Malaysia Wujudkan Rondaan Bersama Polis Dan Tentera

Staf BeritaBenar
2016.01.19
160119-MY-NAJIB620 Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semasa berucap pada Sidang Kemuncak Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Kuala Lumpur. 21 November 2015.
AFP

Malaysia telah meningkatkan rondaan keselamatan bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan strategik dan tarikan pelancong di sekitar ibu negaranya.

Perdana Menteri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berkata langkah itu diambil sebagai pencegahan awal berikutan beberapa serangan yang berlaku di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

"Kehadiran rondaan bersama antara PDRM dan ATM dapat memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang sebarang kemungkinan yang boleh berlaku," kata beliau seperti dilaporkan oleh media tempatan pada Selasa.

Mesyuarat lebih dua itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Zulkifeli Md Zin, bekas Ketua Polis Negara Hanif Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Mohamed Hashim Mohd Ali.

Najib berkata kawalan bersama itu seharusnya tidak disalahertikan sebagai satu pengisytiharan darurat tapi hanyalah meningkatkan tahap siap sedia serta memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa anggota keselamatan mengawal keadaan.

“Saya mahu kehadiran pasukan keselamatan dilihat. Saya yakin orang ramai akan berasa lebih selesa jika mereka melihat kehadiran pasukan keselamatan," tambahnya lagi.

Jumaat lepas, PDRM menggagalkan cubaan serangan bunuh diri ahli kumpulan militan Negara Islam (IS) berikutan penahanan seorang suspek yang dibuat sehari selepas Malaysia mengeluarkan amaran keselamatan negara tahap tinggi selepas berlakunya kejadian pengeboman dan tembak menembak yang dipercayai oleh anggota IS di Jakarta, pada Khamis lepas.

"Suspek mengaku telah merancang untuk melancarkan serangan bunuh diri di Malaysia selepas menerima arahan daripada anggota IS (warga asing) di Syria," kata Khalid pada Sabtu.

Jakarta telah digegarkan dengan beberapa siri letupan dan tembak menembak dalam kejadian berhampiran Gedung Sarinah, sebuah pusat membeli belah di sekitar Jalan Thamrin, di tengah-tengah kota raya itu pada 10.50 pagi Khamis.

Tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam iaitu seorang warga Kanada dan seorang lagi rakyat tempatan disahkan maut manakala 24 orang lagi dilaporkan cedera, termasuk lima anggota polis, empat warga asing (Jerman, Austria, Algeria dan Belanda) dan 15 rakyat tempatan.

Dalaam pada itu, Najib berkata mesyuarat MKN itu juga telah membuat beberapa ketetapan termasuk mempertingkatkan keselamatan ke tahap yang lebih tinggi di kalangan agensi atau badan yang terlibat dalam menjaga keselamatan negara seperti PDRM dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Tambahnya, peningkatan keselamatan yang tinggi juga patut meliputi badan-badan dan agensi-agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen yang menjaga pintu masuk negara, pegawai-pegawai kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampun

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.