Dibunuh Selepas Enggan Membayar Wang Tebusan

Oleh Hata Wahari dan Nasueroh
2015.05.06
Share on WhatsApp
Share on WhatsApp
150506-TH-BODIES620 Pihak berkuasa Thailand memeriksa mayat di sebuah tapak di wilayah Songkhla, selatan Thailand. 6 Mei 2015.
BenarNews

Berpuluh pendatang asing tanpa izin yang ditemui mati di sempadan Thailand-Malaysia sejak minggu lepas, berkemungkinan telah dibunuh selepas mereka enggan membayar wang tebusan, atau meninggal dunia akibat penyakit selepas dipaksa bekerja dengan teruk, menurut kumpulan hak asasi pendatang Malaysia.

Kumpulan itu, Tenaganita, menegaskan bahawa rakyat Malaysia menjadi dalang dalam sindiket penyeludupan manusia di sepanjang sempadan walaupun kerajaan berkata mereka tiada bukti warganya dikaitkan dengan kematian itu.

Lebih daripada 30 mayat yang dipercayai pendatang tanpa izin dari Myanmar dan Bangladesh telah ditemui sejak minggu lepas di sebuah kem penyeludupan manusia, yang tersembunyi jauh di dalam hutan di wilayah Songkhla Thailand yang berhampiran sempadan Malaysia.

"Pemerdagangan manusia merupakan perniagaan besar di selatan Thailand; ribuan menyeberangi antara sempadan ke Malaysia dan Thailand setiap hari," berkata Glorene Das, pengarah Tenaganita, sebuah kumpulan yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Daripada testimoni komuniti migran dan pelarian, khususnya Burma, Rohingya dan masyarakat  Bangladesh, ramai rakyat Malaysia yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Thailand- Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Pada hari Isnin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan Malaysia belum melihat adanya bukti yang mengaitkan rakyat Malaysia dengan kematian 26 orang pendatang tanpa izin, di Songkhla.

Kesemua mayat di temui di kem penyeludupan manusia di Padang Besar, iaitu hanya 300 meter (984 kaki) dari sempadan Malaysia.

Pada Rabu, pihak berkuasa Thailand telah mengali semula kubur dan menemui enam mayat di sebuah tanah perkuburan tidak jauh dari kem penyeludupan itu. Polis Thailand mengesyaki ke enam-enam mayat itu adalah pelarian warga Islam Rohingya, golongan minoriti tanpa negara di Myanmar.

Keadaan mayat yang reput teruk, dan mereka telah mengenalpasti mayat-mayat itu, terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan, kata Kolonel Marut Reungchinda, Timbalan Penguasa Polis Biro 9 di Songkhla.

"Kesemua mayat dipindahkan ke Hospital Prince of Songkhla untuk ujian DNA, dan kemudian upacara keagamaan akan dilakukan," kata Marut.

Awal minggu ini seorang rakyat Burma dan tiga pegawai tempatan - satu anggota majlis perbandaran di Padang Besar dan dua pembantu ketua kampung di daerah kecil - telah ditangkap berkaitan penemuaan 26 mayat itu. Suspek didakwa mengikut undang-undang pemerdagangan manusia Thailand, dan pihak berkuasa berkata mereka mencari empat lagi suspek.

Dikebumikan dan dibakar

Menurut Glorene, sindiket penyeludupan manusia itu, melibatkan Burma, Rohingya dan Bangladesh dan juga rakyat Malaysia, di mana mereka bekerjasama dengan modus operandi "sangat canggih dan berstruktur".

Warga Islam Rohingya dan pelarian Burma yang lain telah memberitahu Tenaganita bahawa selepas ditahan di kem-kem tahanan dan penjara di Thailand, kebanyakkan mereka akan "dihantar ke sempadan untuk dijual kepada penyeludup dan ejen pemerdagangan manusia untuk khidmat seks dan buruh," kata Glorence.

