Follow us

Usaha Cari MH370 Disambung Jika Muncul Bukti Baru, kata Mahathir

Hadi Azmi
Kuala Lumpur, Malaysia
2018-05-30
E-mel
Komen
Share
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menjawab soalan pemberita mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan 370 yang hilang, di Putrajaya, Malaysia, 30 Mei 2018.
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menjawab soalan pemberita mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan 370 yang hilang, di Putrajaya, Malaysia, 30 Mei 2018.
[AP]

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada Rabu berkata, beliau akan mempertimbang untuk menyambung pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan 370 jika menerima maklumat baru, dengan menteri pengangkutan pula mengumumkan bahawa laporan akhir mengenai pencarian antarabangsa bersama akan dipublikasikan pada Julai.

Ocean Infinity, sebuah syarikat penerokaan laut Amerika Syarikat, pada Selasa menamatkan pencarian pesawat itu selepas lebih tiga bulan menggunakan teknologi pengimejan dasar laut terkini di keseluruhan kawasan selatan Lautan Hindi. Syarikat itu telah menandatangani kontrak "tiada penemuan, tiada bayaran" dengan jangka masa 90 hari pada Januari, setahun selepas Australia, China dan Malaysia secara rasminya menghentikan pencarian bersama.

"Jika kita menemui maklumat baru, kita boleh meneruskan pencarian itu. Tetapi sekarang, kita perlu menghentikannya," kata Mahathir, 92, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang kedua sejak mengetuai pakatan pembangkang mencipta kemenangan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan ini.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 12 anak kapal dan 227 penumpang, kebanyakannya dari China. Kehilangan pesawat Boeing 777 itu dianggap sebagai satu daripada misteri penerbangan terbesar di dunia.

"Kawasan pencariannya adalah amat luas dan kita masih belum menemui sebarang bukti," kata Mahathir.

Mahathir melahirkan rasa kesal dengan keputusan yang dibuat kerajaannya itu tetapi berkata "kita tidak boleh terus mencari sesuatu yang tidak dapat kita temui."

Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberitahu sidang berita pada Rabu bahawa pencarian antarabangsa bersama dijangka mengeluarkan laporannya pada Julai.

"Ramai orang berminat untuk mengkaji laporan tersebut, termasuk data yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini," kata Loke. "Jika mana-mana pakar boleh memberikan keterangan yang boleh membantu kami mengesan pesawat itu, kami akan meninjau semula lokasi itu."

Ketika ditanya oleh wartawan sama ada laporan itu turut mengandungi unsur-unsur kontroversi, menteri itu berkata: "Bagi saya, apa pun unsurnya, kita akan menerbitkannya."

"Saya dapat memberi jaminan bahawa laporan akhir itu akan diterbitkan dengan pendedahan sepenuhnya," kata beliau. "Tidak akan ada sebarang penapisan atau apa-apa yang tersembunyi."

Pada 3 Okt 2017, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menerbitkan laporan yang menyatakan bahawa kapten pesawat itu, Zaharie Ahmad Shah, telah menerbangkan satu laluan di simulator di rumahnya enam minggu sebelum pesawat tersebut hilang dan ia "pada mulanya serupa" dengan laluan penerbangan pesawat berkenaan.

Tetapi, agensi perisikan penerbangan Flight Global melaporkan bahawa Menteri Pengangkutan ketika itu Liow Tiong Lai telah mengawal data ATSB itu dengan memberitahu bahawa simulator itu mengandungi "ribuan simulasi ke banyak destinasi."

Calvin Shim, yang isterinya adalah seorang daripada anak kapal pesawat itu, memberitahu BeritaBenar bahawa walaupun beliau sukar mempercayai teori pembunuhan bunuh diri juruterbang itu, namun beliau tidak boleh menolak sepenuhnya kemungkinan itu.

"Sekiranya dia benar-benar mempunyai niat bunuh diri, maka saya percaya polis akan dapat mencari petunjuk tentangnya menerusi waris terdekatnya," kata Shim. "Tetapi, polis telah mengetepikan beliau sebagai suspek, saya rasa, di awal [siasatan] itu."

Waris terdekat keluarga lain juga bercakap kepada BeritaBenar dan berkongsi kekecewaan mereka mengenai keputusan kerajaan baru untuk menamatkan pencarian itu, dengan menujuksn kemarahan mereka kepada Loke, menteri pengangkutan berkenaan.

"Beliau baru bekerja selama seminggu dan sudah membuat kesimpulan untuk mengakhiri semuanya," kata Jacquita Gomes, yang suaminya, Patrick Gomes, adalah antara anak kapal pesawat itu.

"Apakah beliau benar-benar sudah mengkaji dan mempersoalkan semua percanggahan dan kesilapan yang dibuat oleh mereka yang bertanggungjawab semasa pencarian pesawat itu sehingga kini," katanya.

Beberapa serpihan pesawat itu telah ditemui di pulau-pulau Lautan Hindi dan di sepanjang pantai timur Afrika, tetapi

Lihat Laman Penuh