibenarkan menaiki pesawat Thai Airways di Paris.
Beliau kemudiannya dibenarkan mendarat di Malaysia, yang digambarkan sebagai "kejayaan politik."

"Demokrasi akan berlaku. Demokrasi telah berjaya di Malaysia. Demokrasi akan berlaku di Kemboja," katanya semasa tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tia Asmara di Jakarta turut menyumbang kepada laporan ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.

Lihat Laman Penuh