"Terdapat banyak kes penculikan, di mana sejumlah wang tebusan dituntut daripada keluarga pendatang dan pelarian ini, oleh ejen sindiket pemerdagangan manusia dan penculikan yang terdiri daripada rakyat Malaysia. Apabila wang tebusan tidak dibayar seperti yang diminta,  penculik ini akan membunuh dengan kejam dan kemudiannya menanam mayat mangsa pelarian itu, "katanya.

Glorence berkata ramai pendatang dan pelarian itu, dipaksa bekerja tanpa sebarang gaji sebagai cara membayar wang tebusan dan hutang, sehingga mereka jatuh sakit dan mati, selepas dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan perubatan.

"Semua mayat mereka telah dikebumikan dan dibakar di selatan Thailand," katanya.

Perjalanan panjang

Warga Rohingya yang kebanyakannya tinggal di negeri Rakhine, di Myanmar mengambil masa selama 12 hari untuk ke selatan Thailand dengan melibatkan laluan sukar seperti sungai, laut dan perjalanan darat, kata seorang anggota sindiket pemerdagangan manusia kepada Berita Benar, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Ejen sindiket menerima antara 50,000 (AS $ 1,500) kepada 100,000 baht (AS $ 3,000) sebagai komisen untuk mengatur perjalanan ke Thailand, yang bermula di negeri Rakhine Myanmar, kata lelaki itu.

Setelah tiba di tepi laut di Semenanjung Ranong atau wilayah Phang-Nga di Thailand, warga Rohingya akan di bawa dengan trak ke Padang Besar, katanya.

Kadangkala, agen pemerdagangan bersama kargo manusia mereka terpaksa mengambil jauh untuk mengelak daripada dikesan, di mana beliau sendiri telah menyaksikan pelarian mati akibat lemas kerana berada di dalam kenderaan yang sangat sesak, katanya.

"Kadangkala kita keluar dari laluan tanpa mengetahui di mana kami berada, tetapi kami perlu meneruskan perjalanan," kata sindiket tersebut.

"Semakin lama perjalanan, lebih besar risiko yang perlu diambil."

Katanya, beliau hanya membantu pendatang, dan bukannya pemerdagangkan manusia.

"Kami yang melakukan aktiviti ini fikir kami sedang tolong mereka untuk melakukan perjalanan ke negara dunia ketiga kerana di negara mereka, mereka dianiaya," kata lelaki itu. "Mereka tidak diperdaya untuk melakukan perjalanan itu tetapi mereka sanggup berbuat demikian [untuk] bertemu dan tinggal bersama saudara-mara di tempat-tempat yang lebih sesuai."

"Saya bukan penyeludup manusia tetapi saya akui ia menyalahi undang-undang," katanya.

Sejak 2012, beribu-ribu warga Rohingya telah melarikan diri dari keganasan kaum di negeri Rakhine. Ramai daripada mereka melakukan perjalanan melalui Thailand dengan membayar sejumlah wang yang besar kepada penyeludup bagi menyeberangi sempadan

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  menghantar sebuah badan penyiasat bebas untuk menyiasat sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di kem di Songkhla, Thailand itu.

Katanya badan tersebut perlu telus dan mendedahkan laporan siasatan untuk tindakan selanjutnya.

“Kami amat sedih dengan penemuan lebih 30 mayat termasuk Rohingya di Sadao, Thailand. Sejak beberapa tahun lalu, Thailand memberi layanan buruk kepada etnik Rohingya yang mencari perlindungan di negara itu. Kami dilayan sebagai pendatang asing tanpa izin dan diusir ke Myanmar.

“Kami pencari suaka yang melarikan diri daripada pembunuhan kaum oleh kerajaan Myanmar dan harus diberi layanan baik sebagai pemohon suaka mengikut undang-undang antarabangsa.

“Kami percaya pihak berkuasa Thailand turut terlibat dalam kes pemerdagangan manusia namun tiada tindakan diambil oleh kerajaan negara itu untuk menangani masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zafar Ahmad juga menyeru kerajaan Thailand mendakwa semua pesalah termasuk pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.