Serpihan Terdampar Di Pantai Rungkai Kehilangan MH370
2015.08.06
Sekeping serpihan yang terdampar di Pulau Reunion, sebuah pulau milik Perancis di barat Lautan Hindi, yang berukuran dua meter (6.5 kaki) telah diselaputi siput teritip ditemui di sebuah pantai tempatan pada akhir bulan Julai.
Serpihan itu merupakan flaperon atau sebahagian daripada sayap pesawat Boeing 777.
Penemuan itu merupakan bukti pertama yang menunjukkan pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas, selepas hampir 17 bulan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Daripada 239 orang dalam pesawat itu, seramai 153 adalah warga China manakala 38 adalah rakyat Malaysia.
Selepas penemuan itu diumumkan pada 29 Julai lalu, serpihan sayap itu telah dihantar untuk ujian dan analisis makmal berhampiran Toulouse, Perancis.
Kemudian pada satu sidang media telah diadakan awal pagi di Kuala Lumpur pada 6 Ogos, Perdana Menteri Najib Razak menyampaikan berita bahawa satu pasukan pakar antarabangsa telah "secara muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion semenangnya dari MH370."
“Kami kini mempunyai bukti fizikal yang, seperti saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi. Ini adalah kawasan yang amat jauh, ganas dan berbahaya,” kata Najib.