Beras Menyatukan ASEAN

Hata Wahari
2015.11.24
beras-menyatukan-01.jpg

Chef menghidangkan masakan Kemboja yang dipanggil - Samlor Nom Banchoknanya – iaitu laksa bersupkan ikan serta pelbagai herba segar. [BeritaBenar]

beras-menyatukan-02.jpg

Eksekutif Chef, Shokrin Abdul Rahman menunjukkan beras perang dan ikan laksam yang menjadi makanan utama di Brunei Darusalam. [BeritaBenar]

beras-menyatukan-03.jpg

Satu lagi hidangan dari Kemboja ialah Nasi Lotus bersama Kari Daging. [BeritaBenar]

beras-menyatukan-04.jpg

Keropok Beras Pulut dengan Kari Ikan yang merupakan makanan istimewa dari Thailand. [BeritaBenar]

beras-menyatukan-05.jpg

Laos pula menyediakan Nasi Ulam. [BeritaBenar]

beras-menyatukan-06.jpg

Malaysia menghidangkan Nasi Kerabu bersama telur masin. Nasi Kerabu adalah kombinasi nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman dan untuk menambah selera, telur masin menjadi selingan tambahan kepada hidangan Nasi Kerabu itu. [BeritaBenar]

beras-menyatukan-07.jpg

Mee yang diperbuat daripada beras dihidangkan bersama sup ikan, hidangan dari Myanmar. [BeritaBenar]

beras-menyatukan-08.jpg

Bubur Ayam atau Arroz Caldo yang menjadi sarapan pagi di Filipina. Bubur ini juga adalah antara hidangan yang terdapat di kesemua negara ASEAN lain. [BeritaBenar]

Beras yang menjadi makanan ruji penduduk negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah menyatukan masyarakat dengan kesamaan makanan serta masakan walaupun ia dipanggil dengan pelbagai nama.

Malaysia dan Brunei misalnya mempunyai kesamaan dalam menyediakan makanan khas semasa sambutan Hari Raya di mana Brunei menyediakan makanan ‘Lapat’ yang diperbuat daripada beras perang dan Malaysia pula dinamakan dengan ‘Ketupat Palas’ yang disediakan menggunakan beras pulut.

Eksekutif Chef, Shokrin Abdul Rahman memberitahu, ‘Lapat’ diperbuat daripada beras perang yang dimasak dengan kelapa parut dan santan yang kemudian dibalut dengan daun ‘silat’.

‘’Kedua-dua Lapat dan Ketupat Palas ni mempunyai kesamaan cuma perbezaan daripada beras di mana Lapat menggunakan beras perang manakala Ketupat Palas menggunakan beras pulut tetapi cara masakannya adalah sama, dicampur santan dan kemudian dikukus sebelum dibungkus dengan daun.

‘’Bagi Lapat dibungkus dengan daun silat manakala Ketupat Palas dibungkus dengan daun palas sebelum direbus ataupun dikukus untuk memberi aroma wangi kepada sajian tersebut. Ia selalunya dihidangkan pada musim perayaan ataupun sambutan hari istimewa,’’ katanya kepada BeritaBenar semasa Festival ‘Rice That Binds Us’ semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi negara-negara lain, beras pulut merupakan kesamaan di mana beras itu dijadikan mee untuk disediakan dengan sup ikan ataupun dengan laksa seperti Laksa Singapura atau Laksa Badong untuk Singapura, untuk negara Laos pula disediakan Khao Poon juga laksa yang disediakan dengan dari beras pulut dan sama seperti Laksa Utara.

Malaysia juga menyediakan Laksa Asam manakala Myanmyar menyediakan ‘Mote Hin Gar’ iaitu Laksa dengan Sup Ikan.

Malaysia dan Laos juga berkongsi kegemaran yang sama iaitu mereka makan nasi dengan berlaukan sambal, kari ikan ataupun kari daging malahan lauk kari ini merupakan keistimewaan kepada semua negara-negara ASEAN yang turut menghidangkan kari.

Thailand umpamanya menyediakan Nasi Lotus yang dibalut dengan daun lotus tetapi di dalamnya terdapat pelbagai lagi bahan seperti undang, daging dan sayuran serta di makan dengan kari daging ataupun dengan kari ayam.

Kemboja pula menyediakan ‘Amok Trei’ iaitu kari ikan yang disediakan dengan nasi putih manakala Indonesia terkenal dengan Nasi Kuning dan Nasi Bakar Ayam Jamur.

Bubur juga merupakan makanan yang dikongsi bersama dengan negara-negara ASEAN lain dimana bubur Filipina dinamakan ‘Arroz Caldo’ yang dimasak bersama dengan ayam ataupun daging.

Sama seperti di Malaysia yang menyediakan Bubur Lambuk yang dimasak dengan daging ataupun ayam, malahan bubur ini merupakan sarapan utama di Thailand tetapi di Malaysia Bubur Lambuk disediakan pada majlis-majlis keraian utama di surau ataupun masjid.

Seperti kata Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, beras sebagai metafor yang boleh mengeratkan kesatuan dalam kalangan negara anggota ASEAN.

"Seperti masyarakat dunia lain, kita amat gemar akan makanan. Jadi adalah penting untuk kita mencari persamaan mengenai perkara yang boleh mengeratkan lagi kita.

“Pesta tersebut bertujuan mempamer kepelbagaian makanan ruji ASEAN selain memberi peluang kepada rakyat ASEAN untuk duduk bersama dan menikmati makanan dan berkongsi idea serta meraikan nilai bersama," katanya.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.