Pelukis Malaysia Kecam Pegawai Menerusi Poster

Amir Hadi Azmi
2016.02.18
FR_1.JPG

Artis grafik Malaysia, Fahmi Reza, bergambar di hadapan karyanya pada pameran yang berjudul "12 Tahun Keingkaran Visual" di Kuala Lumpur, 13 Okt, 2014. [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_2.JPG

Artis ini sedang melukis karya seninya bagi pameran pada tahun 2014. [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_9.jpg

Fahmi sedang menyiapkan posternya mengenai kekejaman polis. [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_3.jpg

Fahmi Reza (kiri) bersama aktivis pelajar Adam Adli semasa protes bagi membantah larangan terhadap penuntut melibatkan diri dalam politik di hadapan Majlis Peguam di Kuala Lumpur, 17 Disember 2011. [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_8.jpg

Poster oleh Fahmi dipamerkan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112, di Kuala Lumpur pada 12 Jan 2013. [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_6-hongkong.jpg

Fahmi duduk di hadapan benteng di Hong Kong semasa protes ‘Occupy Central’ pada Oktober 2014 [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_7.jpg

Satu pameran berwarna-warni oleh Fahmi Reza bagi membantah pembinaan sebuah kompleks perniagaan mencakar langit di perkarangan Taman Merdeka di Kuala Lumpur, 15 Feb, 2016. [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_5.jpg

Aktivis bergambar dengan poster ‘Occupy Dataran Merdeka’ yang dihasilkan Fahmi di hadapan sekatan polis. [Gambar ihsan Fahmi Reza]

FR_0.jpg

Tweet oleh Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis DiRaja Malaysia pada 31 Januari lalu yang memberi amaran bahawa akaun Twitter Fahmi sedang dibawah pengawasan. "Guna secara bertanggungjawab dan mengikut undang-undang," kata pesanan itu. [BeritaBenar]

Slogan di laman Twitter Fahmi Reza merumuskan semuanya dalam dua perkataan: "Keingkaran Visual."

Selama bertahun-tahun, artis grafik Malaysia yang berusia 38 tahun itu mencipta seni politik dan mengingkari pihak berkuasa negara itu dengan menyindir mereka dalam poster satira.

Di tengah-tengah peningkatan kes di mana pengkritik kerajaan ditangkap atau didakwa atas alasan melanggar Akta Hasutan di negara itu, Fahmi telah menggunakan seni untuk menarik perhatian kepada trend berkenaan.

Bulan lalu, pelukis belajar sendiri itu menimbulkan kekecohan di Twitter dengan menyiarkan karya terbaharunya yang menampilkan Perdana Menteri  Najib Razak, sebagai badut. Kapsyennya tertera: "Pada 2015, Akta Hasutan telah digunakan 91 kali. Tetapi di negara yang penuh dengan rasuah, kita semua adalah penghasut. "

Beliau menyiarkan lukisan dalam talian selepas lima hari  Peguam Negara Malaysia membersihkan  Najib daripada kemungkinan pendakwaan berhubung skandal kewangan yang membelenggui perdana menteri itu sejak beberapa bulan lalu.

Pada hari sama,  Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis DiRaja Malaysia memberi amaran di laman Twitter beliau dengan memberitahunya bahawa beliau kini “di bawah pengawasan”.

Tetapi langkah itu mungkin memakan diri. Sejak itu, para peminat Fahmi telah menyiarkan imej-imej lain perdana menteri dengan variasi kreatif dan berwarna-warni yang bertemakan badut. Imej-imej dalam talian juga  tersebar luas melalui hashtag "Kita semua penghasut."

Pelukis itu menggambarkan dirinya sebagai "seorang rakyat biasa yang menentang Orang Besar."

"Dalam sejarah, poster bantahan sentiasa memainkan peranan penting dalam perjuangan rakyat untuk melakukan perubahan sosial. Poster boleh memberi inspirasi dan motivasi, dan boleh digunakan sebagai alat untuk meningkatkan kesedaran dan membangkitkan rakyat, "katanya kepada BeritaBenar.

“Kita perlu berhenti  takut kepada  kerajaan. Kita perlu mempunyai keberanian untuk berdiri menentang ketidakadilan, menolak rasuah. Kita perlu berhenti menunggu ‘pemimpin’ menyelamatkan kita," katanya.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.