Seorang pekerja sedang membilas kain batik yang telah siap untuk dikeringkan di ampaian di Kampong Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Seorang pekerja sedang menjalankan proses penerapan di atas permukaan kain dengan menggunakan blok yang dicelup ke dalam campuran lilin cair yang panas bagi mengasingkan warna dan corak tertentu, di Kampong Baru Seberang Takir, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Kain batik blok buatan tangan berwarna-warni yang sedang melalui proses pengeringan sedang dijemur di ampaian di Kampong Baru Seberang Takir, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Seorang pekerja sedang menjemur kain batik untuk dikeringkan selepas siap diproses di ampaian di bengkel yang terletak di Kampong Baru Seberang Takir, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Pengusaha butik di Pasar Payang Kuala Terengganu sedang melayan pelanggan yang membeli batik blok buatan tangan keluaran Kampong Baru Seberang Takir, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Contoh blok batik atau lebih dikenali sebagai sarang yang diperbuat daripada logam tembaga atau aluminium terpilih akan digunakan secara berulang semasa proses menerap dan kini hanya Pok Ya Bunga yang pandai menghasilkan blok logam tembaga itu di Kuala Terengganu, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Pekerja di bengkel batik Mohd Rashid sedang melakukan proses menerap batik menggunakan blok-blok yang dicelup dengan lilin cair yang panas mengikut corak tertentu di Kampong Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Seorang pekerja sedang menyusun batik semasa proses menanggalkan lilin dengan direndam dalam larutan tertentu di Kampong Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Seorang pekerja sedang meletakkan bahan soda yang berfungi untuk menanggalkan warna tertentu ke dalam kawah air panas di Kampong Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]
Mohd Rashid (kiri) dengan seorang daripada pekerjanya sedang merendam kain batik di dalam kawah air panas untuk menanggalkan warna tertentu daripada kain batik di Kampong Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, 3 Januari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Kekurangan tenaga muda yang sanggup mengusahakan seni batik blok di Terengganu menyebabkan perusahaan batik itu menjadi semakin tidak bertenaga dan mungkin akan pupus dalam tempoh 15 atau 20 tahun.
Kini hanya terdapat tiga pengusaha batik blok berbanding 50 orang sebelum ini di Kampung Seberang Takir, di negeri pantai timur tersebut.
Seorang daripadanya ialah Mohd Rashid Jusoh, 48, yang telah berkecimpung di dalam perusahaan balik blok sejak tahun 1995 sehingga sekarang.
Tiga jenis produk batik tradisional diusahakan oleh Mohd Rashid iaitu batik sarung, baju kelawar dan kain panjang 4 meter dengan produk itu dijual di Pasar Payang di Kuala Terengganu di mana pembeli batik tersebut terdiri daripada pemilik butik dan orang perseorangan.
Permintaan bagi kain batik amat tinggi tetapi kekurangan pengusaha untuk memenuhi permintaan pasaran mentado halagan kerana orang muda lebih gemar bekerja di dalam industri lain.
"Masalah paling utama dalam industri batik blok ini ialah kekurangan tenaga pekerja muda yang kini lebih selesa bekerja di pasaraya dan tidak mahu berjemur di bawah matahari dan bergelumang dalam air kotor," ujar beliau yang mempunyai enam orang pekerja sebagai tukang blok dan tukang celup.
Walaupun Rashid menggajikan pekerjanya antara RM50 dan RM60 untuk tempoh waktu bekerja dari 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari, lima hari seminggu serta menyediakan elaun kerja lebih masa, namum beliau masih gagal menarik minat golongan muda untuk mempelajari seni pembuatan batik.
"Ramai pengusaha telah tutup kedai sebab sudah tua, tiada waris dan paling teruk, sebab tiada pekerja. Mungkin saya juga akan tutup kedai pada masa akan datang jika tiada orang berminat bekerja selain tidak tahu selok belok seni membuat batik," tambah Rashid semasa ditemui BeritaBenar.
Menurut Rashid, pembuatan batik blok memerlukan seorang yang mahir membuat sarang batik yang dihasilkan dari kepingan tembaga atau aluminium yang terpilih sahaja.
Kini hanya tinggal Zakaria Ismail atau lebih dikenali sebagai Pok Ya Bunga, 62, satu-satunya individu yang berkemahiran tinggi untuk membuat sarang batik di Terengganu yang masih menghasilkan sarang batik tembaga di ruang tamu rumah pangsa seluas 800 kaki persegi yang dimilikinya di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.