Antara pelekat yang pernah digunakan untuk pengeluarkan kotak mancis bagi mempromosi sektor pelancongan Malaysia sekitar 90-an oleh Kilang Mancis Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Barisan batang mancis dari kayu jenis terentang yang diimport dari China telah siap diletakkan belerang, sedang menunggu untuk dibungkus di Kilang Mancis Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Satu-satunya kilang mancis yang masih beroperasi, kini hanya mempunyai 25 orang sahaja berbanding 1,000 sebelum ini, di Kilang Mancis Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Antara produk mancis yang dikeluaran oleh Kilang Mancis Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Proses meratakan susunan batang mancis ke dalam bekas khas sebelum dibawa ke bahagian pembungkusan di Kilang Mancis Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Proses menyusun, membungkus serta menampalkan pelekat jenama bagi setiap kotak mancis yang dikeluarkan oleh Kilang Mancis Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Kotak-kotak mancis berukuran 20 mm boleh diisi dengan 50 batang mancis setiap satu telah siap untuk dipasarkan, di Kilang Mancis Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Puluhan ribu kotak kosong yang mahu diisi dengan mancis, dengan Kilang Mancis Kelantan dapat mengeluarkan sekitar 90,000 kotak sehari, di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]
Pemilik kilang hanya menggajikan warga tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun untuk bekerja di Kilang Mancis Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, 21 Oktober, 2023. [S. Mahfuz/BenarNews]

Pemilik tunggal kilang mancis tempatan yang telah beroperasi sejak 89 tahun mahu menutup kilangnya kerana peningkatan kos pengeluaran yang ketara tetapi pemintaan terhadap bahan itu makin berkurangan.
Dahulu mancis sering menjadi bahan untuk mencetuskan api, tetapi seiring peredaran waktu ia makin dilupakan kerana diganti dengan pemetik api.
Pemilik Kilang Mancis Kelantan, Tan Chong San memberitahu BenarNews yang beliau bercadang meneruskan operasi kilangnya itu antara tiga hingga lima tahun saja lagi disebab masalah pusingan modal.
"Permintaan untuk mancis sangat rendah, harga kayu terentang yang diimport dari China juga telah meningkat hampir 30 peratus. Jika betul-betul tidak boleh bertahan lagi, maka kami akan menamatkan operasi kilang ini. Kami tidak lagi boleh melakukan transformasi untuk kilang mancis ini, ” kata beliau semasa ditemui baru-baru ini.
Kilang mancis yang mula dibuka oleh seorang saudagar dari India di Kelantan pada 1933 telah dibeli oleh Chong Sang pada 1995, selepas beberapa kali berpindah tangan.
"Sekarang perniagaan pemetik api juga menurun kerana kemunculan vape. Kami beroperasi dalam keadaan tiada persaingan pada masa ini kerana kamilah satu-satunya kilang mancis yang ada, tetapi perniagaan masih sukar untuk bertahan,” katanya lagi.
Kerajaan negeri Kelantan pernah mencadangkan supaya kilangnya dijadikan destinasi pelancongan, tetapi beliau menolak cadangan itu selepas mengambil kira persekitaran kilang yang kurang selesa.
Kilang mancis itu berupaya mengeluarkan 30 kotak besar dalam sehari, dengan setiap kotak boleh diisi sebanyak 3,000 kotak mancis kecil yang secara keseluruhannya kilang itu mengeluarkan 90,000 kotak mancis.