Rakyat Malaysia Sambut Hari Kemerdekaan Ke-61 di Bawah Kerajaan Baru

S. Mahfuz
2018.08.31
Putrajaya, Malaysia
180831-MY-SS01Merdeka620.jpg

Kontinjen pembawa Jalur Gemilang gergasi berarak bagi memulakan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 yang dihadiri kira-kira 300,000 orang dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Dataran Putrajaya, 31 Ogos 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180831-MY-02-SSMerdeka620.jpg

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli memeriksa kawalan kehormatan Rejimen Askar Melayu Diraja semasa berangkat ke sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180831-MY-03-SSMerdeka620.jpg

Badut bernama Pakcik Ting Tong, 52 bersama anaknya menghiburkan orang ramai semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-61. “Hari Kemerdekaan tahun ini, sangat bermakna kepada saya dan anak kerana individu yang sangat dihormati seperti Mahathir kembali berkuasa dan mengetuai kerajaan. Saya juga sangat bangga menjadi sebahagian daripada sejarah negara sambil menyumbang tenaga,” di Dataran Putrajaya, 31 Ogos 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180831-MY-04-SSMerdeka620.jpg

Shermilla seorang pelajar berusia 17 dari Putrajaya berkata sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 sangat bermakna kepadanya kerana dia terlibat dengan perarakan dan perbarisan dengan berasa amat bangga kerana dapat menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia kaya dengan budaya dan mempunyai penduduk berbilang bangsa, Dataran Putrajaya, 31 Ogos, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180831-MY-05-SSMerdeka620.jpg

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berarak semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 di Dataran Putrajaya apabila ianya dipilih sekali lagi selepas 13 tahun pernah menjadi tuan rumah, 31 Ogos 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180831-MY-06-SSMerdeka620.jpg

Anak kecil, Aidil Alif, 8 berbangga dapat berpakaian Jalur Gemilang ketika bersama keluarga menyaksikan sambutan perarakan Hari Kemerdekaan ke-61 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos 2018. Hari Kemerdekaan kali ini sangat bermakna kepada anak kecil itu kerana inilah pertama kali beliau memakai pakaian seperti itu. Aidil berkata dia mahu belajar tinggi supaya membantu negara. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180831-MY-08-SSMerdeka620.jpg

Pesawat milik Tentera Udara DiRaja Malaysia [TUDM] melintasi ruang udara Putrajaya semasa berlangsungnya sambutan perarakan dan perbarisan Hari Kemerdekaan ke-61 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos 2018. Kira-kira 15,000 kontinjen mengambil bahagian dalam sambutan yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180831-MY-07-SSMerdeka620.jpg

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 tahun ini lebih bermakna buat Rohana, seorang ibu berusia 35 dan anaknya kerana merupakan kali pertama Malaysia diperintah di bawah kerajaan baru selepas kemenangan yang memeranjatkan pada PilihanRaya Umum 9 Mei lalu. “Dengan tertubuhnya kerajaan baru, saya berharap kos sara hidup dapat dikurangkan,” katanya selepas menyaksikan perarakan dan perbarisan di Dataran Putrajaya, 31 Ogos, 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan tidak kira latarbelakang pada Jumaat bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan ke-61 dengan perbarisan dan perarakan di pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Sambutan kali ini merupakan yang pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Tema sambutan 'Sayangi Malaysiaku' menyaksikan kontinjen perarakan dan perbarisan yang membabitkan seramai 12,714 orang, 25 ekor anjing, 60 ekor kuda, 251 aset darat dan 54 aset udara milik Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia serta beberapa agensi lain.

Rakyat menaruh keyakinan yang tinggi terhadap pentadbiran kerajaan baru yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad, yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini dibawah Barisan Nasional.

Seorang ibu, yang hanya dikenali sebagai Rohana, berusia 35 tahun berharap kerajaan baru pimpinan PH dapat mengurangkan jurang kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagi seorang Badut yang dikenali sebagai Pakcik Ting Tong, 52, beliau melahirkan rasabangganya kerana dapat bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan dengan menyumbang kepakarannya menghiburkan orang ramai dalam pelbagai acara sambutan yang dirancang untuk rakyat Malaysia.

“Sambutan kali ini sangat bermakna bagi saya dan anak kerana individu yang sangat dihormati seperti Mahathir kembali berkuasa dan mengetuai kerajaan serta berbangga kerana kami dapat menjadi sebahagian daripada sejarah negara sambil memberi sumbangan,”katanya kepada BeritaBenar pada Jumaat.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.