Pengemar Kicauan Burung Berkumpul Di Peraduan Patani

Nasueroh
2016.02.23
Pattani, Thailand
birdsinging1.jpg

Pertandingan Amal Merpati Jawa Pattani di Maung dalam daerah Pattani pada 20-21 Februari 2016. Nasueroh/BeritaBenar.

birdsinging2.jpg

Penduduk kampung menyaksikan pertandingan kicauan merpati Jawa. Nasueroh/BeritaBenar.

birdsinging3.jpg

Tentera Thai mengawal keadaan semasa pertandingan burung itu. Nasueroh/BeritaBenar.

birdsinging4.jpg

Hakim-hakim mendengar kicauan burung dan mencatat markah. Nasueroh/BeritaBenar.

birdsinging5.jpg

Beberapa ekor burung yang mengambil bahagian. Nasueroh/BeritaBenar.

birdsinging6.jpg

Bueraheng Mama, seorang penduduk Patani, membawa dua ekor burungnya pulang selepas gagal menyertai pertandingan. Nasueroh/BeritaBenar.

birdsinging7.jpg

Bueraheng menunjukkan burung merpati Jawa miliknya. Nasueroh/BeritaBenar.

Selama beratus-ratus tahun lamanya Merpati Jawa menjadi haiwan peliharaan penduduk di selatan Thailand selain penggemarnya di Malaysia, Singapura dan Indonesia, yang jatuh cinta dengan kicauan burung itu – di mana burung yang berada dalam keadaan baik boleh dijual pada harga yang mencecah ribuan dolar.

Merpati Jawa yang paling mahal digelar sebagai "Super Man" yang tinggal di daerah Bunnang Star, Yala. Kicauannya yang merdu membuatkan tanda harganya mencecah  3 juta baht (AS$ 8,600). Tanpa mengambil kira harga itu, pemilik burung berkenaan menganggap dirinya bernasib baik dan beliau tidak akan menjual burung bertuahnya.

Pada hujung minggu lalu, Persatuan Merpati Jawa di selatan Thailand menganjurkan pertandingan merpati Jawa di Maung, di daerah Pattani di mana lebih daripada 1,700 burung bertanding, dan lebih 200 rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia menampilkan kehebatan burung merpati masing-masing dalam lima kategori yang dipertandingkan - nada rendah, nada sederhana, nada tinggi, nada campuran dan peserta baru.

Walaupun pertandingan itu menawarkan pelbagai hadiah termasuk motosikal, penggemarnya melihat ia sebagai hobi. Pencinta burung Thai, mereka boleh menggunakan ganjaran itu sebagai pembiakan burung, makanan burung dan perniagaan bahan.

Wichai Reungreongsakulrit, Pengerusi Persatuan Merpati Jawa di Selatan Thailand, berkata,  merpati Jawa lebih popular setiap tahun dan  acara pertandingan kicauan merpati Jawa  disenaraikan dalam kalendar Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.

"Harga merpati Jawa masih utuh walaupun berlakunya penurunan harga getah. Seekor burung dengan pedigri yang baik boleh dijual pada harga 200,000 baht (AS$ 5,600)," katanya.

Bagaimanapun, Direk Dodaso yang mengetuai persatuan merpati di daerah Jana Songkla berkata, sejak dua tahun lalu, pengeksportan burung merpati Jawa ke negara-negara ASEAN telah terjejas teruk berikutan amaran penyakit  selesema burung.

Beliau berkata, mengeksport merpati Jawa  ke Singapura dan Indonesia memerlukan pengangkutan yang bergerak pantas bagi memastikan haiwan mahal itu  tidak mati semasa dalam perjalanan.

"Kami kehilangan peluang untuk meraih beratus-ratus juta baht sejak dua tahun yang lalu. Warga Singapura dan Indonesia  mahu membeli burung tetapi tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat,” katanya.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.