Bekas Mak Nyah kini pembuat keranda, batu nisan dan urus jenazah

Beliau juga sering dipanggil oleh pihak hospital untuk menguruskan jenazah pesakit HIV dan AIDS.
S. Mahfuz
2024.02.22
Alor Setar, Kedah
240222-MY-MakNyah01.jpg

Papan plywood dipotong menggunakan mesin mengikut saiz yang ditetapkan, di susun sebelum dipaku kemas membentuk sebuah keranda oleh bekas Mak Nyah – Muhammad Asrul Abdul Kadir di kedainya di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah02.jpg

Muhammad Asrul Abdul Kadir, 38 atau dahulunya dikenali sebagai Jun menunjukkan gambar semasa menjadi Mak Nyah (kiri) dan gambar terkini di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah03.jpg

Keranda yang sudah siap dibuat yang diletak di ruang tamu rumahnya di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah04.jpg

Batu nisan dibasuh setelah siap dibentuk bagi membuang habuk dan kotoran, di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah05.jpg

Pelekat batu nisan yang tertera nama orang meninggal dunia dilekatkan pada cermin di kedainya yang terletak di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah06.jpg

Muhammad Asrul membersihkan kubur yang telah diganti dengan batu nisan baharu sambil diperhatikan oleh waris si mati di Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah07.jpg

Muhammad Asrul dan seorang rakannya memasukkan kepuk kubur ke dalam van untuk dihantar kepada pelanggan di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah08.jpg

Muhammad Asrul dan seorang rakannya memasang batu nisan yang baharu keatas kubur bapa kepada pelanggannya di Alor Setar, Kedah, 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah09.jpg

Muhammad Asrul mengeluarkan batu nesan daripada alat acuan di kedainya di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah pada 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240222-MY-MakNyah10.jpg

Muhammad Asrul mengecat cecair pengilat pada permukaan kepuk yang telah siap dibentuk di kedainya di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah , 9 Februari 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

Seorang bekas mak nyah di Malaysia menukar kerjaya menjadi pembuat keranda dan batu nisan bagi golongan LGBT dan transgender yang sering tidak diberikan pengurusan pengebumian secara sempurna kerana disisihkan ahli keluarga.

Gambar-gambar menunjukkan beliau membuat keranda dan batu nisan untuk si mati, sebahagian daripada jenazah mereka ditinggalkan di bilik mayat tanpa dituntut.

Muhammad Asrul Abdul Kadir, 38, yang mempunyai bengkel di hadapan rumahnya yang terletak di Alor Mengkudu, Alor Setar di Kedah, sebuah negeri di utara Malaysia turut berkebolehan memandi dan mengkafankan jenazah.

Sering kali dipanggil oleh pihak hospital untuk menguruskan jenazah pesakit HIV atau AIDS, beliau juga pernah meminjam wang daripada ‘ah long’ kerana mahu membeli papan untuk membuat keranda kepada rakan Mak Nyah yang meninggal dunia akibat jangkitan penyakit tersebut, serta golongan susah yang tidak mampu untuk membayar menguruskan jenazah.

“Menguruskan jenazah rakan-rakan yang meninggal ketika masih menjadi Mak Nyah merupakan sesuatu yang sangat memilukan,” katanya yang tidak mengambil sebarang bayaran bagi keluarga si mati yang tidak berkemampuan.

Muhammad Asrul turut mengakui kepulangannya ke kampung walaupun sudah tidak lagi memperagakan diri sebagai Mak Nyah bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh masyarakat setempat.

Malah ada orang mengatakan dirinya sebagai ‘gila’ kerana ingin belajar membuat keranda.

“Namun sebenarnya minat kepada seni pembuatan keranda dan batu nisan telah berputik sejak kecil apabila sering melihat orang membuatnya,”

Setelah tiada siapa mahu mengajar membuat keranda, Muhammad Asrul akhirnya mencari jalan dengan belajar sendiri dan juga melalui saluran YouTube.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.