Follow us

Jerebu Akibat Kebakaran Hutan di Indonesia Beri Kesan Kepada Negara Jiran

2015-09-17
E-mel
Komen
Share

Jerebu daripada kebakaran ladang pertanian di pulau-pulau Sumatera dan Kalimantan  menyebabkan kekalutan dan ancaman kesihatan awam di Indonesia serta negara-negara berdekatan di Asia Tenggara.

Tiga wilayah di Sumatera dan tiga lagi di Kalimantan kini dalam keadaan amat berjaga-jaga, dengan 80 peratus daripada Kalimantan diselubungi jerebu.

Pada 15 September, Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo memerintahkan 1,500 anggota tentera tambahan membantu anggota-anggota bomba mengawal dan memadam kebakaran, menurut laporan berita.

Kebakaran itu, yang berlaku di ladang-ladang kelapa sawit dan ladang-ladang lain di pulau itu sejak beberapa minggu lalu, mengeluarkan asap yang berbahaya. Ia menyelubungi kawasan seperti wilayah Riau di Sumatera, dan jerebu akibat kebakaran itu merentasi lautan ke negara jiran iaitu Malaysia dan Singapura.

Jerebu telah mengganggu penerbangan komersial di rantau itu dan membawa kepada penutupan sekolah-sekolah awam. Ia juga telah mendorong pihak berkuasa kesihatan  untuk mengeluarkan nasihat kualiti udara dengan menyarankan orang ramai supaya tidak keluar rumah.

Di Singapura, pencemaran daripada udara kotor meningkat ke tahap "tidak sihat" dalam Indeks Piawaian Pencemaran tempatan, yang mengukur kualiti udara, menurut Agence France-Presse.

Ini berlaku ketika kota raya berkenaan sedang bersiap sedia menganjurkan Grand Prix Singapura.

Jerebu, yang mengganggu dan menyebabkan masalah pernafasan di negara-negara terbabit selama 18 tahun, masih lagi berlaku kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah akibat  rasuah di Indonesia, kata aktivis alam sekitar.

Mereka berkata syarikat yang sama telah menyebabkan berlakunya jerebu selama bertahun-tahun dengan menggunakan kaedah tebang dan bakar bagi membersihkan tanah untuk ladang-ladang kelapa sawit dan kertas.

Pada 17 September, polis Indonesia menamakan tujuh firma dan 133 orang yang disyaki menyebabkan kebakaran itu, lapor AFP.

Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh