PM Malaysia Kutuk Dua Didakwa Pengebom Bunuh Diri

Staf BeritaBenar

2016-01-11
Share
160111-MY-suicidebombers620 Tentera Iraq kuasai kawasan Ramadi selepas merampas semula bandar itu daripada pejuang Negara Islam. 10 Januari 2016
AFP

Perdana Menteri Najib Razak meluahkan perasaan marah pada Isnin terhadap laporan yang menyatakan bahawa dua rakyat Malaysia baru-baru ini meletupkan diri mereka dalam misi bunuh diri di Syria dan Iraq, yang mengorbankan 33 orang.

"Terkejut dan terperanjat mendengar bahawa dua rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam serangan bom berani mati di Iraq dan Syria, yang mengakibatkan lebih 30 orang yang tidak berdosa terkorban,” kata Najib dalam catatannya di laman Facebook beliau.

“Tindakan dan ideologi mereka tidak diterima di Malaysia atau Islam... kami akan berusaha untuk mengetahui bagaimana dan mengapa kedua-dua anak muda ini sanggup melakukan perbuatan kejam ini, dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelak orang lain daripada berbuat demikian pada masa depan,” kata beliau.

Beliau memberi maklum balas kepada berita New Straits Times, sebuah akhbar Malaysia, yang turut dipetik oleh banyak saluran berita lain samada di dalam atau luar Malaysia.

Ia melaporkan bahawa dua rakyat Malaysia, Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, dan Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, terbunuh semasa mengambil bahagian dalam misi IS di zon perang masing-masing pada akhir Disember dan awal Januari.

Akhbar itu memetik sumber yang tidak dinamakan, dan fakta-fakta yang terkandung dalam laporan itu tidak dapat disahkan dengan segera.

Laporan NST juga mengandungi maklumat yang bercanggah tentang bagaimana kedua-dua lelaki itu mati.

Akhbar itu menyatakan bahawa Amirul meninggal dunia pada 29 Disember, iaitu pada hari militan IS tentera melancarkan serangan ke atas Pasukan Demokrtarik Syria Ke-44 dan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish dekat Raqqa, kubu kuat IS di Syria.

Menurut laporan itu, Amirul "meledakkan bom yang terdapat pada tubuhnya dan di dalam kereta yang dinaikinya" di Raqqa semasa pertempuran itu.

Ia juga menyatakan bahawa "Amirul adalah antara sekurang-kurangnya16 pejuang IS yang telah dibunuh oleh tentera Arab dan Kurdish."

Sementara itu, Syazwan, dilaporkan terbunuh pada 3 Januari semasa misi IS yang menyasarkan pusat latihan polis di sebuah pangkalan tentera di Tikrit, Iraq.

NST melaporkan bahawa dia adalah antara sekumpulan pengebom bunuh diri "yang meletupkan jaket bunuh diri mereka yang turut membunuh 12 anggota polis termasuk tiga pegawai."

Laporan itu menyatakan bahawa Syazwan, "bersama-sama dengan pegebom berani mati lain, telah ditembak oleh sasaran mereka."

Dua beradik dibunuh?

Akhbar itu seterusnya melaporkan bahawa Syawzan telah meninggalkan kampung halamannya di Selangor berama-sama adik lelakinya, Muhamad Shazani Mohd Salim, untuk menyertai IS pada September 2014.

Shazani, 28, mati dalam misi bunuh diri pada 18 September 2015 di utara Iraq, dan kedua-dua beradik itu merupakan anggota sebuah unit IS yang dikenali sebagai Khatibah Nusantara, lapor NST.

Unit itu ditubuhkan khusus untuk pejuang yang berbahasa Melayu dari Asia Tenggara.

Amirul yang berasal dari Terengganu, telah ke Syria pada Oktober 2014, lapor NST.

Jika laporan itu tepat, kematian dua lelaki itu membawa kepada sekurang-kurangnya 16 anak muda Malaysia terkorban semasa dididakwa memperjuangkan IS di Syria atau Iraq, menurut maklumat yang diberikan oleh Polis DiRaja Malaysia.

Mohd Faris Anuar, ahli IS ahli yang mengejutkan negaranya pada  tahun lalu dengan rakaman video Negara Islam memenggal kepala, telah terbunuh dalam pertempuran di Anbar, Iraq pada 23 Nov 2015, kata seorang pegawai kanan anti keganasan semasa mengesahkan berita itu kepada BenarNews.

 

Suhana Osman turut menyumbang kepada laporan ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.