ZunarBenar: Ekornya

Zunar
2017.03.28
170328-MY-Zunar-1000.jpg
Photo: Benar

Pihak berkuasa Amerika Syarikat merancang untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap ahli kewangan Malaysia Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, berkaitan dengan skandal rasuah yang turut membelenggui Perdana Menteri  Najib Razak, lapor Wall Street Journal.

Skandal itu melibatkan dana pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dan isteri, Rosmah Mansor, merupakan rakan rapat Low, yang Jabatan Keadilan Amerika Syarikat merancang untuk memfailkan tuduhan jenayah penipuan wang dalam talian dan pengubahan wang haram, menurut laporan yang disiarkan dalam Journal pada 21 Mac.

Najib telah menafikan sebarang salah laku.

Ketika dihubungi BeritaBenar, Jabatan Keadilan enggan mengulas mengenai laporan Journal.

"Kami tidak mempunyai komen lanjut selain daripada apa yang difailkan di mahkamah berhubung kes ini,”kata jurucakap jabatan itu.

Tahun lepas, jabatan itu memfailkan prosiding sivil untuk merampas lebih daripada US$1 bilion dalam aset dipercayai dibeli dengan dana diselewengkan daripada 1MDB.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.