Arsip berita
Penduduk kampung hanya pasrah melihat laut ranapkan jalan dan rumah mereka
Pada 12 Januari 2025, penduduk Kampung Pengkalan Maras di Kuala Terengganu, Malaysia menyaksikan kehancuran. Ombak monsun yang kuat telah memusnahkan jalan dan rumah serta menjadikan perniagaan porak-peranda. Selama lebih satu dekad, penduduk kampung telah menyaksikan hakisan laut semakin dekat — tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, keadaan hakisan makin parah. Kini, ramai yang bimbang tindakan kerajaan mungkin sudah terlambat. Mungkinkah pemecah ombak dan langkah perlindungan lain dapat menyelamatkan penduduk?
‘Baby hatch’ selamatkan bayi daripada dibuang
Di Malaysia, peti perlindungan seperti di OrphanCare menawarkan alternatif selamat kepada ibu-ibu yang terdesak untuk menghindari pembuangan bayi. Sejak 2008, OrphanCare telah menyelamatkan lebih 600 bayi. Kebanyakan daripada mereka dijadikan anak angkat, manakala ada yang dikembalikan kepada ibu kandung atau dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Organisasi ini telah dikritik kerana dianggap menggalakkan pembuangan bayi, tetapi mereka percaya ia hanya memberi seorang ibu cara untuk menyelamatkan bayi daripada ditinggalkan di tempat yang tidak selamat.
Kampung di Malaysia ditelan laut
Kampung di Terengganu, Malaysia mengalami hakisan sejak 10 tahun lalu, tetapi beberapa bulan lepas kesan rebakan pantai semakin luas. Air laut sudah makin hampir dengan tanah kubur, kedai, rumah dan surau yang mereka sayangi. Penduduk kampung bimbang jika tidak ada tindakan konkrit, laut akan telan apa yang ada.
Penyelam tiram bebas mencari tiram liar yang hanya terdapat di Muar, Malaysia
Namun pernahkah anda bertemu dengan penyelam. Anda mungkin pernah mendengar tentang Haenyeo di Jeju, Korea, penyelam wanita yang mengumpulkan rumpai dan makanan laut. Tiram dari Muar, Malaysia? Mereka menyelam hingga ke paras 9-10 meter ke dasar sungai keruh untuk mengutip tiram liar yang jarang ditemui tanpa peralatan menyelam melainkan hanya memakai gogal. Mengapa tiram begitu berharga hingga ada yang sanggup menyelam?
Derita kehidupan nomad Bajau Laut di Malaysia
Masyarakat Bajau Laut telah hidup di laut sejak berkurun lamanya tetapi hilang tempat berteduh selepas rumah mereka dirobohkan di kawasan yang diwartakan sebagai taman laut di Malaysia Pihak berkuasa melabel mereka pendatang, menghangatkan debat tentang pengusiran dengan kerajaan memberi alasan ia soal keselamatan dan memerangi jenayah rentas sempadan yang dikendalikan agensi pemuliharaan Sabah.
Apa signifikan restoran mamak 24 jam kepada rakyat Malaysia?
Terdapat gesaan agar tempat makan 24 jam seperti restoran mamak ditutup menjelang tengah malam untuk mengurangkan obesiti di Malaysia. Namun restoran mamak mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat. Apa signifikan restoran mamak kepada rakyat Malaysia?
Adakah nelayan Vietnam harus dipersalah atas kehilangan hasil sotong Malaysia?
Malaysia kehilangan banyak hasil sotongnya akibat aktiviti penangkapan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia. Nelayan tempatan mendakwa nelayan Vietnam adalah dalang utama. Pihak berkuasa Malaysia telah bertindak menahan, mendenda dan memenjarakan nelayan Vietnam bagi kesalahan menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. Namun siapa sebenarnya yang harus dipersalah? Pakar maritim dan nelayan Malaysia mendakwa nelayan Vietnam secara sedar melakukan aktiviti itu manakala nelayan Vietnam menafikan sebarang salah laku. Kami menemu bual beberapa nelayan Malaysia dan Vietnam untuk mengetahui punca perkara ini berlaku dan langkah yang perlu diambil bagi menanganinya?
Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya menjalankan misi hapuskan ikan pendatang
Sungai di Malaysia semakin dipenuhi ikan bandaraya. Keli pendatang dari Amerika Selatan itu pada mulanya dibawa masuk sebagai ikan hiasan. Malangnya apabila ikan itu dilepaskan ke sungai, ia membiak dengan pantas hingga merosakkan hidupan air tawar di Malaysia. Temui Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya, kumpulan sukarelawan yang melaksanakan misi hapuskan ikan penakluk ini dan selamatkan populasi ikan tempatan.
Pembuat bot dari Kuala Terengganu ini membina bot kayu tradisional yang besar secara sendirian
Yusof Nawi, atau Pak Usop seorang pembuat bot nelayan kayu tradisional bersaiz besar, sejak hampir 30 tahun lalu. Kerana kekurangan pembantu yang mahir, beliau terpaksa membuat bot secara sendirian. Menurutnya beliau adalah seorang daripada segelintir pembuat bot yang boleh menghasilkan keseluruhan bot secara sendirian.