Cuaca Panas Luar Biasa Landa KL
2016.02.25
Kuala Lumpr
Penduduk Kuala Lumpur berusaha mendapatkan rasa sejuk ketika Malaysia mengalami cuaca panas dan kering luar biasa, yang diakibatkan oleh fenomena cuaca El Nino.
"Cuaca panas dan kering kini berlaku di Perlis dan Kedah dan dijangka dirasai di seluruh Semenanjung Malaysia dari Januari hingga Mac 2016," kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Madius Tangau dalam kenyataan baru-baru ini.
Suhu telah mencapai 40 darjah Celsius di sesetengah kawasan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Fenomena cuaca El Nino tahun ini adalah satu daripada yang paling tinggi dalam rekodnya sejak 1950, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
Setiap dua hingga tujuh tahun, suhu air panas yang berbeza daripada biasa berlaku di Lautan Pasifik di luar pantai barat Amerika Selatan, menyebabkan cuaca luar biasa berlaku di pelbagai tempat di dunia.
El Nino sedang dipersalahkan kerana menyebabkan banjir di selatan Thailand dan debu salji di Laos yang cuacanya tropika, sejak beberapa minggu lepas. Namun, penduduk ibu negara Malaysia sentiasa mencari tempat berteduh dan minuman sejuk kerana cuaca panas.