Malaysia Hantar Pulang Warga Rusia dan Sri Lanka Terlibat Keganasan
2016.05.13
Kuala Lumpur

Pihak berkuasa Malaysia telah menghantar pulang dua warga Russia yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS) pada hari Jumaat dan seorang rakyat Sri Lanka bulan lepas selepas dia menyiarkan ancaman untuk membunuh di media sosial.
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua warga Rusia yang tidak dinamakan, dipercayai berasal dari Chechen, telah ditangkap oleh pasukan Bahagian Counter Terrorism Jabatan Cawangan Khas PDRM pada 28 Mac lepas.
Pihak berkuasa mengaitkan kedua-dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu mempunyai hubungan dengan IS dan mereka telah dihantar pulang pada Jumaat.
"Mereka sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada Februari lepas, kerana disyaki terlibat dalam pergerakan IS di Syria. Kedua-dua telah diusir keluar dari negara berkenaan dan berjaya mencari jalan datang ke Malaysia pada awal Mac, "tambah Khalid.
Ancaman Facebook
Mengenai lelaki Sri Lanka. Khalid mendakwa bahawa beliau telah memuat naik ancaman untuk membunuh kepada Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena dan Perdana Menterinya Rinister Ranil Wickremesinghe dan turut disenaraikan di dalam senarai pelarian yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu.
Lelaki berusia 42 tahun itu bekerja sebagai juruteknik televisyen kamera tertutup di Lembah Klang.
"Dengan bantuan daripada agensi penguatkuasaan Sri Lanka, lelaki berkenaan ditahan pada 22 April lalu dan dihantar pulang ke negaranya lima hari lepas," kata Khalid.
Khalid bagaimanapun tidak menjelas sebab mengapa kesemua mereka berada di Malaysia atau apa yang dilakukan semasa berada di negara itu.
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Selangor.
Memetik sumber perisikan, Kementerian Dalam Negeri mendakwa lebih daripada 130 rakyat Malaysia telah cuba untuk menyertai IS di Iraq atau Syria. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism PDRM Ayob Khan Mydin Pithcay berkata, 19 rakyat Malaysia telah terbunuh dalam pertempuran di Iraq dan Syria.